Percutian di Melaka mempunyai banyak tempat untuk pergi . Kami akan senaraikan tempat menarik di Melaka untuk kanak -kanak yang bagi menghabiskan masa bersama.

A Famosa Water Theme Park

Imej Via[ A Famosa Water Park]

Tempat untuk kanak-kanak yang menarik di Melaka ialah A Famosa Water Park. Taman tema air tersebut mendapat banyak sambutan dari pengunjung tidak mengira dalam negeri atau luar negeri terutamanya pada hari hujung minggu minggu dan waktu cuti persekolahan. Mereka yang datang bercuti ke Melaka harus datang ke sini kerana pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak bermain dengan riang sekali.

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Melaka Night Safari

Imej Via[ Melaka Night Safari]

Datang bercuti di Melaka,jangan lepaskan peluang untuk datang ke Melaka Night Safari untuk merasai kegembiraan dan keseronokan yang menjadikan pengalaman percutian anda amat indah sekali. Di Night safai ini anda akan melihat banyak spesies haiwan di dalam zoo tersebut, serta sesiapa yang membawa anak-anak ketika bercuti boleh la datang ke sini untuk mengenali haiwan kepada anak anda semua.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

The Shore Sky Tower

Imej Via[ The Shore Sky Tower]

Anda apabila bercuti di Melaka jangan lupa untuk datang ke The Shore Sky Tower untuk merasai ketinggian banguna n yang dihias dengan kolam ikan berada di tengah-tengah bangunan tersebut. Anda juga boleh datang bersama anak-anak untuk melihat pemandangan dari bawah serta ikan yang menarik sekali. Namun sebelum sampai ke atas sana, pastikan anak anda semua tidak berasa gayat dan tidak takut dengan ketinggian.

Alamat: 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Malacca.

River Cruise

Imej Via[ River Cruise]

Mereka yang ingin melihat pemandangan cantik dan indah bandar Melaka, boleh datang ke River Cruise yang menjanjikan pemandangan amat cantik serta memuaskan hati anda semua. Tidak ketinggalan juga anda boleh menaiki bot mengelilingi sungai tersebut dengan dikelilingi lampu yang berwarna warni. Tempat ini juga untuk anda bawak anak-anak menaiki bot bersama meluangkan masa dengan mereka serta mengambil gambar bersama, pasti anak-anak akan terasa sangat teruja sekali.

Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.

Planetarium

Imej Via[ Planetarium]

Tempat yang seterusnya amat menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak datang semasa bercuti iaitu Planetarium yang merupakan satu tempat dipenuhi dengan galeksi serta benda yang bersejarah. Jadi apabila kanak-kanak datang ke sini ia akan melihat sesuatu yang mereka belajar di sekolah dan sekaligus memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka. Jadi percutian di Melaka akan menjadi menarik kerana sambil bercuti dapat belajar sesuatu.

Alamat: Kompleks, Hang Tuah Jaya, 75450, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Mamee House

Imej Via[ Mamee House]

Anda harus bawa anak-anak ke tempat ini kerana ia merupakan tempat kegemaran mereka semua kerana dapat melihat Mamee Monster di hadapan mereka serta makanan mereka sukai begitu banyak sekali di dalam mamee house tersebut. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat diberikan peluang untuk membuat snek kegemaran mereka dengan tangan sendiri. Aktiviti tersebut akan membuatkan mereka lebih gembira, teruja . Anda pun akan gembira melihat anak-anak seronok dalam melakukan aktiviti semasa bercuti.

Alamat: 46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Rumah Terbalik

Imej Via [Rumah Terbalik]

Mereka yang ingin merasai bagaimana berada dalam kedudukan rumah terbalik, anda boleh datng ke Melaka bagi merasai pengalaman tersebut . Tempat Ini juga boleh datang bersama kanak-kanak kerana mereka akan lebih teruja dan seronok apabila melihat keunikan sesuatu berada di hadapan mereka. Selain daripada itu, anda semua boleh mengambil gambar bersama anak-anak dijadikan sebagai kenangan dan pengalaman terindah dalam percutian di Melaka. Jangan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini apabila datang bercuti ke Melaka.

Alamat: PM 6, Plaza Mahkota, G12 & G14 & G16, Jalan PM7, Bandar Hilir, 75000, Melaka

Mesti anda berasa sangat seronok dan teruja apabila dapat membawa anak-anak ke tempat menarik dan sesuai untuk mereka apabila bercuti di Melaka. Jadi apa kata anda baca artikel kami yang lain jika anda menyukai artikel tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak kami ini.

Rujukan

1.12 tempat menarik waktu malam untuk kanak-kanakhttps://sukamakanjalan.blogspot.com/2018/03/tempat-menarik-di-melaka-waktu-malam.html

2. Tempat menarik di Melaka 2021.https://mypt3.com/senarai-tempat-menarik-di-melaka

3. 13 tempat menarik untuk kanak-kanak.https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-melaka-untuk-kanak-kanak/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.