7 Tempat Menarik Di Selangor Waktu Malam

Selangor mempunyai pelbagai tempat menarik untuk kunjung. Namun kami akan senaraikan tempat menarik di Selangor waktu malam yang mungkin menjadi perhatian anda. Manalah tahu kalau anda hendak ke sana pada waktu malam.

Uptown Shah Alam

Imej Via[ Uptown Selanggor]

Tempat waktu malam di Selanggor yang menarik ialah Uptown Shah Alam merupakan satu destinasi tempat makan , membeli -belah barang keperluan ,cenderahati untuk diberikan kepada kawan-kawan atau insan tersayang di kampung. Selain itu anda juga boleh memcuci mata melihat pelbagai aksesori gajet menarik di uptown. Oleh itu jangan lupa untuk datang ke sini bersama keluarga atau kawan mengisi waktu malam dengan berjalan -jalan di sekitar bandar Selangor.

Alamat: Lebuhraya Kemuning – Shah Alam, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Imej Via[ Masjid Sultan Salahuddin Abdul Shah]

Tempat waktu malam di Selangor yang menarik ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Shah merupakan satu tempat mendapat kunjungan ramai terutamanya pada waktu malam. Tidak ketinggalan juga ia merupakan masjid kedua terbesar di selanggor. Masjid ini mempunyai empat menara didirikan dengan setiap sudut serta mempunyai kubah besar berwarna biru dan perak.

Anda datang pada waktu malam amat sesuai kerana pemandangan begitu indah serta memberikan idea untuk mengambil gambar dengan berlatarkan belakang sesuatu pembinaan yang cantik sekali.

Alamat: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)

Imej Via[ Kuala Selanggor Fireflies]

Tempat yang boleh lawati pada waktu malam ialah Kuala Selanggor Fireflies merupakan satu tempat dikelilingi dengan alam semulajadi serta anda boleh menaiki bot melihat koloni besar kunang-kunang berada di bakau menerangi kawasan tersebut. Bagi penduduk Selanggor nikmati lah peluang ini melihat keindahan alam semulajadi serta dapat memberikan ketenangan fikiran setelah penat bekerja di pejabat.

Alamat: Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Setia City Mall

Imej Via[ Setia City Mall]

Setia City Mall merupakan satu tempat menarik dikunjungi pada waktu malam bersama kawan-kawan mahupun keluarga pada hujung minggu. Hal ini kerana selain daripada pusat membeli belah namun ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda semua.

Sebagai contohnya persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat cantik sekali. Tidak ketinggalan juga, anda boleh menikmati bermain skuter sambil membeli makanan di gerai kawasan tersebut.

Alamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

 i-City , Shah Alam

Imej Via[ Icity Shah Alam]

Tempat yang menarik pada waktu malam datang bersama kawan-kawan atau keluarga ialah Icity Shah Alam. Di sini pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan untuk anda bermain sepuas-puasnya serta dapat menghilangkan rasa tekanan fikiran di pejabat dan dengan rakan sekerja.

Bandar icity yang mewah dengan pelbagai lampu warna warni atau perhiasan lampu menjadi satu tumpuan penduduk selanggor atau pelancong datang ke sini. Selain daripada melakukan aktiviti , boleh juga mengambil gambar sebagai kenangan.

Alamat:I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.

 Bukit Ampang

Imej Via[ Bukit Ampang]

Tempat menarik di Selangor waktu malam seterusnya ialah Bukit Ampang. Kat sini anda boleh melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari atas bukit begitu cantik sekali, serta menghirup udara segar yang memberikan ketenangan kepada anda semua. Ayuh ajak kawan kawan atau keluarga untuk datang ke sini terutamanya pada waktu malam.

Alamat: Jalan Hulu Langat, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor.

Restoran Kari Kepala Ikan SG

Imej Via[ Restoran Kari Kepala Ikan SG]

Apabila datang ke Selangor anda wajib singgah ke restoran kari kepala di Batu Caves yang menawarkan kari kepala ikan cukup sedap serta popular di kawasan tersebut. Jadi mereka merupakan peminat kari boleh datang ke sini untuk merasaikan kenikmatan kari kepala tersebut serta kuahnya juga begitu pekat sekali. Wah sedapnya! Ayuh semua datang ke sini mengisi kekosongan perut sebelum berjalan ke tempat menarik di Selangor.

Alamat: 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Setelah penat berjalan di bandar Selangor, anda dijemput membaca artikel kami yang lain iaitu:

Rujukan

  1. 20 tempat menarik di Selanggor.https://ibusyurga.blogspot.com/2018/04/tempat-menarik-di-selangor-percutian.html
  2. 19 tempat menarik di Shah Alam Selanggor 2021.https://sukamakanjalan.blogspot.com/2018/02/Tempat-menarik-di-shah-alam.html

Similar Posts