Rumah Peranginan Persekutuan – Tempahan Online Kini Lebih Mudah

Sebut sahaja tentang percutian, kami yakin anda pasti berasa teruja. Ianya boleh dikatakan satu short escape yang sangat diperlukan setelah berhempas pulas bekerja.

Selain itinerari percutian, semestinya tempat penginapan merupakan antara aspek yang anda fikirkan sebelum bercuti, bukan? Hotel, inap desa atau chalet – pilihan-pilihan tempat penginapan ini pun mula menjengah di minda.

Jika anda merupakan penjawat awam atau pesara kerajaan, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)? Tertanya-tanya tentang RPP? Teruskan membaca.

Apakah RPP?

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan kemudahan penginapan yang diwujudkan khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

RPP mempunyai lokasi tersendiri di seluruh Malaysia dan lokasinya juga cukup strategik. Kebanyakannya RRP terletak di tempat yang menjadi tumpuan pelancongan, jadi anda tak perlu risau. Guna sahaja peranti GPS, pasti senang untuk dijumpai.

Syarat Permohonan RPP

Mengambil kira keadaan pandemik sekarang, semestinya syarat permohonan RPP harus selaras dengan SOP yang ditetapkan. Untuk itu, berikut merupakan syarat atau tatacara permohonan untuk RPP:

(a) pemohon perlu mendaftar dalam Sistem Bersepadu BPH (SBBPH);
(b) hanya pemohon yang telah lengkap divaksin dibenarkan; Kriteria Vaksinasi
Lengkap:
i. bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty
(Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca),
CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)), individu
berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos
kedua; atau
ii. bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID19
Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia (CanSino)), individu berkenaan
mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

(c) bayaran adalah secara atas talian (online);
(d) waktu mendaftar masuk mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja; dan
(e) masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2015 Peraturan bagi
Menggunakan RPP

Jenis-jenis RPP

Ada 2 jenis Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang disediakan:

  • Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Eksekutif – disediakan untuk kemuudahan semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, pesara-pesara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta dipanjangkan kepada semua anggota Perkhidmatan Badan Berkanun
  • Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Premier – disediakan untuk anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan bermula daripada anggota Perkhidmatan Awam gred 48 ke atas dan yang setaraf dengannya.

Lokasi RPP Eksekutif

rpp cameron
Imej via BPH
  • RPP Port Dickson;
  • RPP Morib;
  • RPP Tasik Kenyir;
  • RPP Cameron Highlands;
  • RPP Pulau Langkawi – Federal Villa;
  • RPP Bukit Fraser;
  • RPP Pulau Pinang; dan
  • RPP Pulau Pangkor.

Lokasi RPP Premier

rpp london
Imej via BPH
  • RP Tanjung Tuan, Port Dickson;
  • RP Cameron Highlands;
  • RP Bukit Fraser – The Lodge;
  • RP Labuan;
  • RP Singapura;
  • RP Banglo VIP, Port Dickson; dan
  • RP London (termasuk RP Transit Sipson Middlesex).

Kadar Sewaan RPP

Berikut ialah kadar sewaan untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Eksekutif:

Berikut pula ialah kadar sewaan untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Premier:

* Kadar sewa kemudahan tertakluk kepada caj semasa yang telah ditetapkan oleh BPH.

** Kadar sewa tertakluk kepada cukai semasa Kerajaan

*** Waktu Puncak – Sabtu/Ahad, Cuti Umum Persekutuan dan Cuti Sekolah.

**** Waktu Luar Puncak – Hari selain yang telah diklasifikasikan sebagai Waktu Puncak

Cara Menempah RPP di SBBPH

Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kini lebih mudah dengan adanya SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah.

Dalam post ini ammboi akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara atas talian menerusi SBBPH.

1 – Kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar sebelum menggunakan sistem tempahan online ini. Proses pendaftarannya mudah sahaja. Apabila selesai, satu emel pengesahan yang mengandungi kata laluan sementara akan dihantar kepada anda.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

2 – Kemudian, anda boleh log masuk ke laman SBBPH dengan menggunakan MyID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti di bawah akan muncul.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya log masuk. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan.

5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda dikehendaki untuk memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu masukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.

Rumah Peranginan Persekutuan RPP

6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.

RPP

7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).

RPP

Kesimpulan

Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan online Rumah Persekutuan ini hanya dibuka 3 kali setahun berdasarkan jadual diatas. Semoga info yang ammboi kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

Rujukan:

  1. Garis Panduan RPP
  2. BPH

Similar Posts

25 Comments

  1. LELAKI INI BERKONGSI CARA DAPATKAN HOTEL LAST MINIT DENGAN HARGA MURAH
    Pagi ini saya terbaca tulisan ini di website Oh Media.
    Dan saya mencubanya dan rasa berbaloi!
    Selepas download tempoh hari, saya baru guna hari ini.
    Memang murah!
    Saya dapat harga hotel Tune Hotels di KB dgn harga hanya RM62, sedang harga paling murah di Trivago pun RM100 lebih.
    Utk penggunaan seterusnya, saya boleh dpt free!
    Jadi saya kongsikan kembali utk panduan rakan-rakan FB saya 🙂

    Berikut tulisan penuh dari website tersebut:-
    Ketika bercuti, aspek penginapan antara perkara pertama yang difikirkan. Kini, Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda selalu jadi pilihan untuk membuat tempahan hotel.
    Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Seorang pelayar Facebook, Mohd Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada. Jom kita baca perkongsian daripada beliau.
    Apps ‘Hotel Quickly’ Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah
    Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama ‘Hotel Quickly’ oleh seorang teman rapat. Dari situlah
    permulaan saya sebagai ‘hotel reviewer.’
    Banyak penginapan saya book melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.
    Bagi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:
    1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store. Boleh juga klik link http://bit.ly/2bFaeQj
    2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.
    3. Selepas berjaya daftar, klik ikon ‘TIGA LINE BERINGKAT’ pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.
    4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.
    5. Masukkan kod promosi “AHAILME” dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.
    6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.
    7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40.
    8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.
    Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.
    Camana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?
    Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4
    bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.
    Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.
    Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.
    Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
    Peringatan!
    Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang ‘menggila murah’ seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?
    Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat “Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj.” jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.
    Mudah kan?
    Kredit: Afyan dan Mohamad Atif

  2. Sy ada apply tuk perumahan ni dan telah membuat bayarn secara online tp status masih blm bayar dh 48jam cmne ya

    1. Assalamualaikum Noraini,

      Dah selesai ke urusan tu? Maaf lambat reply.

      No. Hotline BPH: 03-88800522 Dari Isnin – Jumaat Jam 8.00 a.m – 5.00 p.m

  3. Assalamualaikum..nak tanya, adik saya keje gov. Kalo saya menginap guna ID dia, blh ke? Atau beliau perlu turut serta semasa nk menginap nanti? Tq

    1. Assalamualaikum Aiza,

      Berdasarkan kepada yang saya pernah lalui, orang yang menempah tu mesti ada bersama. Ketika nak checkin tu mereka akan minta IC asal untuk tujuan semakan.

  4. Saya ada try isi pendaftaran baru..tp siatem kata semakan no my kad tidak berjaya..mcm mana tu..

  5. Tuan / Puan

    Jabatan Rumah Peraniginan Persekutuan,

    Sila tolong saya mengubah Telephone hubungan di website ” Rumah Peraniginan Persekutuan – Pulau Pinaning” ke lain numbor yang betul, sebab sekerang web site ini pakai saya nombor ia -lah”012-3388678″ sebab saya tiap tiap hari leih kurang 10 telephone ganggu saya tanya dan saya ingin pihak tolong saya ,

    Atau ambil ini numbor keluar dari web site ini,

    Sekian terima kasih

    ONG HY
    012-3388678
    email: [email protected]

  6. Selamat pagi,saya nak tanya,saya telah menginap di rumah perangianan persekutuan eksekutif Pulau Pinang pada bulan Oktober,mengapa sampai sekarang pun belum pulangkan deposit saya.Terima kasih

  7. saya puan yan dari klinik kesihatan merlimau.kami bercadang ingin mengadakan family day untuk staff di port dickson pada 15.4.2017-16.4.2017.bagaimana nak berdaftar jika Berkelompok dan berkumpulan .daftar melalui BPH juga atau terus ke Puteri Beach Resort?

  8. jika booking dan pembayaran dah dibuat, tiba2 tak jadi bercuti macamana nak batal booking dan nak dapatkan balik duit tempahan tu

  9. assalam, agak2 dpt tak nk tempah utk program lawatan sekolah? sian budak2 dari kampung kebanyakan xpenah tgk dunia luar, tahun ni nk bagi kenal ada dunia lain selain kampung mereka..

  10. dah cuba berulang kali..bila check kekosongan ada..tapi bila dah klik atau pilih tarikh daftar masuk n keluar tu, katanya kena tempah 7 hari sebelum menginap.
    stress betul..padahal tarikh dah byk yang full.
    x faham sistem

    1. betul saya juga terkena macam tu. yang peliknya ada yang berjaya book 2 bulan sebelum. macamana tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *