Putrajaya mempunyai banyak tempat lawa untuk dilawati. Kami akan senaraikan tempat menarik pada waktu malam di Putrajaya untuk anda luangkan masa dengan keluarga.

District 21

Image Via[ District 21]

District 21 merupakan satu tema besar terletak di IOI City Mall mempunyai pelbagai permainan yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini. District 21 juga merupakan satu tempat menarik pada waktu malam untuk anda luangkan masa dengan insan tercinta pada hujung minggu atau setelah habis waktu kerja. Sebagai contoh aktiviti boleh anda lakukan ialah berdaki, berlari , gelongsor dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang ini untuk melakukan aktiviti sihat bersama kawan-kawan mahupun keluarga sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Monumen Milenium

Imej Via[ Monumen Millennium]

Tempat menarik pada waktu malam di Putrajaya ialah Momumen Millennium. Tempat yang selalu mendapat kunjungi ramai terutamanya pada waktu malam untuk mengisi masa lapang.Monumen merupakan satu tempat kedua terbina di Putrajaya dan stuktur benda obelisik menjadi tarikan pelancong datang ke sini. Pada waktu malam anda akan melihat lampu dari bangunan berfungsi sebagai saur.

Jadi mereka yang tidak mempunyai tempat untuk datang pada hujung minggu, boleh datang ke Monumen Millennium melihat bangunan terukir dengan cantik sekali.

Alamat: Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tasik Putrajaya

Imej Via[ Tasik Putrajaya]

Tempat menarik pada waktu malam ialah Tasik Putrajaya. Anda boleh datang ke sini pada bila -bila masa sahaja sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat keindahan tasik tersebut dengan air yang begitu jernih sekali. Tidak ketinggalan juga tasik ini juga dijadikan tempat orang banyak datang untuk bermain sukan air sebagai salah satu cara menghilangkan tekanan di tempat kerja.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya.

Kompleks Sukan Air Putrajaya

Imej Via[ Kompleks Sukan Air Putrajaya]

Kompleks Sukan Air Putrajaya merupakan tempat menarik pada waktu malam untuk anda datang bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Bagi mereka berminat untuk bermain melibatkan aktiviti air anda disyorkan datang ke sini kerana pasti memberikan keseronokan dan kegembiraan dalam hati anda semua. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah wakeboarding, ski air,berenang dan banyak lagi.

Alamat: Presint 662200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 Jambatan Seri Wawasan

Imej Via[ Jambatan Seri Wawasan]

Tempat menarik pada waktu malam ialah Jambatan Seri Wawasan boleh anda semua datang bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Jambatan ini merupakan ikon Putrajaya yang berdiri pada ketinggian 315 kaki serta bentuknya sangat unik seperti layar bot, jambatan futuristik disokong oleh 30 pasang kabel disusun dalam bentuk kipas. Jambatan ini amat menarik pada waktu malam kerana diterangi oleh lampu warna warni menjadikan tarikan pengunjung.

Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

IOI City Mall Putrajaya

Imej Via[ IOI City Mall]

IOI City Mall merupakan salah satu tempat menarik pada waktu malam yang boleh anda kunjungi bersama keluarga mahunpun kawan-kawan pada hujung minggu atau selepasa habis waktu kerja. IOI City Mall dianggap sebagai shopping mall one stop centre untuk pelancong. Hal ini demikian kerana, di bangunan tersebut anda boleh membeli-belah di pelbagai kedai tersedia dan menikmati makan makanan menarik bersama keluarga.

Tidak ketinggalan juga anda boleh bermain aktiviti indooor seperti Icespace, The Symphony Walk, Archery Zone, Wangsa Bowl, Golden Screen Cinema & sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini menikmati keseronokan tersedia untuk anda semua.

Alamat: Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor.

Dataran Putrajaya Presint 3

Imej Via[ Dataran Putrajaya Presint 3]

Tempat menarik pada waktu malam seterusnya ialah Dataran Putrajaya Presint 3 merupakan satu tempat yang membolehkan anda semua melakukan aktiviti bersantai , melihat keindahan waktu malam bersama keluarga mahu[un insan yang tersayang. Tidak ketinggalan juga anda boleh mengambil gambar berlatarkan lampu warna warni serta akan memberikan anda ilham untuk menghasilkan gambar menarik dan gempak apabila memuat naik di media sosial masing -masing.

Alamat : Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setelah penat berjalan di sekitar Putrajaya dengan keluarga dan kawan-kawan, anda boleh membaca artikel kami yang seterusnya untuk dijadikan sebagai satu destinasi percutian.

Rujukan

  1. 23 tempat menarik di Putrajayahttps://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-putrajaya/
  2. 15 tempat menarik di Putrajaya (2021). Ketahui sekarang.https://www.trixoli.com/my/ms/destinasi/malaysia/putrajaya/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.