Zhangjiajie adalah salah sebuah kota di negara China yang terletak di bahagian barat laut.  Ianya terdiri daripada  Wulingyuan, Yongding dan juga Sangzhi serta Cili. Nama kota-kota ini amat unik bukan? Tempatnya juga amat menarik dimana ada yang telah dianugerahkan gelaran UNESCO Warisan Dunia. Jom lihat tempat menarik di Zhangjiajie pilihan pelancong.

1.  Phoenix Ancient City 

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [visitourchina]

Tempat menarik di Zhangjiajie ini merupakan sebuah kota kecil ala-ala China kuno dimana tempat ini masih dipenuhi dengan gaya seni arkitektur kuno China dengan rumah kayu kecil.  Terdapat juga jambatan cantik boleh anda kunjungi di The Phoenix Ancient City ini. Ia terletak di bahagian barat Hunan, berdekatan dengan lereng pegunungan dan hutan.

2.  Tianmen Mountain, Zhangjiajie

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [bookmundi]

Tianmen Mountain adalah gunung setinggi 4.921 kaki (1.500 meter) dari atas permukaan laut. Perkataan ‘Tianmen’ membawa maksud sebagai ‘Pintu Surga’. Tempat menarik di Zhangjiajie ini mempunyai 40 puncak dan gua semulajadi iaitu Gua Tianmen. Terdapat beberapa tempat boleh anda singgah sepanjang berada di sini seperti Taman Bonsai, Jalan Lembah Hantu, Akademi Tianmen, Kuil Tianmenshan dan Puncak Yuhu.

3.  Grand Canyon Zhangjiajie

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [china]

Sekiranya anda inginkan tempat yang lebih menarik dan mencabar, Grand Canyon Zhangjiajie membolehkan anda hiking dan menaiki jambatan kaca yang terpanjang dan tertinggi di dunia. Grand Canyon bermaksud ‘Rotten Ship Gorge’.  Ia memiliki panjang kira-kira 1.410 kaki (430 meter) dan berada 1.312 kaki (400 meter) di atas tanah. Terdapat juga tempat yang boleh anda singgah di sini iaitu The Sky Ladder, Paviliun Chuangwang, One Line Sky dan banyak lagi.

4.  Pegunungan Tianzi

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [bayubuanatravel]

Pegunungan Tianzi adalah salah satu tempat menarik di Zhangjiajie yang sering digunakan sebagai tempat penggambaran filem.  Anda boleh menaiki kereta kabel dan melihat pemandangan gunung di sini. Jika musim dingin, anda boleh merasai kesejukan salju.

5.  Zhangjiajie Xianren Stream

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [synotrip]

Tempat menarik di Zhangjiajie ini adalah sebuah tasik cantik dan indah. Anda boleh berjajan kaki di Zhangjiajie Xianren Stream bagi melihat pemandangan alam semulajadi.  Anda boleh juga menaiki perahu di sini. Pasti seronok!

6.  Zhangjiajie Qian Gu Qingjing Qu

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [tripadvisor]

Qian Gu Qingjing Qu adalah port yang sesuai untuk anda bergambar memandangkan aktiviti di sini juga menarik. Anda boleh menyaksikan persembahan yang diadakan oleh kaum di sini. Sekali sekala, haruslah menonton persembahan sebegini!

7.  Golden Whip Brook

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [chinaculturetour]

Sungai yang jernih ini menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja untuk bermain air dan menyaksikan pemandangan, tetapi ia sering dijadikan tempat untuk bergambar. Suasananya amat segar sekali. Anda boleh menaiki jambatan dan kereta gantung sehingga ke Huangshi Village.

8.  Tujia Customs Park

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [explorezhangjiajie]

Tujia Customs Park adalah sebuah kuil atau rumah bersejarah yang penuh dengan peninggalan budaya asli kota Zhangjiajie. Anda boleh melihat tarian, menikmati pemandangan, berjalan-jalan di sekitarnya dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, orang dari kawasan ini kebanyakannya bercakap seolah-olah dengan nada seperti menyanyi.

9.  Xibu Street

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [chinadaily]

Pelancong pasti takkan ketinggalan untuk bersiar-siar di tempat menarik di Zhangjiajie ini. Selain mencari makan di restoran-restoran pilihan, anda boleh singgah di kedai cenderamata, kedai-kedai di tepi jalan bagi membeli pakaian, aksesori dan lain-lain lagi barangan.

10.  Yellow Dragon Cave

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [visitourchina]

Gua Dragon ini wajib anda singgah! Keindahan dalam gua dengan lampu yang berwarna-warni ini bakal membuatkan anda terhibur.  Selain itu, saksikan kecantikan batu stalagtit dan stalagmit di dalam gua ini.  Anda juga boleh menaiki perahu di dalam gua untuk bersiar-siar sekeliling gua yang besar ini.

11.  Tianmen Fox Fairy Show

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [thechinaguide]

Tempat ini khas untuk persembahan kisah cinta antara serigala jadian dan manusia.  Anda boleh saksikan bersama kawan-kawan, keluarga dan pasangan. Ianya bagaikan sebuah teater yang indah, lengkap dengan penata bunyi dan pencahayaan yang sempurna.

12.  BaiLong Elevator

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [makemytrip]

Bailong Elevator adalah sebuah tempat menarik di Zhanjiajie dengan ketinggian 330m yang dikatakan sebuah lift terpanjang di dunia. Anda boleh naik untuk melihat pemandangan luar dari atas.

13.  Baofeng Lake

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [civitatis]

Bersiar-siar di Baofeng Lake ini amat menghiburkan. Anda boleh mendengar nyanyian dari mereka yang berada di perahu buatan manusia jika berkesempatan.  Selain menikmati kecantikan tasik ini, terdapat juga jualan cenderamata di beberapa lokasi terdekat.

14.  Chabei Spring

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [globaltravel]

Salah satu tempat menarik di Zhanjiajie boleh anda kunjungi adalah Chabei Spring.  Penuh dengan air terjun yang indah, anda juga boleh menaiki jambatan untuk bergambar, melihat air terjun dan merasai udaranya yang amat segar. Anda juga boleh bermain dengan ikan-ikan koi di sini.

15. Zhangjiajie National Forest Park

tempat menarik di zhangjiajie

Imej via [topchinatravel]

Zhangjiajie National Forest Park menjadi tumpuan para pelancong kerana ia adalah salah satu tempat warisan UNESCO.   Tempat menarik di Zhangjiajie ini meliputi 4,810 ha kawasan hutan dan merupakan daerah Wulingyuan Scanic Area yang paling cantik! Rugi jika tak berkunjung ke sini.

Itulah dia tempat menarik di Zhangjiajie yang boleh anda lawati untuk percutian bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom lihat juga tempat menarik di Zamboanga, tempat menarik di Yunnan, tempat menarik di Zurich dan tempat menarik di Zagreb.

Rujukan:

  1. alowisata
  2. tripadvisor.co.id
  3. tripadvisor

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.