15 Tempat Menarik Di Balkan Destinasi Percutian Tercantik
Teruja dengan tempat menarik di Balkan?
Pasti anda pernah mendengar tempat yang bernama Balkan bukan? Balkan adalah sebuah wilayah besar yang meliputi beberapa pecahan negara iaitu Croatia, Bosnia, Macedonia, Romania, Bulgaria, Albania, Moldova, Slovenia, Herzegovina, Serbia, Montenegro, Greece, Kosovo serta bahagian Eropah.
Wilayah ini amat besar dan menjadi sebuah khazanah terbesar di Eropah sejak dulu lagi. Balkan juga menjadi tarikan pengunjung dan pilihan utama pelancong bercuti.
Jom lihat tempat menarik di Balkan yang dikenali sebagai syurga dunia kerana keindahan dan kecantikannya.
1. Budapest
2. Lake Bled
Tempat menarik di Balkan ini amat indah dengan kehadiran istana di tengah tasik serta gunung dan kabus. Pemandangan Tasik Bled di Slovenia ini sangat menakjubkan, airnya sangat jernih dan biru umpama kristal.
3. Pergunungan Albania
Pergunungan Albania menjadi tarikan para pendaki yang berkunjung ke Balkan. Selain mendaki, bergambar dan menikmati keindahan alam menjadi keutamaan mereka yang ke sini. Di sinilah khazanah alam tercantik yang harus anda terokai.4. Gjirokastra, Albania
Tempat menarik di Balkan yang indah dan tercantik boleh anda lihat adalah di Gjirokastra yang terletak di selatan Albania. Ia juga digelar sebagai ‘Bandar Batu’, kemungkinan kerana terdiri daripada tanah yang berbatu-batu. Untuk pengetahuan anda, rumah-rumah di sini dibina dalam gaya Uthmaniyyah malah tersenarai sebagai salah satu lokasi tapak warisan UNESCO.5. Meteora, Greece
Meteora terletak di Greece Tengah dalam kawasan Balkan. Tempat menarik di Balkan yang tinggi ini berada di puncak batu yang tersergam indah. Di atasnya, terdapat sebuah biara atau bangunan yang amat cantik boleh anda singgah. Ramai pengunjung yang melancong pasti ke sini untuk menyaksikan pemandangan yang amat indah.6. Tasik Plitvice, Croatia
Tasik Plitvice, Croatia yang terletak dalam Balkan ini merupakan salah satu tempat menarik di Balkan yang paling cantik untuk anda bergambar. Tidak dinafikan, tasik ini merupakan sangat besar dan dikenali sebagai taman negara paling besar di Balkan. Ia juga adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO.7. Mostar
8. White Tower
9. Ohrid, Macedonia
Tempat menarik di Balkan ini merupakan sebuah tapak warisan dunia UNESCO dimana ia terdiri daripada laluan berbatu, pantai dan juga kawasan penduduk tempatan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkanu, melihat latihan koir di Gereja St. Sophia, menyaksikan pelbagai jenis barangan lama di kawasan ini serta banyak lagi.
10. Istana Peles, Romania
Sering menjadi tarikan pelancong, Istana Peles adalah sebuah tempat menarik di Balkan yang sangat cantik dan indah. Anda boleh menikmati kesegaran gunung dan hutan di sekeliling istana ini. Ia mengambil konsep Neo-Renaissance dan dibina oleh Raja Romania pada tahun 1870.
11. Postojna Cave, Slovenia
Postojna Cave ini terkenal sebagai gua yang terbesar di Eropah. Ia telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun dahulu dan telah diterokai pada awal 1800-an. Terdapat banyak batu-batu stalaktit dan stalagmit yang bakal membuatkan anda terpesona.Kecantikan dan kesejukan gua ini menjadikan ramai yang ingin bertandang ke sini. Ia boleh mencecah sehingga 10°C, sejuk kan? Selain bergambar, anda mungkin akan dapat melihat haiwan spesis salamander putih yang sangat sensitif dengan cahaya. Oleh itu, jangan sesekali ambil gambar haiwan tersebut dengan fungsi flash.
12. Sveti Stefan, Montenegro
Jelas sekali bahawa wilayah Balkan amat luas dan besar. Terdapat kawasan pulau yang indah seperti Sveti Stefan yang terletak di Montenegro. Percutian di sini membolehkan anda bermalam di resort Sveti Stefan yang berkonsepkan bilik gaya kotej abad ke-15. Tempat menarik di Balkan ini juga dikatakan sebagai sebuah permata bagi negara Balkan.13. Nesebar, Bulgaria
Pasti anda tak percaya bahawa tempat menarik di Balkan ini merupakan salah sebuah bandar tertua di Bulgaria. Tambahan pula, ia berada ditengah lautan dan dihubungkan dengan tanah genting. Hebatnya, monumen kebudayaan Nesebar ini merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang dikenali ramai.Terdapat banyak bangunan bersejarah, hotel yang cantik, serta bandar yang menarik boleh anda kunjungi. Anda juga boleh melakukan aktiviti air seperti menyelam, berenang dan memancing di sini.