Merancang lawatan ke China? Apa kata anda ke Zhuhai China. Zhuhai adalah sebuah bandar di pesisiran pantai yang indah serta merupakan sebuah tempat yang sempurna percutian. Anda boleh menghabiskan percutian bersama keluarga di sini. Ia adalah sebuah bandar raya di wilayah selatan pantai Guangdong, China.
Zhuhai terletak di Pearl River Delta, bersempadan dengan Jiangmen, Zhongshan dan Macau. Ia mempunyai pemandangan panoramanya yang semulajadi. Selain itu, ia terdiri daripada tempat-tempat bersejarah yang menarik. Mercu tanda bandar ini adalah patung nelayan gadis Zhuhai yang berdiri megah di kota bandar. Jom lihat antara tempat menarik di Zhuhai China.
Imej via [trip]
Pada zaman dahulu, tempat menarik di Zhuhai China ini merupakan kegemaran para pembesar dinasti Qing. Istana Baru Yuanming di Zhuhai mempunyai pelbagai tempat yang dibaikpulih dalam gaya pembinaan lama mereka. Ia digabungkan dengan ciri-ciri moden, termasuk kompleks istana diraja, Tasik Fuhai dan kedai-kedai di sekitar istana ini.
Bayaran untuk masuk ke istana ini adalah percuma. Ianya dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 9 malam. Untuk ke sini, anda boleh datang dengan menaiki bas kerana terdapat banyak bas yang akan berhenti di sini.
Imej via [sg.trip]
Kawasan Meixi Royal Archways mempunyai pemandangan taman yang sangat indah. Kemudahan perkhidmatannya pula sangat baik. Ia tidak jauh dari kota dan sangat senang untuk anda berulang alik dari bandar Zhuhai.
Kawasan ini di buka dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Caj yang dikenakan adalah 65 Yuan. Untuk ke sini, anda boleh datang dengan menaiki bas dari bandar Zhuhai.
Imej via [trip]
Amat rugi kepada pelancong yang datang ke Zhuhai jika tidak melihat mercu tanda yang cukup indah ini. Rupa patung gadis nelayan ini sangat cantik dengan sedikit gaya pemalu. Ia diukir berdiri dengan gaya yang elegan dan memegang mutiara bersinar dengan kedua-dua tangannya yang melambangkan keceriaan di Zhuhai.
Patung itu direka oleh pengukir Cina yang terkenal iaitu Panhe. Boleh dikatakan patung granit ini berketinggian 8.7 meter. Beratnya pula dianggarkan seberat 10 tan.
Bayaran untuk ke tempat menarik di Zhuhai China ini adalah percuma. Waktu pembukaannya pada jam 9 pagi hingga 9 malam.
Imej via [livingnomads]
Pulau ini berfungsi sebagai garisan perbatasan yang bermula pada tahun 1729. Hebat bukan? Ia juga terkenal dengan arca Guanyin (bodhisattva) yang dikatakan membawa kesuburan kepada mereka yang berdoa di sana. Pengunjung yang datang ke pantai ini boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, berkayak dan sebagainya.
Untuk sampai ke sana, anda boleh menaiki bot dari Pelabuhan Xiangzhou Beidi ke Pulau Dong’ao. Tempat menarik di Zhuhai China ini dibuka sepanjang hari. Bayaran masuk yang dikenakan adalah 20 Yuan.
Imej via [newsgd]
Di taman ini juga, terdapat kafe ala-ala barat, kedai biskut Itali, restoran makanan Cina, dan kafeteria. Apa yang menariknya disini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berhibur, berehat, menikmati makanan yang sedap-sedap dan juga minum minuman yang anda gemari di sini.
Bayaran masuk ke taman ini adalah 60 Yuan. Taman ini di buka pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5.30 petang.
Imej via [easytourchina]
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang jarang dilihat malah haiwan-haiwan comel juga menghiasi taman ini. Anda boleh melawat ke Taman Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Kebun Penanaman Soilless, Taman Arboretum dan Taman Burung Fairyland.
Jom jalan-jalan juga di taman bunga yang cantik seperti Taman Bunga Lotus, Taman Bunga Ros dan sebagainya. Pusat ini dibuka pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Caj kemasukan yang dikenakan adalah sebanyak 60 Yuan.
Imej via [tripadvisor]
Imej via [trip]
Imej via [pgavdestinations]
Tempat menarik di Zhuhai China ini menjadi pilihan ramai pelancong dan terbaik. Jom baca juga tempat menarik di Zimbabwe, tempat menarik di Zhangjiajie, tempat menarik di Zagreb dan tempat menarik di Zamboanga juga.