30 Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2022 (Berbaloi dan Menarik)
Anda sedang mencari buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang menarik dan berbaloi? Anda berada di ruangan yang tepat kerana kami menyediakan senarai tempat berbuka puasa yang pasti memuaskan hati anda.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan paling mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini. Sudah tentu ada hari yang pasti membuatkan ibadah ini lebih istimewa terutama apabila dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang mahupun sahabat handai di luar.
Kadangkala pasti rasa ingin menukar selera dan makan di luar. Ada juga yang tidak sempat memasak kerana sibuk bekerja dan menyebabkan pulang lewat ke rumah. Tak salah sekali sekala berbuka di tempat yang istimewa. Hilang segala penat apabila dapat berbuka dengan pelbagai menu yang lazat dan berada di suasana yang indah dengan pengunjung Islam yang lain.
Dapatkan harga promosi untuk early bird di laman web tempat tersebut pada tempoh tertentu. Lebih jimat dan berbaloi. Apa tunggu lagi? Jom teroka tempat berbuka yang menyediakan buffet Ramadhan Kuala Lumpur mengikut citarasa, bajet dan lokasi sesuai dengan pilihan anda!
Nama Tempat | No Telefon & Lokasi | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | +603 2717 9933 Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 198.00 | 98.00 | Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel |
Novotel Kuala Lumpur City Centre | 03 2147 0888 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 128.00 | Diskaun 40% | Novotel Kuala Lumpur |
Tamu Hotel & Suites | 019 303 9360 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 159.00 | 79.00 | Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur |
Eastin Hotel Kuala Lumpur | 016 262 2070 13 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya Selangor, Malaysia. | 165.00 | 165.00 | Eastin Hotel Kuala Lumpur |
Premiera Hotel Kuala Lumpur | +603 2615 1000 Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur | 128.00 | 64.00 | Premiera Hotel Kuala Lumpur |
Hotel Perdana KLCC | 03 7490 3333 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 118 | Perdana KLCC | |
Aloft Kuala Lumpur Sentral | 03 2723 1154 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur | 168.00 | 168.00 | Aloft Kuala Lumpur Sentral |
InterContinental Kuala Lumpur | +603 2782 6325 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur | 148.50 | 88.50 | InterContinental Kuala Lumpur |
EQ Kuala Lumpur Hotel | 012 278 9239 (WhatsApp) EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur | 208.00 | EQ Kuala Lumpur | |
Shangri-La Kuala Lumpur | +603 20743900 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 158.00 | 158.00 | Shangri La Kuala Lumpur |
Pullman Kuala Lumpur Bangsar | +603 2298 1888 No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 168.00 | 84.00 | Pullman Kuala Lumpur Bangsar |
Thyme Out by Equatorial | +603 2602 4200 Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur | 138.00 | 70.00 | ACE Conference Centre |
VIVATEL | 03 9205 8888 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 98.00 | 50.00 | Vivatel Kuala Lumpur |
Le Quadri Hotel | No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 158.00 | 85.00 | Le Quadri Hotel |
Pavilion Hotel Kuala Lumpur | 03 2117 2821 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur | 150.00 | Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree | |
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA | +603 8661 8661 Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor | 128.00 | 64.00 | Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA |
The Westin Kuala Lumpur | +6 03 2773 8495 199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur | 128.00 | The Westin Kuala Lumpur | |
Eden Restaurant & Catering | 011 2302 5904 / 012 551 5904 10476, Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 76.00 | 29.00 | Eden Restaurant & Catering |
Kontiki Restaurant | 03 2148 9166 35, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur | 148.00 | 48.00 | Kontiki Restaurant |
Hotel Maya | 012 282 8187 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 110.00 | 55.00 | Hotel Maya Kuala Lumpur |
Restoran Rebung Chef Ismail | +603 2276 3535 5-2, Aras 5, Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur | 88.00 | 58.00 | Restoran Rebung Chef Ismail |
The Pearl Kuala Lumpur | 016-331 8437 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur | 118.00 | 58.00 | The Pearl Kuala Lumpur |
Zebra Square | 017-570 7039 No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur | 125.00 | 55.00 | Zebra Square KL |
Malaysian Petroleum Club | 03 2166 3200 No, 42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur | 148.00 | Malaysian Petroleum Club | |
Melia Kuala Lumpur | 03 2785 2828 No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur | 135.00 | 68.00 | Melia Kuala Lumpur |
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur | Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 120.00 | 60.00 | Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Official |
Manor House Of Events | +6018 371 3534 Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur | 55.00 | 55.00 | Manor House Of Events |
Corus Hotel Kuala Lumpur | 03 2161 8888 Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 108.00 | 70.00 | Corus Hotel Kuala Lumpur |
Berjaya Times Square Hotel | 018-668 8176 Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur | 148.00 | 88.00 | Berjaya Hotels & Resorts |
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur | 03 4051 9191 Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur | 78.00 | 58.00 | Koptown EDC Hotel |
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Sheraton Imperial Hotel menawarkan pakej berbuka dengan tema Selera Rasa Senja. Pihak hotel menyediakan 3 pakej berbuka iaitu pakej berbuka sahaja, pakej penginapan, sahur dan berbuka serta pakej berbuka yang melibatkan sebarang mesyuarat di hotel tersebut.
Sudah tentu setiap hotel menawarkan harga early bird termasuk hotel ini. Harga yang ditawarkan untuk yang terawal adalah RM 128 sehingga 11 Mac 2022. Pakej berbuka ini disediakan oleh restoran Essance.
No Telefon: +6012 337 9980 / +603 2717 9933
Lokasi: Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Novotel Kuala Lumpur City Centre
Harga permulaan adalah RM 100 sahaja dan ditawarkan sehingga 31 Mac 2022. Diskaun 40% akan diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas. Memang berbaloi!
Antara menu utama yang disediakan adalah kambing bakar percik cheese leleh, ikan siakap kerabu mangga, ayam kapitan, sup huru-hara, char kway teow lambung dan macam-macam lagi! Dengar menu pun sudah rasa terliur!
No telefon: 03-2147 0888
Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tamu Hotel & Suites
Iftar@Tamu yang terletak di Kampong Bharu juga tidak melepaskan peluang seperti biasa untuk menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Menariknya, pihak hotel menawarkan potongan harga untuk yang terawal iaitu RM 119 untuk pembelian di bulan Februari, manakala RM 135 untuk pembelian di bulan Mac.
Pakej ini disediakan oleh Suasana@27 yang terletak di hotel ini. Sambil berbuka anda juga boleh menikmati hidangan eksklusif serta pemandangan Kuala Lumpur yang sangat memukau pada waktu malam.
No telefon: 019 3039360 / 016 6662290 / 017 8839232
Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Eastin Hotel Kuala Lumpur
Hotel ini menyediakan pakej berbuka dengan tema Icip-Icip Kampungku. Dengar sahaja tema tersebut, pasti anda terbayangkan masakan dan menu tradisional yang lazat! Namun ada juga menu istimewa yang disediakan seperti Nasi Arab bersama kambing panggang, sup gearbox dan nasi lemak kukus daun teratai.
Dapatkan harga untuk yang terawal dengan hanya RM 125 sahaja untuk seorang! Harga ini terhad sehingga 3 April 2022.
No telefon: +6016 262 2070
Lokasi: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Premiera Hotel Kuala Lumpur
Bertemakan Sajian Dendang Perantau, jangan lepaskan peluang untuk merasai menu terbaik di Primiera Hotel seperti sup gearbox 6 sekawan, kambing bakar 30 hari dan durian dusun kami! Memang terliur melihat menu di atas.
Nak lagi jimat anda boleh membeli voucher dengan harga RM 98 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak. Voucher ini sah dari 1 Mac 2022 sehingga 5 April 2022. Lebih jimat dan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.
No telefon: +6011 2385 8094 / +6011 2385 8095 / +603 2615 1000
Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Hotel Perdana KLCC
Buffet dari Dapur Binjai di Hotel Perdana KLCC juga menawarkan buffet ramadhan Kuala Lumpur yang menarik dan berbaloi. Pihak restoran telah menawarkan harga permulaan dengan hanya RM 100 sahaja untuk seorang sehingga 2 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk berbuka di sini bersama keluarga!
No telefon: 03 7490 3333 / 011 5855 4846
Lokasi: 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Aloft Kuala Lumpur Sentral juga menyediakan buffet ramadhan bertemakan Mari-mari Makan! Mereka menyediakan makanan lazat sari seluruh negeri seperti Nasi Briyani Johor, Kambing Bakar Berempah dan Ayam Percik Kelantan! Wah, memang menyelerakan!
Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 118 sahaja yang sah sehingga 31 Mac 2022. Pakej berbuka mula dari 7 April sehingga 1 Mei 2022. Jom berbuka dengan keluarga di sini!
No telefon: 03 2723 1154
Lokasi: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
InterContinential Kuala Lumpur
Dapatkan harga buffet ramadhan serendah RM 148.50 untuk dewasa dan RM 88.50 untuk kanak-kanak yang sah sehingga 25 Mac 2022. Dengan voucher ini anda boleh berbuka pada tarikh yang anda inginkan bermula 3 April sehingga 1 May 2022. Nak berbuka dengan mewah tetapi harga berbaloi? Ini mungkin pilihan anda!
No telefon: +603 2782 6325 / +6016 202 4623
Lokasi: 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
EQ Kuala Lumpur Hotel
Citarasa Nipah menyediakan pelbagai menu buffet yang pasti menyelerakan anda! Harga yang ditawarkan untuk yang terawal adalah RM 168 untuk dewasa berbanding harga asal RM 208. Tebus voucher ini bermula 3 hingga 7 April 2022! Untuk maklumat lanjut hubungi no yang tertera atau email kepada [email protected].
No telefon: 012 278 9239 (WhatsApp)
Lokasi: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Shangri-La Kuala Lumpur
Pelbagai menu istimewa dari menu tradisional hinggalah menu di seluruh dunia yang pasti menambah selera anda. Jika anda ingin rasa makanan tradisional seperti lemang, ketupat palas, murtabak dan sebagainya, anda perlu datang dan berbuka di sini!
Cepat dapatkan voucher Sajian Istimewa Buffet sebelum 31 Mac ini! Harga untuk hari minggu adalah RM 158 manakala RM 214 untuk hujung minggu.
No telefon: +603 20743900
Lokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pullman Kuala Lumpur Bangsar
Pakej berbuka ini pula disediakan oleh Sedap Restaurant yang berada di Pullman Hotels and Resorts. Berkonsepkan Nikmat Selera Kampung, mereka menyediakan menu kampung yang enak seperti kambing kuzi, ayam masak seri wangi, itik percik dan lain-lain.
Jika berkesempatan, anda boleh dapatkan pakej ini dengan harga promosi iaitu RM 128+ untuk dewasa manakala RM 65+untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun.
No telefon: +603 2298 1888
Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Thyme Out by Equatorial
Thyme Out by Equatorial terletak di bangunan AICB turut menawarkan pakej buffet ramadhan dengan tema Selera Ibunda. Anda boleh memilih tarikh berbuka dari 4 April sehingga 30 April 2022.
Jangan lupa dapatkan harga promosi iaitu RM 115 untuk seorang sebelum 4 April 2022. Paling unik dan istimewa, anda juga dapat melihat persembahan ghazal secara langsung ketika berbuka.
No telefon: +603 2602 4200
Lokasi: Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur
Vivatel
Retro Cafe di Vivatel juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pakej berbuka puasa dengan konsep Ketuk-Ketuk Vivatel. Pakej ini bermula dari 8 April sehingga 27 April 2022.
Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 78 sahaja untuk dewasa. Pembelian voucher ini bermula 1 Mac sehingga 8 April 2022. Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh memasuki dan makan dengan percuma namun terhad untuk seorang dan ditemani dengan 2 orang dewasa.
No telefon: 03 9205 8888 / 010 525 4323
Lokasi: 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Le Quadri Hotel
Lebih 100 menu akan dihidangkan secara buffet di Le Quadri Hotel yang bertemakan Air Tangan Bonda. Antara menu menarik adalah sup gearbox, satay, udang galah masak lemak, patin tempoyak, ayam panggang percik dan menu lain yang pasti menambah selera anda!
Jika anda berminat untuk berbuka di sini, buat tempahan awal sebelum 18 Mac 2022 dengan harga RM 108 sahaja! Hubungi nombor yang tertera di Facebook Le Quadri Hotel untuk membuat sebarang tempahan.
Lokasi: No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pavilion Hotel Kuala Lumpur
The Courtyard yang berada di Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan pakej berbuka yang sangat berbaloi dan perkhidmatan yang mantap.
Berkonsepkan Muhibbah Malaysia, anda boleh dapatkan pakej serendah RM 150 untuk dewasa. Muhibbah Malaysia Dinner Buffet ini dibuka bermula 7 April sehingga 1 May 2022. Anda digalakkan membuat pembelian satu hari sebelum tarikh berbuka.
No telefon: 03 2117 2821
Lokasi: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Istimewanya pakej 1001 Ramadhan Buffet di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA adalah setiap pembelian voucher akan memperoleh sampul raya khas dari hotel ini dan terhad untuk 2000 orang yang terawal.
Menu yang disajikan adalah menu tempatan dengan sentuhan Arab yang pasti menyelerakan anda. Pakej buffet Ramadhan ini berlangsung dari 5 April sehingga 1 May 2022. Jom rasai kelainan menu berbuka di Movenpick!
No telefon: +603 8661 8661
Lokasi: Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor
The Westin Kuala Lumpur
Berkonsepkan The Westin Bazaar, pelbagai hidangan buffet disediakan dengan enak. Pakej berbuka diadakan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Pihak hotel menawarkan pakej permulaan serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Jom buat tempahan segera!
No telefon: +603 2773 8495
Lokasi: 199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Eden Restaurant & Catering
Aroma by Eden adalah salah satu tempat berbuka yang menyediakan ruang solat yang memudahkan pengunjung untuk menunaikan ibadah wajib tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pelbagai menu buffet sambil didengarkan dengan muzik secara langsung.
Harga early bird yang ditawarkan adalah serendah RM 60 sahaja dan anda boleh dapatkannya sebelum 3 April 2022. Jom berbuka dengan menu unik iaitu menu antarabangsa di Aroma by Eden!
No telefon: 011 2302 5904 / 012 551 5904
Lokasi: 10476, Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kontiki Restaurant
Mencari pakej berbuka puasa dengan harga bawah RM 100? Dapatkannya di Kontiki Restaurant At The Federal Kuala Lumpur! Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 88 sahaja untuk pembelian sepanjang bulan Mac ini.
Berkonsepkan juadah kampung, anda mempunyai lebih 100 pilihan menu untuk berbuka bersama yang tersayang. Tak cukup dengan itu, pihak restoran juga membahagikan aneka menu mengikut stesen seperti ruang juadah kampung bersama aneka kerabu, warung sambal dan salad, warung satay dan lain-lain.
No telefon: 03 2148 9166
Lokasi: 35, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Hotel Maya
Bertemakan citarasa simfoni Malaysia, Hotel Maya turut menyediakan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang cukup berbaloi. Pakej berbuka diadakan bermula 3 sehingga 30 April 2022. Dapatkan harga promosi serendah RM 88 yang sah sehingga 5 April 2022.
Keunikan berbuka di sini adalah anda berpeluang memenangi penginapan selama 1 malam di Studio Heritage bersama pakej sarapan dan 10 voucher grab. Bagaimana nak menang? Caranya adalah anda perlu mengambil gambar dengan kreatif sewaktu berbuka di sini dengan hashtag #simfoniatmaya.
No telefon: 012 282 8187
Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Restoran Rebung Chef Ismail
Restoran Rebung Chef Ismail memang tidak dinafikan sering menyediakan menu yang enak terutama menu tradisional. Anda yang suka akan hidangan kampung, jangan lepaskan peluang untuk berbuka di sini.
Harga buffet memang sangat berpatutan. Pakej berbuka disediakan bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022.
No telefon: +603 2276 3535 / 03 2276 2525
Lokasi: 5-2, Aras 5. Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
The Pearl Kuala Lumpur
Lebih 100 juadah makanan yang anda boleh pilih jika anda berbuka di The Pearl Kuala Lumpur! Berkonsepkan Sajian Warisan Nusantara, antara menu istimewa yang disediakan adalah kambing golek, sup ekor, makanan lambak, lemang, nasi beriani dan sebagainya.
Sudah tentu ada harga istimewa buat anda jika anda mendapatkan pakej berbuka bermula 3 Mac sehingga 31 Mac 2022. Harga istimewa ini serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.
No telefon: 016-331 8437 / 012 389 0690 / 012 276 9835
Lokasi: 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur
Zebra Square
Zebra Square menyediakan lebih 50 menu termasuk kambing panggang setiap hari. Antara juadah istimewa disediakan adalah daging tetel asam pedas, aneka kerabu, aneka kuih dan sebagainya. Nak tengok kesemua juadah yang ada? Anda boleh layari Facebook Zebra Square KL.
No telefon: 017-570 7039 / 017-251 6315
Lokasi: No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur
Malaysian Petroleum Club
Jangan lepaskan peluang peroleh harga buffet Ramadhan serendah RM 98 bermula 1 Mac 2022 sehingga stok masih ada! Pakej berbuka puasa ini bermula 4 April sehingga 30 April 2022. Diskaun 20% akan diberikan jika anda adalah ahli MPC!
No telefon: 03 2166 3200
Lokasi: No, 42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Melia Kuala Lumpur
Lain dari pakej buffet yang lain, anda boleh dapatkan harga early bird serendah RM 88 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak jika anda menggunakan code ebmkl2022 dan membuat pembelian pakej sebelum 31 Mac 2022.
Paling istimewa, Melia Kuala Lumpur menyediakan ruang untuk solat Terawih. Jadi anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari tempat untuk solat. Pakej buffet Ramadhan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022.
No telefon: 03 2785 2828
Lokasi: No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Dengan konsep Citarasa Zaman Berzaman, sudah tentu juadah tradisional termasuk dalam pakej berbuka ini. Jika anda mendapatkan voucher dari 8 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga yang akan anda peroleh adalah RM 120 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak.
Harga normal selepas tarikh tersebut adalah RM 150. Lebih jimat dan berbaloi. Nak maklumat lanjut? Layari laman web www.seripacifichotel.com.
Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Manor House of Events
Manor House of Events antara tempat buffet Ramadhan yang termurah dan berpatutan dengan menu yang dihidang. Jika anda ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelompok yang kecil, tempat ini sangat sesuai untuk anda.
No telefon: +6018 371 3534
Lokasi: Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Corus Hotel Kuala Lumpur
Dondang Sayang Coffee House menyediakan buffet Ramadhan bertemakan Santapan Warisan. Namun begitu, anda boleh dapatkan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa. Pakej berbuka puasa ini bermula 5 April sehingga 30 April 2022.
Keunikan berbuka puasa di sini adalah anda boleh membawa anak-anak berumur 5 tahun ke bawah dan mereka boleh menikmati juadah dengan percuma. Sekiranya anda ingin berbuka puasa dengan kelompok yang ramai, dapatkan harga berpatutan untuk 50 pax ke atas.
No telefon: 03 2161 8888
Lokasi: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Berjaya Times Square Hotel
Bazaar@14 Ramadhan Buffet di Berjaya Times Square Hotel menyediakan makanan istimewa bercirikan Iran. Namun terdapat pelbagai juadah lain turut disediakan.
Dapatkan harga early bird serendah RM 100 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Harga ini sah sehingga 31 Mac 2022. Namun anda masih boleh dapatkan pakej berbuka yang berbaloi secara walk-in iaitu RM 118 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Harga walk-in ini bermula 4 April sehingga 7 April 2022.
No telefon: 018-668 8176
Lokasi: Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Buat tempahan awal untuk berbuka puasa di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur dengan harga serendah RM 68.00 sahaja. Anda boleh dapatkan harga ini bermula 1 Mac sehingga 20 Mac 2022.
Istimewanya hotel ini adalah mereka turut menyediakan pakej penginapan dan berbuka puasa untuk dua orang. Namun pakej ini sah bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menginap dan berbuka secara eksklusif di sini!
No telefon: 03 4051 9191
Lokasi: Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Mesti anda rambang mata dan sukar untuk membuat pilihan buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang sesuai dengan anda! Sekali sekala berbuka di luar bersama yang tersayang sudah pasti dapat meninggalkan memori bermakna yang akan diingati selalu. Bukan itu sahaja, malah hubungan silaturrahim antara keluarga atau rakan-rakan dapat dieratkan lagi.
Jom baca artikel kami yang lain seperti tempat lepak best di KL pada waktu malam dan petang, tempat makan romantik di Kuala Lumpur dan tempat makan menarik di Ampang.