Ampang. Selain mempunyai tempat lepak yang menarik, ia juga adalah salah satu lokasi untuk pencinta makanan. Ampang juga turut dikenali oleh rata-rata penduduk tempatan sebagai daerah syurga makanan. Kali ini, kami akan kongsikan 15 tempat makan menarik yang wajib dikunjungi jika anda berada di Ampang.
Imej via [cari destinasi]
Imej via [Iluminasi]
Menu yang paling sedap dan wajib cuba adalah hidangan Sweet & Spicy Fried Chicken. Ianya adalah ayam goreng rangup ala Korea yang bersalut sos pedas manis yang dilengkapkan lagi dengan cheese lebur. Memang padu dan terbaik jika anda ke Ampang dan menikmatinya.
angan risau atau khuatir untuk makan di sini kerana ia telah disahkan Halal oleh Jakim. Restoren ini terletak di Jalan Ampang Putra dan dibuka setiap hari dari jam 10:30 pagi hingga 10:30malam kecuali pada hari Selasa.
Imej via [sini]
Terkenal dengan patty burgernya yang juicy, ianya turut disesuaikan dengan keju leleh dan roti buttery yang lembut dan gebu. Rugi bagi mereka yang belum mencuba.
Bagi mereka yang tidak tahu, lokasi Burger Bakar Abang Burn ini terletak di Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana dan dibuka setiap hafri dari jam 6petang sehinggalah 12 tengah malam. Singgah jangan tak singgah!
Imej via [facebook]
Makanan terkenal di Sarawak seperti mi kolok dan laksa Sarawak memang sangat sedap di sini. Menariknya, laksa Sarawak di sini mempunyai hirisan ikan Salmon iaitu lain dari yang lain. Sangat rugi jika anda tidak mencuba.
Antara menu lain yang tidak kurang hebatnya juga ada tomato kuey teow, sos bunga kantan, sambal ijo dan ayam goring rempah. Unik kan menu-menunya? Jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Imej via [HungryGoWhere]
Kalau nak lain daripada yang lain sikit, mungkin anda boleh cuba hidangan Seafood Salted Egg Yolk di sini. Kepah dan udang goreng rangup ini disalut dengan kuah telur masin buttermilk berkrim yang dihidangkan bersama nasi dan sup. Pergh! Memang terangkat.
Tempat makan menarik di Ampang ini sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira yang single-mingle, family, group rakan-rakan dan lain-lain. Lokasinya mudah dijumpai kerana berhadapan dengan Masjid Taman Bukit Indah atau nak lagi mudah waze sahaja Neighbours Café Ampang, terus sampai depan kedai.
Imej via [facebook]
Oleh itu, rasanya yang tersendiri adalah disebabkan oleh bau aromatik dan rasa yang kaya. Hidangan beras ini biasanya dilengkapi dengan timun acar, telur rebus dan daging (kambing atau ayam) dan dibasahi dengan pelbagai jenis kuah kari yang membekalkan nasi anda dengan sempurna.
Tekstur nasinya yang lembut dan penuh berperisa dengan pelbagai pilihan lauk-pauk yang menyelerakan merupakan sebab utama mengapa ramai yang sanggup beratur panjang hanya untuk menikmati hidangan nasi briyani. Jomlah cuba!
Imej via [he5thtaste]
Untuk yang suka lepak-lepak tapi dalam masa yang sama nak kunyah-kunyah tapi tidak mahukan hidangan yang terlalu berat, anda boleh mencuba naan cheese di sini.
Roti naan yang gebu dipenuhi keju mozzarella ini memang sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuah kari kepala ikan. Kalau anda jenis yang sukakan keju yang banyak dan leleh, jangan risau, boleh pesan cheese double. Padu beb!
Imej via [sharinginfoz]
Pelbagai lauk untuk nasi lemak anda juga disediakan supaya anda boleh memilih mengikut selera! Selain nasi lemak, lontong juga ada di sini.
Anda boleh menikmati lontong anda bersama lauk-pauk yang lain untuk menambah kesedapannya seperti paru goreng dan sambal sotong.
Imej via [trover]
Untuk mencipta kelainan, kami cadangkan anda merasai hidangan Claypot Portuguese Crab yang lemak berkrim. Boleh juga dinikmati bersama roti mantou goreng untuk lebih menarik dan terangkat.
Walaupun nama restoren diberi adalah berkonsepkan nama ketam tetapi sebenarnya banyak juga menu lain yang sedap yang bukan berasaskan ketam yang boleh anda cuba.
Imej via [shakiddo]
Antara hidangan menarik yang boleh dicuba di sini adalah Crispy Soft Shell Crab Egg Noodles. Hidangan seakan laksa kari ini dihidang bersama soft shell crab goreng rangup untuk mencipta sedikit kelainan.
Imej via [tripadvisor]
Selain Tom Yam, tempat makan menarik di Ampang ini menyediakan pelbagai lagi masakan kampung dan masakan Thai. Asam Pedas yang enak juga boleh didapati di sini.
Imej via [facebook]
Restoren ini menyajikan pelbagai makanan laut dan juga pencuci mulut yang enak. Jika anda hanya datang untuk melepak atau berbincang dan tidak mahukan hidangan yang terlalu berat, mungkin boleh mencuba pencuci mulut mereka yang lazat seperti Bread Butter Pudding.
Pudding rotinya yang lembut dan manis ini dihidangkan suam bersama aiskrim vanilla dan taburan icing sugar pasti dapat membuka selera anda dan memberikan mood yang romantis.
Imej via [HungryGoWhere]
Ais krim arab mereka adalah buatan sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi dengan ditaburi oleh kacang pistachio yang sedap. Kunafa Cheese pula mempunyai kerak yang rangup dan manis dilimpahi keju lembut dan ditabur juga dengan kacang pistachio.
Hanya di Damas Sweets sahaja segala produk manisannya diciptakan menggunakan bahan mentah yang paling berkualiti dan sedia dimakan terus. Untuk pengetahuan anda, Damas Sweets ini terdapat beberapa cawangan antaranya di dalam Ampang Point.
Imej via [brad.erva]
Kafe ini menawarkan menu yang sangat menarik. Selain hidangan utama seperti pasta dan burger, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis milkshakes yang disediakan di sini termasuklah Darth Vader Oreo Shake yang cukup popular.
Imej via [foursquare]
Terdapat juga pencuci mulut yang tidak kurang hebatnya iaitu Banana Gamelan dan bubur pulut hitam di minum pula bersama air the ais limau pasti mempesonakan terutama tatkala makan tengah hari. Anda boleh merasai jus pegaga jika anda mahu mencuba di tempat makan menarik di Ampang ini.
Imej via [kualalumpurcityguide]
Terdapat dua pilihan bayaran yang tersedia di restoren ini. Jika anda memilih harga yang lebih murah anda tetap dapat menikmati makanan laut tanpa henti tetapi dengan saiz makanan lautnya yang sedikit kecil.
Jika mahukan sotong, udang, ikan, ketam dengan saiz yang lebih besar dan memuaskan, anda boleh memilih harga yang sedikit mahal iaitu lebih kurang RM45 sekepala tetapi anda boleh makan sampai puas!
Imej via [ohbulan]