Mencari penginapan selesa, jom membuat tempahan di homestay Port Dickson dengan private pool , pelbagai pakej menarik dan kemudan ditawarkan untuk anda dan kawan-kawan. Waktu siang boleh bawa anak beraktiviti, dan waktu di homestay pula boleh bawa anak mandi-manda.

Jom kami akan kongsikan homestay Port Dickson dengan private pool.

Rumah Hipster Port Dickson

rumah hispter port dickson

Homestay Port Dickson dengan private pool ialah rumah hispter. Reka bentuk rumah ini amat unik dan cantik sekali serta menikmati jiwa orang muda pada zaman sekarang. Tempat penginapan palimg terbaik untuk anda menginap kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk pelancong.

Ruang tamu dilengkapi dengan pendingin hawa, kipas, televisyen dan juga sofa yang empuk. Kemudahan dapur juga tersedia dengan perkakas yang lengkap seperti dapur gas, periuk nasi dan lain-lain lagi peralatan memasak. Terdapat juga 3 bilik tidur bersama 2 bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air. Tidak ketinggalan, kolam renang untuk penginapnya.

Alamat : SPDH, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Ombak Villa Port Dickson

Ombak villa port dickson

Homestay Port dickson dengan private pool yang seterusnya ialah ombak villa port dickson. Homestay ini juga turut terkenal dalam kalangan masyarakat apabila datang bercuti di Port Dickson bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Hal ini disebabkan ia betul-betul terletak di tepi laut, amat menyeronokkan kerana bangun tidur terus dapat melihat keindahan laut dan menghirup udara segar.

Rumah Villa ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur yang turut memuatkan 6 buah katil. Villa yang mampu menampung sebanyak 12 orang penginap ini turut mempunyai 3 bilik air yang selesa untuk digunakan. Antara kemudahan yang ada ialah kolam renang di luar rumah, kemudahan dapur serta kelengkapannya, tempat letak kereta yang luas dan juga kawasan taman yang didekorasi cantik di luar rumah. 

Alamat: 4994, Jalan Tanjung Gemuk, Taman Nlfcs, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

12Haven 

12 Heaven

Selain itu, 12heaven juga dikategorikan sebagai homestay port dickson dengan private pool serta mendapat feedbak terbaik dan bagus dari masyarakat. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pelancong yang datang membuat tempahan di 12heaven. Sebagai contoh ialah mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi yang lengkap dengan perabotnya serta kemudahan lain yang akan memberikan anda keselesaan untuk berehat.

Ruang tamu yang luas dan dilengkapi dengan pendingin hawa dan televisyen yang besar juga boleh dijadikan tempat anda bersantai atau melakukan aktiviti ringkas. Sudah tentu pada bahagian dapur dilengkapi dengan kemudahan memasak dan juga perkakas memasak.

Alamat: 12, Lorong Tj 5, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Villa Dua Puluh Sembilan

Villa dua puluh sembilan

Villa dua puluh sembilan amat terkenal dalam kalangan masyarakat dan mendapat feedback terbaik berkaitan dengan tahap keselesaan dan kebersihan homestay tersebut Antara kemudahan nya ialah meletakkan ‘canvas sail’ agar penginapnya boleh mandi di kolam renang ketika matahari terik. Tempat BBQ juga turut tersedia di luar dengan kemudahan sinki disebelahnya untuk menyenangkan anda. Villa ini juga turut terdapat sebuah pondok yang diengkapi dengan meja dan kerusi untuk anda makan atau duduk bersantai .

Alamat :  Taman Rakyat, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Nur Banglo Homestay

Nur Banglo Homestay

Homestay ini mempunyai 4 bilik dan semestinya setiap bilik mempunyai pendingin hawa. Jadi tidak perlu berebut memilih bilik kerana semua bilik dijamin akan memberi keselesaan. Rumah banglo yang boleh menampung seramai 16 orang dalam satu masa ini juga mempunyai 3 buah bilik air dengan kemudahan pemanas air.

Ruang tempat kereta yang luas boleh memuatkan sehingga 4 biji kereta di dalam kawasan villa. Kemudahan lain yang turut tersedia seperti kemudahan dapur yang lengkap, perabot yang lengkap.

Alamat : No. 60, Jln SH 6, Taman Sunggala Hartamas, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Villa 969

Villa 969

Villa 969 merupakan satu tempat terbaik untuk keluarga melakukan gathering bagi mengeratkan hubungan antara satu lain. Bukan itu sahaja, mempunyai kawasan laman yang luas dan besar.

Lamannya ditumbuhi rumput tebal serta dikelilingi pokok yang menghijau.Kemudahan di Villa 969, kolam renang agak unik dan besar dan kolam renang di Villa 969 ini mempunyai gelongsornya sekali. Anda akan berasa puas dan seronok apabila mandi di kolam renang .

Alamat: PD Villa Country Resort, 11, Jln PDV 3, Taman Rakyat, 71050 Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Siti Homestay D’ Teluk Kemang

siti homestay d’teluk kemang

Kemudahan yang terdapat di Siti Homestay ialah kolam renang kanak-kanak, kelengkapan dapur, ruang tamu yang mempunyai televisyen dan tempat BBQ. Selain itu, terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan tempat letak kereta juga berada di dalam kawasan berpagar.

Melalui tawaran harga yang berbaloi anda dapat menikmati kemudahan seperti di villa-villa besar lain. Lokasi strategik memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik di PD ini dan tempat yang terhampir ialah Dataran Teluk Kemang yang sememangnya popular.

Alamat: 1063, Jalan Politeknik 20, Taman Politeknik, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Reco Homestay

Reco Homestay

Mereka yang mencari tempat penginapan dengan pemandangan laut biru dan matahari terbit Rico Homestay adalah tempatnya. Segala tekanan bermain di fikiran anda akan hilang dan memberikan aura positif dalam diri.Menawarkan pelbagai kemudahan iaitu bilik tidur, ruang tamu, meja makan dan juga kemudahan dapur.

Kebersihan di homestay ini pastinya terjaga memandangkan pihak pengurusan sangat menjaga kebajikan penginapnya untuk keselesaan anda. Anda boleh memilih antara apartment 1 bilik yang boleh memuatkan sehingga 4 orang ataupun apartment 2 bilik untuk 6 orang.

Alamat : 5th Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

GM Pool Villa Port Dickson

Gm Pool Villa Port Dickson

Gm Pool Villa Port Dickson merupakan satu tempat perangin yang begitu menarik sekali dan memawarkan pelbagai kemudahan untuk anda iaitu 3 buah rumah percutian iaitu Aurora , Mermaid dan Viking.Kemudahan lain yang tersedia ialah dapur memasak bersama perkakasnya untuk memudahkan anda memasak. Selain itu, kebersihan dan keselesaan anda juga akan terjamin

Alamat : 177, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis

Grand Lexis

Grand Lexis  sememangnya sebuah tempat penginapan yang terkenal  di Port Dickson, Negri Sembilan. Lokasinya yang strategik berdekatan dengan bandar Port Dickson.

Grand lexis menawarkan sebanyak 305 unit villa, di mana setiap villanya tersedia kolam renang peribadi. Oleh itu anda dapat menjaga privasi tersendiri semasa bercuti. Selain daripada kolam renang, anda turut boleh menikmati pancuran mandian yang tersedia di luar untuk anda membersihkan diri.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Serenity At Port Dickson

Serentiy Port Dickson

Serentiy Port Dickson juga merupakan tempat penginapan paling menarik dan terbaik untuk mereka yang datang bercuti di Port Dickson. Villa besar berkonsepkan zaman kolonial ini mampu menampung penginap dalam kumpulan yang besar.

Terdapat 5 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi dengan bilik air dan setiap bilik tidur menghadap ke laut. Jadi anda tidak perlu berebut untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan yang cantik. Selain itu, terdapat juga kolam renang besar yang sentiasa dijaga kebersihannya untuk keselesaan penginapnya.

Alamat: 89, Rumah Rakyat Telok Pelanduk, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

D’ Cosy Homestay

D’Cosy Homestay

Akhir sekali ialah D’cosy Homestay merupakan tempat penginapan terbaik untuk anda apabila bercuti di port dickson. Homestay ini ialah sebuah rumah 2 tingkat yang disewakan untuk percutian bersama keluarga tersayang. D’Cosy Homestay terletak di lokasi yang strategik di sebuah bandar di Port Dickson, Negeri Sembilan. Menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik untuk anda iaitu ruang dilengkapi dengan kipas dan pendingin hawa untuk keselesaan penginapnya.

Pelbagai kemudahan lain turut tersedia seperti kolam renang, tempat BBQ, kemudahan dapur, ruang makan yang besar dan juga kawasan laman untuk anda melakukan aktiviti luar.

Alamat : 116, Jln SH 8, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tempat penginapan yang terbaik dan menarik akan memberikan keselesan serta keseronokan dalam diri sekaligus menjadikan percutian paling best pada tahun tersebut. Anda juga dijemput membaca artikel kami yang lain seperti

Rujukan

1 .Senarai homestay dengan private pool [terkini] https://harianpost.my/homestay-port-dickson-private-pool-pd/

2. Senari homestay murah prot dickson yang selesa https://cari-homestay.com/senarai-homestay-murah-port-dickson-yang-selesa/


Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.