Kedah juga tak ketinggalan dalam menyediakan banyak homestay Kedah dengan private pool. Dengan keadaan semasa, ramai yang memilih untuk bercuti dan menginap dengan penuh privasi bersama keluarga. Hal ini kerana lebih selamat dan tidak terdedah dengan sebarang risiko.

Sekiranya anda mencari homestay di Kedah dengan keistimewaan tambahan iaitu kolam renang, kami senaraikan hampir semua homestay di negeri ini dengan keistimewaan tersebut untuk pilihan anda!

Pasti ada yang mencuri tumpuan anda! Selamat memilih!

Riverpool Homestay Alor Star

Imej via [ Riverpool Homestay Alor Setar ]

Homestay yang kemas, bersih dan luas ini mempunyai 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan pendingin hawa. 3 bilik air turut disediakan di homestay ini.

Kemudahan lain yang terdapat di homestay ini adalah Unifi, penapis air Coway, parkir yang selesa dan sebagainya. Paling penting, kolam yang berada di perkarangan rumah selamat dan sesuai untuk kanak-kanak namun masih perlu perhatian daripada penjaga.

Alamat: Jalan Taman Seri Empangan, Kampung Berjaya, 05150 Alor Setar, Kedah

Homestay Kak Ina

Imej via [ Homestay Kak Ina ]

Sekiranya anda mencari homestay Kedah dengan private pool yang terletak di perkampungan, Homestay Kak Ina pasti menepati citarasa anda. Jauh dari kesibukan kota, anda juga pasti berasa tenang apabila berada berdekatan sawah dan sungai.

Walaupun berada di perkampungan, namun struktur rumah penuh dengan kemodenan dan dekorasi menarik. Homestay ini menyediakan 3 buah rumah dengan 2 bilik setiap rumah serta 2 unit studio. Tempah sahaja kesemuanya jika anda datang bersama keluarga besar untuk privasi berganda.

Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak homestay untuk penginap adalah berbasikal, trampoline, kayak, memancing dan karaoke. Nak buat aktiviti lain juga sangat sesuai kerana perkarangan rumah yang luas dan lapang.

Alamat: KM8/Batu 5, Kampung Kebun Pinang, Jalan Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah

Homestay Tanjung Bendahara

Imej via [ Homestay Tanjung Bendahara ]

Homestay ini agak unik dari homestay yang lain kerana berkonsepkan kabin dan berada betul-betul di tepi sungai. Reka bentuk homestay sedikit eksklusif berbanding homestay yang lain.

Terdapat 3 bilik dilengkapi air-cond serta 2 bilik air disediakan untuk pengunjung. Dapur juga lengkap dengan kelengkapan memasak. Kemudahan lain turut disediakan seperti set bbq, Unifi dan Netflix.

Alamat: Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah

Damai Pool Homestay Alor Setar  with Private Pool

Imej via [ Damai Pool Homestay ]

Jika anda menginap di sini, pihak homestay menyediakan 3 bilik tidur dan setiap bilik mempunyai kipas dan almari terbuka. 2 bilik daripada 3 bilik tersebut dilengkapi air-cond dan 1 katil queen.

Terdapat 2 bilik air, perkakas dapur yang lengkap, ruang tamu yang luas dan kemudahan yang lain. Homestay ini turut menyediakan Unifi untuk penginap.

Alamat: No 83, Jalan Lada 17, Taman Simpang Perdana 2, 06650 Alor Setar, Kedah.

Laman Bayu Homestay Alor Setar

Imej via [ Laman Bayu Homestay ]

Penginapan di Laman Bayu Homestay berkonsepkan banglo 2 tingkat dan terletak di kawasan kampung. Homestay ini memiliki 5 buah bilik tidur dan 6 bilik air. Jumlah penginap yang dibenarkan dalam satu masa adalah seramai 20 orang sahaja.

Uniknya homestay ini kerana menyediakan bilik air di luar rumah bagi memudahkan anda menukar pakaian setelah bermandi-manda di kolam. Kolam juga sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa kerana mempunyai 2 kedalaman berbeza.

Alamat: 7Q Lorong Bayu, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah

Zanishah Homestay

Imej via [ Zanishah Pool Homestay Alor Setar ]

Zanishah Homestay mempunyai 8 unit homestay. Namun hanya 1 unit sahaja yang mempunyai private pool yang terdapat di dalam rumah. Homestay tersebut mampu memuatkan 13 orang dalam satu masa.

Terdapat 3 bilik dilengkapi air-cond dan 3 bilik air disediakan dengan selesa buat pengunjung. Setiap bilik tidur menggunakan 2 katil bersaiz king. Nak buat barbeku bersama keluarga pada waktu malam juga dibenarkan.

Alamat: No 1A Lorong Pak Ayob, Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah

Arfa Home

Imej via [ Arfa Home Private Pool Homestay Kedah ]

Homestay yang berkonsepkan modern English ini terletak di Alor Setar, Kedah.  Private pool yang berada di perkarangan rumah sesuai dan selamat untuk kanak-kanak serta dewasa kerana mempunyai dua kedalaman berbeza.

Penginapan di sini juga mampu memuatkan lebih ramai pengunjung kerana terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Setiap bilik dilengkapi air-cond dan kipas siling. Antara keistimewaan disediakan khas buat pengunjung adalah taman permainan, peralatan memancing, Unifi, set karaoke dan lain-lain.

Alamat: No 38, Jalan Andalas 5, Taman Andalas, Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah

Homestay Megat & Puteri

Imej via [ Homestay Megat & Puteri ]

Terletak di Changlun, terdapat 3 bilik tidur dilengkapi katil bersaiz queen dan kipas siling. Hanya 2 bilik disediakan bersama pendingin hawa. Selain itu, terdapat 2 bilik air disediakan dengan tandas duduk. Kolam renang yang berada di luar rumah mempunyai kedalaman 2 kaki dan 4 kaki yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Kemudahan lain turut disediakan adalah perkakas dapur yang lengkap, hair dryer, seterika, tempat bbq dan sebagainya. Homestay ini berada di kedudukan strategik yang memudahkan anda untuk mendapatkan kemudahan asas yang lain.

Alamat: No 11, Taman Keriang Permai, Jalan Keriang Permai 1, Kampung Tradisi Lembah Keriang, 06010 Changlun, Kedah

H&R Homestay

Imej via [ H&R Homestay ]

H&R Homestay sesuai dijadikan lokasi untuk mengadakan kenduri atau hari keluarga kerana persekiran rumah yang sangat luas. Homestay ini berada di sempadan Kedah dan Perlis, juga merupakan lokasi strategik untuk ke tempat menarik yang lain.

Rumah satu tingkat semi-D memperuntukkan 3 bilik tidur dengan air-cond, kipas, seterika dan almari. Dapur juga lengkap dengan peralatan memasak. Bukan itu sahaja, terdapat 2 bilik air dan kolam renang yang luas, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Alamat: Taman Seri Kodiang, Kodiang, Kedah

Maisarah Homestay

Imej via [ Maisarah Homestay ]

Minimum penginap yang dibenarkan adalah 8 orang dan maksimum 15 orang, namun anda perlu membawa toto sendiri. 3 bilik tidur disediakan dan 2 daripadanya menggunakan pendingin hawa manakala 1 bilik menggunakan kipas.

Uniknya penginapan di sini kerana mereka menyediakan 1 bilik khas untuk menonton wayang yang mampu memuatkan 12 orang. Set karaoke, indoor game dan Unifi juga disediakan khas buat pengunjung. Bukan itu sahaja, mini surau turut disediakan dengan selesa.

Alamat: No 57, Jalan Keriang Permai, Kampung Tradisi, Temin, 06010 Changlun, Kedah

Murni Inn

Imej via [ Murni Inn Perigi ]

Banglo yang lengkap dengan pelbagai kemudahan persis  di rumah berpenghuni ini pasti dapat membuatkan anda menginap dengan selesa. Murni Inn berdekatan dengan tempat menarik di Kedah seperti Air Terjun Sri Perigi, Air Terjun Titi Hayun, Pantai Murni dan sebagainya.

3 bilik disediakan dengan kelengkapan seperti katil queen, air-cond dan kipas. Fasiliti lain yang terdapat di homestay ini seperti 2 bilik air, dapur yang lengkap, bbq pot, tilam dan bantal tambahan dan sebagainya.

Alamat: Lot 1, Kg Perigi, Yan, Kedah

Homestay Anjung Malinja

Imej via [ Homestay Anjung Malinja Private Pool Kedah ]

Nak menginap dengan suasana kampung dan dikelilingi sawah? Anda dapat rasai pengalaman tersebut jika menginap di Homestay Anjung Malinja. Pasti seronok dapat mandi kolam sambil layan panorama sekeliling.

Kolam di homestay ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa kerana terdapat 2 kolam berasingan dengan kedalaman berbeza. Bukan itu saja, anda pasti selesa kerana terdapat 2 bilik tidur berpendingin hawa dan disediakan tilam dan toto tambahan.

Alamat: Sungai Limau Dalam, 06910 Yan, Kedah

Zar Permai Motel & Homestay

Imej via [ Zar Permai Motel & Homestay ]

Di sini terdapat 3 jenis penginapan berbeza iaitu 8 unit motel, sebuah homestay dan 1 unit motel biasa dengan harga berpatutan. Homestay yang mempunyai kolam persendirian pasti memberikan penginapan yang selesa dan penuh privasi buat keluarga anda.

Homestay ini sesuai untuk 15 orang  dewasa dan kanak-kanak kerana terdapat 3 bilik dan 3 bilik air. Kemudahan lain disediakan adalah kelengkapan memasak dan barbeku. Segala kemudahan tidak dikongsi dengan tetamu motel.

Alamat: No F21, Zar Permai Motel & Homestay, Kampung Ruat. 06900 Yan, Kedah

Nusantara Homestay

Imej via [ Nusantara Homestay ]

Nusantara Homestay juga mempunyai 3 jenis penginapan dan hanya 1 unit sahaja yang mempunyai private pool iaitu rumah dengan suasana kampung. Pasti anda dapat menginap dengan lebih selesa dan nyaman.

Nusantara Homestay menyediakan 3 bilik tidur dengan 1 bilik air dan 1 tandas. Bantal, toto dan selimut tambahan diberikan jika tidak mencukupi. Dapur turut lengkap dengan peralatan memasak.

Alamat: 29,Jalan Nusantara 2, Taman Nusantara, Yan Kechil, Kedah

Afzah Raihans Agrofarm

Imej via [ Afzah Raihans Agrofarm ]

Homestay ini mempunyai dekorasi kolam yang unik dan mengagumkan. Terdapat dua jenis penginapan disediakan dan kedua-dua penginapan tersebut mempunyai kolam persendirian yang berasingan.

Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di rumah kayu atau rumah batu. Kedua-dua rumah mempunyai 2 bilik tidur dengan air-cond, kipas, almari dan meja solek. Kelengkapan memasak juga lengkap bersama set bbq.

Alamat: Yan, Kedah

Homestay D Hidayah

Imej via [ Homestay D Hidayah ]

Keunikan homestay ini adalah anda dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti menunggang ATV, menunggang kuda, berkelah, lawatan ke lading rusa dan aktiviti menarik yang lain. Pasti percutian anda dipenuhi kenangan menyeronokkan bersama keluarga.

Homestay ini menyediakan kolam persendirian, port bbq, surau, dewan terbuka dan perkakas dapur yang lengkap untuk kemudahan anda.

Alamat: Kem Al-Hidayah, Kampung Raga,Yan, Kedah

Ariana Homestay

Imej via [ Ariana Homestay ]

Jika anda ingin mengadakan hari keluarga atau majlis lain, sangat sesuai jika adakannya di Ariana Homestay. Tempah sahaja kesemua 8 buah bilik untuk mendapatkan privasi berganda. Homestay seakan resort ini mempunyai persekitaran yang luas serta dekorasi yang cantik.

Terdapat 2 kolam berasingan untuk kanak-kanak dan dewasa. 3 buah gazebo turut disediakan disekeliling kolam untuk pengunjung bersantai sambil melayan keindahan landskap luar.

Alamat: Pantai Murni, Yan, Kedah

D’Memori Village Islamic Homestay

Imej via [ D’Memory Village-Islamic Homestay ]

Di sini juga sesuai jika anda ingin mengadakan hari keluarga bersama keluarga besar anda kerana segenap ruang luas dan selesa. Maksimum penginap yang dibenarkan adalah 25 orang. Keunikan homestay ini adalah mesra OKU dan mempunyai dataran terbuka di rooftop.

Terdapat 6 buah bilik dengan nama-nama unik seperti Jabal Rahmah, Taif, Safa&Marwah, Raudhah, Jabal Nur dan Jabal Uhud. Setiap bilik mempunyai katil queen, bilik air, TV LED, air-cond, kipas dan sejadah. Pasti selesa buat anda sekeluarga menginap dan bercuti.

Alamat: Serdang, Kedah

Homestay Cikgu

Imej via [ Homestay Cikgu Baling Kedah ]

Homestay Cikgu memperuntukkan 2 buah homestay iaitu Homestay D’Impiana dan Homestay D’Anjung. Kedua-dua homestay mempunyai private pool yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Homestay D’Impiana mempunyai 4 bilik lengkap dengan pendingin hawa manakala hanya 3 bilik sahaja di Homestay D’Anjung. Tempat bbq disediakan di setiap penginapan.

Alamat: Kampung Padang Kuala Pegang, Baling, Kedah

Villa Mardhiah Desa Seroja

Imej via [ Villa Mardhiah Desa Seroja ]

Villa Mardhiah mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik daripadanya menggunakan pendingin hawa. Homestay ini baru dibuka pada awal Februari 2022. Keadaan dan kelengkapan rumah serba baru dan pasti selesa buat anda dan keluarga menginap.

Kemudahan lain turut disediakan adalah dapur luar yang lengkap, tempat bbq, gazebo dan buaian santai dan sebagainya. Private pool yang berada di perkarangan rumah pasti selesa kerana sangat luas dan mempunyai bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa.

Alamat: No 7 Jalan Seroja 3, Taman Desa Seroja, Baling, Kedah.

Aisya Pool House Baling

Imej via [ Aisya Pool House Baling ]

Terletak di Baling, homestay ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang kanak-kanak dan dewasa demi keselesaan penginap. Terdapat 2 kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

3 bilik tidur disediakan lengkap dengan air-cond serta 2 bilik air yang lengkap dengan water heater. Dapur juga lengkap dengan perkakas memasak. Selain itu, parkir dapat memuatkan 2 buah kereta.

Alamat: Baling, Kedah

Baling Alba Homestay

Imej via [ Baling Alba Homestay ]

Rumah berkonsepkan semi-D mempunyai 4 bilik tidur bersama pendingin hawa serta 2 bilik air. Dapur juga lengkap dengan pelbagai peralatan bagi memudahkan anda untuk memasak.

Kemudahan lain yang turut disertakan seperti wifi, smart tv dengan siaran antarabangsa, seterika, mesin basuh dan lain-lain. Selain itu, kolam renang mempunyai kedalaman 3 kaki untuk dewasa dan 2 kaki untuk kanak-kanak.

Alamat: No 55, Jalan Bayu Indah 5, Taman Bayu Indah 2, Baling, Kedah

Qistina Homestay

Imej via [ Qistina Homestay Baling with Private Pool ]

Berada dalam suasana kampung, Qistina Homestay yang berkonsepkan senibina tradisional mempunyai 5 buah bilik. Bukan itu sahaja, terdapat 2 bilik air, 2 tandas dan 2 ruang tamu yang selesa. Bilik air turut disediakan di luar rumah bagi memudahkan penginap menukar pakaian setelah bermandi-manda.

Maksimum penginap yang dibenarkan adalah 25 orang dan pihak homestay menyediakan set tilam dan bantal tambahan yang mencukupi. Keunikan homestay ini berbanding homestay lain adalah pihak homestay menyediakan sarapan buat tetamu.

Alamat: Lot 11768B Kampung Pisang, 09200 Kupang, Baling, Kedah

D’Mama Chalet

Imej via [ D’Mama Chalet ]

D’Mama Chalet mempunyai 6 buah bilik berasingan. Jika anda ingin mengadakan hari keluarga bersama ahli keluarga yang ramai, tempah sahaja keseluruhan chalet dan anda akan dapatkan suasana privasi. Kalau masih tidak cukup, anda boleh menyewa khemah tambahan. Di sini terdapat tempat bbq dan dewan makan yang luas. Tak cukup dengan itu, pelbagai kemudahan turut disediakan seperti seterika, peti ais, cerek dan lain-lain.

Jika anda ingin menginap dengan keluarga kecil, anda boleh menyewa lagi satu homestay dengan 2 bilik. Jangan risau, kolam persendirian turut disediakan buat kanak-kanak dan dewasa. Homestay ini terletak berhadapan Klinik Kesihatan Jeniang Kg Begia.

Alamat: Kampung Begia, Jeniang, Sik, Kedah

Amaya Pool Homestay

Imej via [ Amaya Pool Homestay ]

Amaya Pool Homestay yang berkonsepkan Inggeris pasti memukau tiap mata yang memandang kerana dekorasi yang elegan dan eksklusif. Terdapat 4 buah bilik tidur disediakan buat pengunjung dengan selesa.

Bukan kolam sahaja yang luas, malah terdapat sebuah taman dan gazebo untuk anda bersantai bersama keluarga. Wifi juga disediakan percuma untuk kemudahan anda.

Alamat: Sungai Petani, Kedah

Teratak Ourlife Homestay

Imej via [ Teratak Ourlife Homestay ]

Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air disediakan jika anda menginap di Teratak Ourlife Homestay. Uniknya homestay ini kerana dapur memasak terletak secara terbuka di tepi kolam. Sambil memasak, anda juga dapat memantau anak-anak bermandi-manda.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah tempat bbq, ruang solat, wifi percuma, parkir dalaman yang boleh memuatkan 2 biji kereta dan lain-lain. Anda tidak akan bosan jika menginap di sini kerana pihak homestay menyediakan set catur dan congkak untuk anda bermain bersama keluarga.

Alamat: 495 Jalan Bukit Puteri 1/9, Sungai Petani, Kedah

Rak Homestay

Imej via [ Rak Homestay Sungai Petani ]

Reka bentuk kolam renang di Rak Homestay tidak kurang hebatnya. Kolam yang cantik dihiasi air terjun tersebut sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Bukan itu sahaja, ruangan santai disediakan berhampiran kolam.

Terdapat 3 bilik tidur dengan 3 katil bujang, 1 katil queen dan 1 katil king. Dapur juga lengkap dengan peralatan untuk anda memasak. Jika anda mahukan penginapan sedikit unik dan eksklusif, kunjungilah Rak Homestay.

Alamat: 284 Jalan Zamrud 9/2C, Taman Sinar Intan, Sungai Petani, Kedah

Homestay Tok Abah

Imej via [Homestay Tok Abah]

Homestay ini sesuai jika anda mencari penginapan yang jauh dari kesibukan kota. Walaupun berada di perkampungan namun terdapat 2 kolam yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Bukan itu sahaja, homestay menyediakan 3 bilik tidur dan 3 bilik air. 1 bilik air berada diluar rumah bagi memudahkan penginap menukar pakaian setelah bermandi-manda dikolam. Jika anda mahukan aktiviti, anda boleh memancing dan berbasikal sekitar kampung.

Alamat: 73 Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah

D’Angan Homestay

Imej via [ D’Angan Homestay Private Pool ]

D’Angan Homestay adalah salah satu homestay Kedah dengan private pool yang terletak di dalam rumah. Anda boleh mandi dengan privasi yang berganda bersama keluarga.

Terdapat 3 bilik tidur dan setiap bilik dilengkapi katil queen dan katil bujang, air-cond, kipas, meja sisi, cermin dan lain-lain. Ruang tamu cukup luas dan selesa dilengkapi tv dan perabot lain.

Alamat: Lot 226, Plot 4, Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, 08000 Sungai Petani, Kedah

Homestay Kolam Renang Sungai Petani by Atieyshah

Imej via [ Homestay Sungai Petani by Atieyshah ]

3 bilik tidur disediakan buat penginap dengan selesa. 2 bilik daripadanya mempunyai pendingin hawa. Seperti homestay yang lain, di sini juga terdapat dapur lengkap dengan pelbagai peralatan memasak.

Bukan itu sahaja, pihak homestay turut menyediakan permainan indoor seperti congkak, dam dan chess. Set steamboat juga ada untuk anda makan selain bbq. Lokasi juga strategik kerana berhampiran tempat menarik seperti Bandar Sungai Petani, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan Gunung Jerai.

Alamat: 53, Jalan Merpati 1/2a Taman Merpati, Sungai Lalang, 08100 Sungai Lalang, Kedah.

Lily Villa Homestay

Imej via [ Lily Villa Homestay ]

Walaupun hanya sebuah kolam yang ada, namun luas dan mempunyai dua kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Gazebo, kerusi untuk bersantai serta ruang bbq disediakan berhampiran kolam tersebut. Bilik air juga disediakan di luar untuk kemudahan pengunjung.

Anda boleh menginap dengan selesa di 3 buah bilik tidur dengan 2 bilik air. Ruang solat turut disediakan untuk anda beribadah dengan selesa. Tak cukup dengan itu, pihak homestay menyediakan wifi percuma untuk anda gunakan tanpa had.

Alamat: No 632, Jalan Bukit Puteri 11/25, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah

Chikolatte Pool Cottage Homestay

Imej via [ Chikolatte Pool Cottage Homestay ]

Dengan 4 buah bilik yang ada bersama 1 katil queen dan 1 katil bujang tambahan pada bilik utama, pasti dapat memuatkan sebuah keluarga besar anda. Tak cukup dengan ruang tamu dengan dekorasi menarik, family hall turut disediakan untuk anda bersantai bersama keluarga.

Selain bbq pit, pihak homestay turut menyediakan kolam renang untuk semua golongan serta tempat duduk santai yang bersebelahan dengan kolam tersebut.

Alamat: 33 Lorong Jati 31B, Sungai Lalang, Kedah

Bendangman Homestay

Imej via [ Bendangman Homestay ]

Bendangman Homestay antara penginapan yang paling luas dan mempunyai banyak bilik. Homestay dua tingkat ini sesuai untuk anda yang ingin melakukan hari keluarga, reunion dan sebagainya.

Di tingkat atas, terdapat 5 bilik dan 1 bilik air manakala tingkat bawah menempatkan 2 bilik dan 2 bilik air. Rumah yang besar ini sudah tentu mempunyai ruang tamu yang sangat luas dan selesa untuk anda menginap. Kelengkapan lain yang turut disediakan adalah dapur, ruang bbq dan halaman rumah yang luas untuk mengadakan sebarang aktiviti.

Alamat: Bendang Man, 08200 Sik, Kedah

Berrystoberry Villa Homestay

Imej via [ Berrystobery Homestay ]

Villa eksklusif ini mampu memuatkan 12 orang menginap dengan selesa di sini. Segenap ruang mempunyai landskap dengan dekorasi yang gah dan mampu memukau setiap pengunjung. Istimewanya homestay ini, mereka turut menyediakan sewaan untuk slide pool. Kanak-kanak pasti suka jika bermain dengan slide pool ini.

Parkir pula mampu memuatkan 3 hingga 4 buah kereta sahaja. Paling istimewa anda boleh meminta untuk membuat dekorasi sempena hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan lain-lain dengan harga yang sangat berbaloi. 3 bilik tidur dan 2 bilik air disediakan dalam rumah Semi-D satu tingkat setengah.

Alamat: Taman Cendrawasih, Jitra, Kedah

Cassa Aryan

Imej via [ Cassa Aryan ]

Casa Aryan merupakan penginapan yang bertaraf hotel atau resort! Dekorasi yang cantik dan eksklusif sesuai untuk anda yang ingin menginap penuh kemewahan. Merupakan sebuah rumah teres corner lot dengan dua tingkat, homestay ini mempunyai konsep tropical modern resort.

Terdapat 3 bilik tidur bersama 1 loteng khas buat tetamu homestay. Setiap bilik dilengkapi air-cond, rak baju dan cermin. 4 bilik air pasti mencukupi buat anda. Antara kelengkapan lain yang terdapat adalah mini gym, wifi, basikal, set bbq dan sebagainya.

Alamat: 149, Jalan Akasia 3, Taman Akasia, 06300 Kuala Nerang, Kedah

The Astana Idaman Homestay Sungai Petani

Imej via [ The Astana Idaman Sungai Petani ]

Homestay ini tidak kurang hebatnya. Penginapan ini mampu memuatkan 15 orang dalam satu masa. Halaman rumah luas menempatkan kolam renang yang mempunyai kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa serta tempat bbq.

Dengan 15 orang, pasti muat untuk menginap dengan selesa di 4 buah bilik tidur. 3 bilik air juga disediakan di dalam rumah. Pasti selesa dan tenang untuk anda menginap bersama keluarga.

Alamat: Bandar Astana, Sungai Petani, Kedah

Menarikkan homestay Kedah dengan private pool diatas? Pastikan anda membuat pilihan homestay yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga, bajet kewangan dan citarasa agar anda dapat menginap dengan selesa.

Suka kami ingatkan anda untuk berhati-hati dalam membuat tempahan secara online kerana terdapat lambakan scammer memperdaya pelanggan dalam urusan menyewa homestay. Anda digalakkan ke laman web atau media sosial homestay tersebut bagi mendapat maklumat yang sah.

Jom baca artikel kami yang lain seperti tempat menarik di Kedah, tempat menarik di Pulau Tuba dan tempat menarik di Jitra.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.