Buffet Ramadhan Negeri Sembilan kali ini lebih banyak yang menawarkan pakej berpatutan. Alang-alang anda singgah di laman ini, apa kata ajak keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka dengan istimewa di tempat yang kami sediakan di bawah.

Ada kalanya kita pasti mahu menukar selera dan mencuba pelbagai menu lain terutama pada bulan Ramadhan. Menjamu selera bersama yang tersayang pada bulan mulia ini sudah pasti memberi kenikmatan yang berganda dan lebih bermakna.

Bukan mudah untuk berkumpul bersama keluarga. Jadi, ambil kesempatan berbuka bersama mereka sementara masih ada. Anda yang berada di Negeri Sembilan, jom lihat buffet Ramadhan yang sesuai dengan selera anda.

Nama TempatNo telefon & LokasiHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Dewan Perdana KRS06 767 3434 / 012 709 4569
Dewan Perdana KRS, No 513, Jalan Warisan Puteri, Bandar Warisan Puteri, 70400 Seremban , Negeri Sembilan
39.9018.00Dewan Perdana KRS
Gadong Steak House011-65255246
Jalan Gadong Jaya 2, Taman Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan
48.0028.00Gadong Steak House
Laman Kito (Nine Lakes Garden Restaurant) 018-8722 687
Lot 4198, Jalan Desajaya 1, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
53.00 38.00Laman Kito
Ehsan Seaview Hotel06 646 6888 / 016-258 4288
No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
48.0030.00Ehsan Seaview Hotel
Klana Beach Resort+606 6487888
Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
68.0030.00Kbrpd Port Dickson
Glory Beach Resort06-651 6888
Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
98.00 (weekdays)
50.00 (weekend)
30.00Glory Beach Resort PD
Ancasa Residences Port Dickson6013-540 0634
8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
68.0034.00Ancasa Residences
Royale Chulan Seremban06 7666 666
Jalan Dato A.S Dawood, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
88.0050.00Royale Chulan Seremban
Thistle Port Dickson Resort06 648 2828 / 06 648 2907
KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
60.00Thistle PD
Avillion Port Dickson06 647 6688
3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
78.0038.00Avillion Port Dickson
Eagle Ranch Resort06-6610 495
544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
50.0030.00Eagle Ranch Resort
Palm Seremban Hotel06 – 768 0088 / 019 – 2299 516
Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
88.0045.00Palm Seremban Hotel
Galeri Diraja Tuanku Jaafar06 761 9102
Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
60.0035.00Galeri Diraja Tuanku Jaafar
Avillion Admiral Cove06 648 2400
5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
68.0028.00Avillion Admiral Cove
Kota Seriemas Golf & Country Club06-790 9339 / 06-790 7392
Persiaran Seriemas Utama, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
65.00Kota Seriemas Golf & Country Club

Dewan Perdana KRS

Dewan Perdana KRS antara tempat yang menyediakan pakej berbuka dengan harga yang rendah dan berpatutan. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk mendapatkan harga early bird serendah RM 35 yang sah sehingga 2 April 2022.

Pelbagai menu lazat disediakan seperti kambing panggang, murtabak, masakan kampung, ABC dan sebagainya. Paling penting, ruang solat disediakan dengan selesa. Nak berbuka secara berkumpulan? Anda boleh dapatkan pakej berbuka dengan harga istimewa di ruangan khas.

No telefon: 06 767 3434 / 012 709 4569

Lokasi: Dewan Perdana KRS, No 513, Jalan Warisan Puteri,Bandar Warisan Puteri ,70400 Seremban , Negeri Sembilan.

Gadong Steak House

Dalam kalangan keluarga atau rakan-rakan pasti ada yang gemar makanan barat dan ada juga yang gemar masakan kampung. Bawa sahaja mereka berbuka di Gedong Steak House kerana kedua-dua jenis makanan tersebut ada di sini. Lebih menarik apabila pihak restoran menyediakan pakej keluarga. Lebih jimat!

Jangan lupa dapatkan harga promosi dengan kadar RM 40 untuk dewasa manakala RM 20 untuk kanak-kanak. Harga promosi ini terhad sehingga 2 April 2022. Jom menjamu selera dengan lebih 50 pilihan juadah yang menarik!

No telefon: 011-65255246

Lokasi: Jalan Gadong Jaya 2, Taman Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan

Laman Kito (Nine Lakes Garden Restaurant)

Jika anda berkesempatan, jom dapatkan harga buffet untuk yang terawal serendah RM 43 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak serta warga emas. Namun harga ini terhad sehingga 8 April 2022 sahaja.

Pasti anda tertanya-tanya apakah juadah istimewa yang ada di sini. Sudah pasti masakan kampung Negeri Sembilan menjadi ‘signature dish’ jika anda berbuka di sini. Bukan itu sahaja, terdapat makanan laut, kambing ponggur, aneka mee, aneka cekodok dan sebagainya. Menu kanak-kanak pun ada tau!

No telefon: 018-8722 687

Lokasi: Lot 4198, Jalan Desajaya 1, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Ehsan Seaview Hotel

Penggemar daging bakar dan ayam bakar memang perlu berbuka di sini kerana Ehsan Seaview Hotel menyajikan menu tersebut sebagai hidangan istimewa. Masakan kampung juga banyak disediakan seperti pucuk ubi masak lemak, rebung perut, kangkung belacan dan sebagainya. Pasti menyelerakan!

Dapatkan voucher secara online untuk harga yang lebih rendah iaitu RM 48 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak dan warga emas. Namun tempahan ini perlulah dilakukan sekurang-kurangnya satu hari sebelum.

No telefon: 06 646 6888 / 016-258 4288

Lokasi: No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Klana Beach Resort

Klana Beach Resort mengenakan tema Citarasa Nismilan pada Ramadhan kali ini. Bagi anda yang menggemari masakan Negeri Sembilan, ini adalah pilihan terbaik buat anda! Jangan lepaskan peluang untuk merasai ‘signature dish’ iaitu Kibas Golek.

Jadilah yang terawal untuk dapatkan harga serendah RM 55 sahaja! Pakej buffet ini bermula dari 3 Ramadhan hingga 28 Ramadhan 1443H. Jom ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka di Klana Beach Resort!

No telefon: +606 6487888

Lokasi: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Glory Beach Resort

Uniknya pakej berbuka di sini kerana terdapat 2 pakej berbeza. Pakej pertama adalah untuk sesi berbuka pada hari Isnin hingga Khamis manakala pakej kedua untuk hari Jumaat sehingga Ahad. Pakej pertama berharga RM 98. Namun anda boleh memilih antara sama set siakap atau set makanan laut.

Pakej kedua pula menyajikan makanan istimewa iaitu kambing bakar! Antara kelebihan berbuka di sini adalah pihak resort menyediakan kemudahan surau. Bukan itu sahaja, pihak resort turut menyediakan pakej menginap dan bersahur dengan berbaloi. Layari Facebook Glory Beach Resort untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No telefon: 06 651 6888 / 017 252 5633 / 013 696 4472/ 014 340 5844

Lokasi: Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Ancasa Residences Port Dickson

Dengan tema Warna-Warni Ramadan, anda pasti dapat berbuka dengan puas di Ancasa Residences. Sesuai untuk anda yang mencari pakej berbuka bawah RM 100. Jangan lupa buat tempahan awal sebelum 28 Mac 2022 untuk dapatkan harga serendah RM 58! Jimat kan?

No telefon: 6013-540 0634

Lokasi: 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Royale Chulan Seremban

Asiatique mempersembahkan Citarasa Asiatique untuk tema Ramadhan kali ini. Seperti buffet Ramadhan yang lain, Royale Chulan Seremban juga menawarkan harga promosi iaitu RM 78 sahaja. Namun anda perlulah membuat pembelian sebelum 31 Mac 2022.

Pakej ini sah antara 8 April sehingga 2 Mei 2022. Menariknya di sini adalah ruang solat disediakan bersama solat tarawih. Sekali-sekala solat di hotel mewah bersama umat Islam yang lain pasti mendamaikan!

No telefon: 06 7666 666

Lokasi: Jalan Dato A.S Dawood, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson Resort juga tak kurang hebatnya dalam menyediakan buffet Ramadhan Negeri Sembilan pada kali ini. Berkonsepkan Keagungan Ramadhan, Keindahan Syawal, pihak resort menawarkan harga early bird serendah RM 60. Tunggu apa lagi? Cepat tempah voucher sebelum 31 Mac 2022!

No telefon: 06 648 2828 / 06 648 2907

Lokasi: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Avillion Port Dickson

Dengan hanya RM 60, anda boleh berbuka di Avillion Port Dickson dan menikmati sajian masakan kampung yang lazat. Seperti temanya Nostalgia Ramadan, semua menu pasti mengimbau kenangan masakan di kampung. Namun, jika anda mahukan harga ini, lakukan tempahan sebelum 1 April 2022.

No telefon: 06 647 6688 / 016 223 3256

Lokasi: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Eagle Ranch Resort

Cara untuk mendapatkan diskaun istimewa untuk pakej buffet di sini agak unik. Anda hanya perlu hubungi pihak resort di nombor yang tertera dan anda boleh dapatkan harga RM 45 untuk dewasa manakala RM 27 untuk kanak-kanak. Nak lagi jimat? Scan sahaja bar code di atas dan daftar ahli untuk dapatkan 10% diskaun.

No telefon: 06-6610 495

Lokasi: 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Palm Seremban Hotel

Berkonsepkan Juadah Warna Warni Keluarga Malaysia, bukan masakan Negeri Sembilan sahaja yang ada jika anda berbuka di sini. Makanan negeri lain juga ada seperti nasi kerabu, sup utara, char kway teow, kambing bakar, murtabak dan sebagainya. Air pun ada 15 jenis tau!

Cepat dapatkan voucher dengan hanya RM 80 sahaja tetapi terhad untuk 2 000 keping sahaja. Untuk pengetahuan anda, RM 1 dari pembelian pakej buffet akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Membeli dan menikmati selera sambil beramal.

No telefon: 06 768 0088 / 019 2299 516

Lokasi: Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Galeri Diraja Tuanku Jaafar

Pasti ada yang teringin makan masakan yang bertemakan kenduri sewaktu bulan Ramadhan kan? Jangan risau, datang sahaja ke Galeri Diraja Tuanku Jaafar kerana pakej yang disediakan berkonsepkan Santapan Nasi Kenduri. Menu istimewa yang menanti anda adalah kambing panggang.

Perlu diingatkan bahawa tempahan hanya diambil pada Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu. Kelebihan berbuka di sini adalah mereka menyediakan parkir dan ruang solat yang akan memudahkan urusan anda. Apa tunggu lagi? Jom berbuka dengan nasi minyak, ayam masak merah, jelatah dan banyak lagi di Galeri Diraja Tuanku Jaafar!

No telefon: 06 761 9102

Lokasi: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Avillion Admiral Cove

Nak berbuka dengan suasana lebih eksklusif? Avillion Admiral Cove tempat berbuka yang sesuai untuk anda kerana anda disajikan dengan permandangan marina yang catik dan mendamaikan.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah kambing panggang, ayam golek, ikan bakar dan menu ala kampung yang lain. Jom buat pembelian awal dengan harga serendah RM 58 sebelum 1 April 2022. Hubungi nombor yang tertera untuk menempah voucher anda sekarang!

No telefon: 06 648 2400

Lokasi: 5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kota Seriemas Golf & Country Club

Kota Seriemas Golf & Country Club tak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadhan untuk kali ini. Bertemakan Syukur Barakah, makanan yang disediakan berkonsepkan masakan kampung dan menu dari seluruh negara. Paling istimewa, mereka menyediakan ruang solat yang selesa dan menjemput imam terawih sepanjang bulan mulia ini.

Sebanyak RM 65 bayaran dikenakan untuk dewasa. Manakala pembelian satu tiket tersebut boleh dikongsi untuk dua kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.

Nak lagi jimat, apa kata anda beli 1 buku baucer bersamaan 10 keping baucer dengan harga RM 580 sahaja. Baucer ini sesuai jika anda ingin membawa ahli keluarga yang ramai atau rakan-rakan untuk berbuka bersama.

No telefon: 06-790 9339 / 06-790 7392

Lokasi: Persiaran Seriemas Utama, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Dah buat pilihan buffet Ramadhan Negeri Sembilan untuk tahun ini? Jika belum lakukan segera untuk dapatkan harga promosi. Lebih jimat dan berpatutan! Jangan lupa share artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan lain agar mereka turut menikmati juadah istimewa di bulan mulia ini.

Negeri Sembilan memang banyak tempat menarik. Tak percaya? Jom tengok senarai tempat tersebut!

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.