Johor Bharu mempunyai tempat waktu malam yang menarik untuk datang santai bersama keluarga. Kami akan senaraikan tempat menarik di Johor Bahru waktu malam untuk anda.

KUSO 3D Art Gallery

Mereka ingin melihat hasil lukisan yang membuatkan anda terpegun boleh datang ke 3D gallery di Johor Bharu. Hasil lukisan tersebut amat menarik serta boleh dijadikan sebagai latar belakang untuk mengambil gambar bersama kawan atau keluarga. Selain daripada melihat bagaimana lukisan 3D dihasilkan, anda boleh juga menambah ilmu pegetahuan berkaitan dengan seni.

Tapi jangan datang seorang diri kerana tidak akan memberikan keseronokan untuk anda semua serta tidak boleh mengambil gambar dengan pelbagai gaya nanti.

Alamat: 3rd Floor, 83&85, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Austin Perdana, 81100 Johor Bahru, Johor.

Bazaar Johor (Bazaar Karat)

Imej Via[ Bazaar Johor Bharu]

Tempat waktu malam yang menarik di Johor Bharu ialah Bazaar Johor Bharu atau bazaar karat. Setiap hari bazaar ini akan mendapat ramai pengunjung dari pelbagai negeri dan penduduk setempat terutamanya pada waktu malam. Di bazaar tersebut menjual tali pinggang, barangan antik, pakaian, makanan , tudung dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang apabila datang bercuti di negeri Johor ini.

Alamat:26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Johor Premium Outlet 

Imej Via[ Johor Premium Outlet]

Tempat menarik Johor Bharu ialah Johor Premium Outlet merupakan pusat membeli belah utama berada di Kulai. Mereka yang tidak tahu untuk membeli barangan sebagai cendehati bercuti di Johor, anda boleh la datang ke sini. Pelbagai barangan dijual di premium outlet tersebut.

Bagi golongan wanita pasti akan teruja jika datang ke sini kerana anda akan melihat pelbagai barangan berjenama pakaian barangan perhiasan dan sebagainya. Jadi anda kena simpan duit awal-awal untuk datang bercuti di Johor.

Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor.

Danga Bay

Imej Via[ Danga Bay]

Datang bercuti ke Johor, jangan lupa untuk singgah ke Danga Bay untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan bersama keluarga atau kawan -kawan. Danga Bay merupakan satu tempat mendapat ramai sambutan oleh pengunjung tidak kira dari dalam negeri atau luar negeri. Di sini terdapat banyak restoran, foodcourt, gerai membeli asam, barangan pakaian, dan makanan.

Namun untuk lagi meriah dan seronok, boleh datang pada waktu malam kerana ada permainan disediakan untuk anak-anak serta pasang lampu berwarna warni. Dalam erti kata lain amat sesuai untuk bawa anak-anak datang pada malam kerana begitu santai dan keseronokan.

Alamat: Danga Bay, Johor Bahru, johor.

 Rock World

Imej Via[ Rock World]

Tempat waktu malam yang menarik seterusnya ialah Rock World. Satu tempat membolehkan anda semua menghilangkan rasa tekanan dengan segala masalah bermain dalam fikiran. Selain itu, mereka meminati aktiviti ekstrem, boleh datang ke sini untuk memcuba aktiviti lasak disediakan.

Sebagai contohnya ialah wall climbing. Bagi mereka rasa gayat untuk lakukan, apa kata anda jadikan wall climbing satu pengalaman baru dalam kehidupan, mana tahu lepas ini lepas kalau dah cuba wall climbing ini lihat perasaann gayat dalam diri.

Alamat:  No. 6, Jln Perniagaan Setia 4, Setia Business Park 2, 81100 Johor Bahru, Johor.

LOST in JB Escape Room

Imej Via[ Lost In Jb Escape Room]

Mereka ingin merasai pengalaman percutian berbeza dalam kehidupan , apa kata anda datang ke Escape Room ini kerana di sini akan merasai pengalaman yang tidak boleh dilupakan setelah memasuki ruang bilik tersebut. Hal ini kerana akan mengaktifkan sel-sel otak agar dapat berhubung dengan kawan-kawan untuk menyelesaikan masalah atau berada dalam situasi genting.

Konsep permainan ini ialah satu aktiviti yang popular di Jepun dan anda akan berada dalam bilik gelap memaksa kita untuk berjuang menyelamatkan diri dengan cara kreatif dalam masa ditetapkan.

Alamat: G10&11, Block A, Akademik Suite, No. Utama, JB., Jln Austin Heights 3/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.

Laman Mahkota Istana Bukit Serene

Imej Via[ Laman Mahkota Istana Bukit Serene]

Laman Mahkota Istana Bukit Serene merupakan satu tempat menarik untuk datang santai atau menghabiskan masa bersama kawan dan keluarga seteleh penat bekerja seharian. Selain daripada itu bagi sesiapa kaki ootd boleh la datang ke sini untuk mengambil gambar berapa banyak pun, dengan berlatarkan belakang pemandangan cantik sekali.

Gambar tersebut anda boleh jadikan sebagai kenangan ketika bercuti di Johor. Melihat kemewahan binaan , keindahan membuatkan sesiapa pertama kali datang ke sini terasa sangat teruja dan seronok.

Alamat: Jalan Kolam Air, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru.

Pasti seronok apabila bercuti dapat melihat pelbagai tempat menarik dan mengambil gambar dijadikan kenangan terindah percutian di Johor. Jadi, apa kata anda semua membaca artikel kami yang lain:

Rujukan

  1. Tempat menarik di Johor 2021.https://www.jomjalan.com.my/listings/johor-bahru/tempat-menarik/
  2. 15 tempat menarik di Johor : Aktiviti dan tempat makan popularhttps://www.melancong.com.my/tempat-menarik-di-johor/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.