Sudah lama tidak membawa anak-anak bercuti di putrajaya. Kali ni kami akan senaraikan pelbagai jenis kolam renang Putrajaya yang menarik. Tidak semestinya waktu cuti, tetapi untuk yang duduk di sekitar boleh sahaja datang ke kolam renang ini selalu. Harga pun biasanya lagi murah berbanding kolam lain kerana milik kerajaan.

Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6

Kompleks Sukan Air Putrajaya

Kolam renang Putrajaya yang menarik dan terbaik ialah Kompleks Sukan Air Putarajaya. Anda boleh membawa anak-anak datang ke kolam renang ini bagi menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan aktiviti berfaedah.

Kompleks ini juga merupakan tempat untuk sukan air yang menawarkan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi pelbagai acara aktiviti sukan air. Oleh itu, Mereka yang merupakan peminat sukan air boleh datang ke Kompleks sukan pada hujung minggu.

Alamat: Kompleks Sukan Air Presint 6, Presint 6, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Presint 16 putrajaya

kolam renang presint 16 putrajaya

Selain itu, Presint 16 Putrajaya merupakan kolam renang yang amat popular dalam kalangan masyarakat. Kolam renang ini sangat  menarik kerana dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang tiada pada kolam renang lain.

Ia juga dilengkapi dengan kolam renang bersaiz olimpik,kolam latihan dan juga kolam renang untuk kanak-kanak.Permandangan di sekitar kolam ini juga menarik di samping aktiviti-aktiviti yang dilakukan di tasik bersebelahan dengan kolam renang tersebut.

Alamat: kompleks kejiranan, Presint 16, 62000, Putrajaya

Kompleks Kejiranan Presint 11

kompleks kejiranan presint 11

Mereka yang ingin mencari ketenangan yang dipenuhi dengan pelbagai tekanan dan bebanan dalam fikiran. Anda boleh datang ke Kompleks Kejiranan Presint 11. Kolam renang adalah suatu konstruksi buatan yang dirancang untuk diisi dengan air dan digunakan untuk berenang, menyelam, atau melakukan aktiviti air dan lain-lain.

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Palm Garden Infinity Pool

Palm Garden Infinity Pool

Palm Garden Infinity Pool merupakan kolam renang yang paling terbaik dan mendapat feedback dalam kalangan masyarakat. Permandangan di sekitar kolam ini juga menarik di samping aktiviti-aktiviti yang dilakukan di tasik bersebelahan dengan kolam renang tersebut. Jadi, dapat disimpulkan bahawa, di Putrajaya terdapat kolam-kolam renang yang menarik. Oleh itu,jangan lepaskan peluang keemasan anda.

Alamat: Ioi Resort, 62050 Putrajaya, Selangor

Marina Putrajaya

Marina Putrajaya

Akhir sekali, Marina Putrajaya merupakan tempat mandi manda paling terbaik dalam kalangan masyarakat serta sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran yang bercelaru. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama insan tersayang iaitu kawan mahupun keluarga tercinta, sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga.

Alamat: Marina Putrajaya, 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya.

Sedikit perkongsian mengenai tempat perangian terbaik di Putrajaya. Mereka yang mempunyai masa lapang boleh datang ke sana bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Jangan lupa untuk membaca artikel kami yang lain

Rujukan

  1. Kolam Renang yang murah di putrajaya http://blog.moonaz.com.my/2017/08/09/banyak-rupanya-kolam-renang-yang-murah-di-putrajaya/
  2. Kawasan Rekreasi dan pelancongan -Presint 16, Putrajaya http://presint16.pimaxis.my/pelancongan.html

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.