Mencari hotel di KL untuk honeymoon?

Kuala Lumpur atau KL adalah lokasi yang kaya dengan tarikan pelancongan dan ini termasuklah dengan tempat penginapan yang cukup berbagai. Bagi yang ingin berbulan madu, KL ada menawarkan banyak hotel yang menarik dan sesuai disinggah untuk tujuan tersebut.

Masih tercari-cari hotel terbaik di KL untuk berbulan madu? Jangan risau, berikut kami senaraikan 14 hotel di KL untuk honeymoon. Teruskan membaca!

#1 Alila Bangsar Kuala Lumpur

Alamat: 58, Jalan Ang Seng, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2268 3888

Hotel bertaraf 5 bintang yang menawarkan harga berpatutan bukan mudah untuk dicari, tambahan pula di KL. Anda tak perlu risau kerana Alila Bangsar Kuala Lumpur ini merupakan antara hotel 5 bintang yang termurah di KL, sesuai untuk berbulan madu!

alila bangsar hotel di kl untuk honeymoon
Imej via Foursquare

Hotel yang terletak di Brickfields ini menawarkan harga serendah RM 265, sangat berpatutan. Kemudahannya termasuklah kolam renang, WiFi percuma, pusat kecergasan dan balkoni yang menjanjikan pemandangan kota yang indah.

#2 The St. Regis Kuala Lumpur

Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2727 1111

Nama hotel ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. The St Regis ini merupakan antara hotel yang kerap menjadi buruan ramai baik untuk percutian atau berbulan madu. Servis yang cemerlang merupakan antara aspek yang menjadi pujian ramai.

st regis kuala lumpur hotel di kl untuk honeymoon
Imej via booking

WiFi percuma, kolam renang, sauna dan pusat kecergasan ada disediakan di hotel. Harga penginapan untuk satu malam ialah sekitar RM 950, sangat berbaloi dengan kemudahan yang lengkap serta keselesaan yang terjamin. Dekorasi bilik yang cantik juga merupakan satu bonus.

#3 Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2380 8888

Mandarin Oriental Kuala Lumpur – hotel bertaraf 5 bintang ini juga merupakan antara hotel best di KL untuk honeymoon. Terletak berdekatan dengan KLCC, harga penginapan untuk satu malam ialah serendah RM 491.

spa mandarin oriental hotel di kl untuk honeymoon
Imej via Mandarin Oriental

Antara tarikan utama di hotel ini ialah spa mereka yang merupakan satu-satunya spa bertaraf bintang Forbes di negara ini. The Spa menawarkan rangkaian produk berprestasi tinggi dan rawatan istimewa yang disampaikan oleh pasukan terapi yang terlatih. Sambil berbulan madu, cubalah bersantai di spa mereka, pasti best!

#4 Grand Hyatt Kuala Lumpur

Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2182 1234

Satu lagi hotel yang cukup terkenal di KL untuk berbulan madu ialah Grand Hyatt Kuala Lumpur. Hotel bertaraf bintang ini mempunyai kemudahan yang cukup lengkap. Harga penginapan untuk satu malam ialah sekitar RM 650.

grand hyatt kl hotel di kl untuk honeymoon
Imej via Grand Hyatt KL

Tarikan di hotel Grand Hyatt ialah restorannya yang mempunyai pemandangan bandar dan kafe teres yang menyajikan sajian tempatan. Kemudahan lain terdiri daripada spa, gimnasium dan kolam renang. Interior bilik juga cukup elegan, pasti anda dan pasangan akan terpegun dengan dekorasinya.

#5 DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur

Alamat: The Intermark, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2172 7272

Dari luar sahaja hotel DoubleTree by Hilton ini kelihatan cukup elegan, bayangkan pengalaman bermalam di sini. Anda pasti akan berpuas hati dengan kemudahan yang serba lengkap serta servis yang cukup mantap.

doubletree by hilton - hotel di kl untuk honeymoon
Imej via Foursquare

Hotel bertaraf 5 bintang ini menyediakan kemudahan seperti WiFi dan parking percuma, restoran santapan tempatan dan Itali yang premium serta kolam renang air masin. Harga penginapan untuk satu malam ialah serendah RM 265, sememangnya berbaloi!

#6 Traders Hotel Kuala Lumpur

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2332 9888

Mahu menginap di hotel yang menawarkan pemandangan bandar yang cantik? Singgah sahaja berbulan madu di Traders Hotel. Harga penginapan untuk satu malam ialah serendah RM 334, sangat berpatutan dengan kelengkapan yang disediakan.

traders hotel kl
Imej via Trivago

Traders Hotel menawarkan kemudahan lengkap seperti indoor pool, Wi-Fi percuma, TV skrin rata dan bilik yang mempunyai pemandangan bandar dan menara berkembar yang cukup cantik. Perkhidmatan bilik juga disediakan 24/7, memang terbaik servisnya!

#7 The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur

Alamat: 168, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2142 8000

The Ritz Carlton juga merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Berharga sekitar RM 543 untuk satu malam, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang cukup cantik dan terletak berhampiran dengan Pavilion.

ritz carlton kl
Imej via booking

Kelengkapan di sini termasuk 5 restoran mewah, spa dengan tab mandi air panas, sauna dan urutan serta pusat kecergasan dan kolam renang terbuka boleh didapati di hotel ini. Sarapan pagi yang cukup enak juga disediakan dan menjadi rebutan, jadi anda wajib cuba!

#8 Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Alamat: 145, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2352 8888

Four Seasons Hotel KL – nama hotel bertaraf 5 bintang yang cukup popular. Jika anda bercadang untuk berbulan madu di KL, ini merupakan antara hotel yang sesuai untuk tujuan tersebut. Ribuan ulasan positif di Internet jelas membuktikan yang hotel ini memang terbaik.

Tarikan istimewa di hotel ini ialah biliknya yang berwarna neutral dengan pemandangan bandar atau taman. Setiap bilik mempunyai TV skrin rata dan Wi-Fi percuma. Selain itu, perkhidmatan bilik juga turut disediakan. Harga untuk menginap di sini untuk satu malam ialah serendah RM 750.

#9 JW Marriott Kuala Lumpur

Alamat: 183, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2175 9000

Hotel ini terkenal dengan keselesaan yang dijanjikan kepada pelanggannya. Memang sesuai dijadikan tempat penginapan untuk berbulan madu, tambahan pula lokasinya cukup strategik dan pemandangan kota dari bilik juga memang cantik.

jw marriott hotel di kl untuk honeymoon

Berharga sekitar RM 450 untuk satu malam, antara kelengkapan yang boleh didapati di JW Marriott ialah WiFi percuma, TV, gimnasium, sauna dan kolam renang outdoor. Restoran di sini menyediakan masakan Cina yang cukup menyelerakan, jadi jangan lupa cuba!

#10 The RuMa Hotel and Residences

Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2778 0888

The RuMa Hotel and Residences yang terletak di Jalan Kia Peng ini juga sering disinggah oleh pasangan yang ingin berbulan madu. Bukan sahaja menyediakan bilik yang cantik, malah servis yang ditawarkan juga cukup cemerlang.

The RuMa Hotel and Residences
Imej via booking

Berharga serendah RM 565 untuk satu malam, The RuMa Hotel and Residences menawarkan beberapa unit dengan pemandangan bandar. Bilik-bilik di sini juga dilengkapi dengan mesin kopi. Restorannya iaitu ATAS ada menyajikan pelbagai hidangan tempatan yang asli serta makanan antarabangsa.

#11 Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Alamat: 1, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2032 3088

Kami yakin pasti ramai pembaca sudah biasa terdengar nama hotel bertaraf 5 bintang ini? Di KL, Shangri-La Hotel ini merupakan antara hotel yang paling terkenal. Harga penginapan untuk satu malam juga berpatutan, serendah RM 405 sahaja.

shangri-la kuala lumpur honeymoon
Imej via Foursquare

Kelengkapan yang disediakan termasuklah Wi-Fi percuma, TV skrin rata dan peti besi. Bilik suite mempunyai ruang tamu yang berasingan, meja makan dan/atau tab mandi. Terdapat 3 bar dan 4 restoran (termasuk restoran Cina, Jepun dan bufet), ruang istirahat lobi yang mewah dan spa.

#12 The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2785 8000

Nama hotel ini sudah cukup menggambarkan hotelnya yang cukup elegan. Hotel bertaraf 5 bintang ini sesuai dijadikan tempat untuk anda berbulan madu. Harga penginapan juga berpatutan, serendah RM 383 sahaja untuk satu malam.

the majestic kuala lumpur
Imej via Foursquare

Menampilkan konsep interior yang moden, antara kelengkapan yang disediakan ialah TV skrin rata dan Wi-Fi percuma. Untuk bilik jenis suite, perkhidmatan butler dan ruang tamu atau bilik juga turut disediakan. Beberapa bilik mempunyai bilik mandi bertutup kaca, katil 4 tiang dan/atau pemandangan bandar atau taman yang memang cantik.

#13 Le Méridien Kuala Lumpur

Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2263 7888

Le Méridien Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf 5 bintang yang menawarkan pemandangan kota yang cantik untuk kebanyakan biliknya. Harga penginapan untuk satu malam ialah sekitar RM 280, berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

le meridien kl
Imej via Foursquare

Bilik biasa dengan pemandangan taman atau bandar menawarkan TV skrin rata dan Internet berkelajuan tinggi. Bilik dan suite kelab mempunyai akses ke lounge dengan sarapan pagi percuma dan Wi-Fi. Beberapa suite juga mempunyai teres peribadi.

#14 Villa Samadhi Kuala Lumpur

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 03-2143 2300

Dari luar sahaja, kami yakin anda pasti terpegun dengan villa ini. Ianya sesuai disinggah oleh pasangan yang ingin berbulan madu di lokasi yang santai dan cukup tenang. Harga untuk menginap di sini ialah serendah RM 1205.

villa samadhi honeymoon kl hotel
Imej via Foursquare

Suite mewah menyediakan Wi-Fi, TV skrin rata, pemain DVD dan peti besi serta bar mini. Semuanya mempunyai kemudahan untuk membuat teh dan kopi. Beberapa bilik mempunyai balkoni, tab mandi, dapur kecil, kolam terjun dan taman peribadi. Yang penting, perkhidmatan bilik semestinya ditawarkan.

Selain itu, sarapan pagi juga percuma. Taman di villa ini juga mempunyai kolam renang ala lagun dengan kerusi berjemur. Memang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai. Rekabentuk villa yang tradisional juga patut dipuji.

Kesimpulan

Sudah jumpa hotel di KL untuk honeymoon? Atau anda rambang mata dan tertarik kerana semuanya kelihatan sesuai disinggah bagi pasangan yang ingin berbulan madu?

Tidak mengapa, singgah sahaja di hotel yang bersesuaian kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau di media sosial. Selamat berbulan madu!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.