Laman Tebu Aidil terletak di Sungai Besar. Bukan sekadar laman tebu biasa, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan di sini dan anda perlu memasukkan tempat ini dalam senarai tempat yang anda perlu kunjungi jika ke Selangor.

Terletak di Kampung Parit Empat, Laman Tebu Aidil dibuka pada hari Khamis sehingga Isnin bermula 11.30 pagi hingga 7.30 petang. Sepanjang perjalanan anda ke sini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau dan luas terbentang.

Tidak jauh dari Pasar Jerami, senang sahaja untuk mencari lokasi kedai ini. Sehingga kini, ia masih menjadi tempat tumpuan ramai dan masih dipenuhi pengunjung lebih-lebih lagi sejak viral .

Imej via [ Laman Tebu Aidil ]

Tempat ini sesuai untuk mereka yang suka makan atau bersiar-siar secara santai. Bayangkan anda duduk ditengah-tengah atau celah pokok tebu sambil menikmati air tebu yang segar dan makanan yang sedap belaka.

Uniknya air tebu di sini kerana tebu yang digunakan segar dari ladang. Rasanya pasti berbeza berbanding air tebu yang dijual di tepi jalan. Peka, likat dan menyegarkan.

Aneka makanan anda boleh cuba dan pasti anda rambang mata untuk memilih. Menu yang paling laris di sini adalah Kepak dan tongkeng ayam madu, laksa dan nasi impit ayam. Makan laksa bersama air tebu sambil menikmati panorama sekeliling pasti menyelerakan dan membuat anda bertambah.

Dah sampai ke sini rugi sekiranya tidak ber-ootd dengan latar yang memukau. Bergambar sepuasnya dengan pelbagai gaya di banyak sudut. Pastikan ada gambar dengan latar pokok tebu sebagai tanda anda sampai ke sini.

Imej via [ Anajingga ]

Kami menggalakkan anda untuk datang awal jika tujuan utama anda ke sini untuk ootd. Jika anda datang awal, lebih mudah dan cepat untuk bergambar. Tidak perlu menunggu giliran, boleh bergambar dengan lebih yakin dalam tempoh yang lama serta  tiada gangguan.

Rata-rata komen dan pandangan pengunjung yang pernah ke sini sememangnya positif dan ada yang ingin datang semula ke kedai ini jika ke Selangor. Di carian Facebook,  ada yang mengatakan harga menu murah dan berbaloi. Ada juga yang memuji tentang kebersihan kedai  dan layanan yang baik.

Tak jauh dari Laman Tebu Aidil, terdapat lagi satu tempat viral untuk mereka yang kaki ootd dan instagrammable. Hanya mengambil masa empat hingga lima minit, Pasar Jerami Ban Kenal menjadi lokasi tumpuan untuk bergambar berlatarkan sawah dan timbunan jerami.

Di sini terdapat beberapa port ootd khas seperti berbentuk ‘love’ gergasi dan pondok-pondok kayu. Kebiasaannya ada beberapa gerai jualan dan makanan. Dah penat bergambar, pasti terasa lapar dan dahaga semula.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Laman Tebu Aidil atau ingin membuat sebarang  tempahan, hubungi 017-276 2010 (Aidil) atau 019-253 1566 (Ina).

Apa tunggu lagi? Jom masukkan Laman Tebu Aidil dalam senarai percutian anda di Selangor terutama di Sungai Besar dan Sekinchan. Ajak keluarga dan rakan-rakan juga. Pasti tak menyesal kerana semuanya sangat berbaloi.

Nak datang ke Laman Tebu Aidil? Kami kongsikan buat anda tempat-tempat menarik yang berada di sekitar Laman Tebu Aidil yang memang berbaloi untuk dikunjungi:

  1. Tempat menarik di Sekinchan.
  2. Tempat menarik di Sungai Besar.
  3. Pantai Redang Sekinchan.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.