Ternyata Johor mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara tempat yang tidak kurang menariknya adalah Kluang tetapi tidak ramai yang tahu Kluang juga menyimpan khazanahnya yang tersendiri. Kluang kaya dengan kecantikan alam semulajadinya yang tersendiri, agro tourism dan makanan tempatan yang menjadi daya tarikan buat para pelancong.
Imej via [SkyscraperCity]
Imej via [ukfarm]
UK Farm bukan hanya ladang biasa, ia terbuka kepada orang ramai untuk merasai sendiri suasana kampung, ladang-ladang dan anda juga berpeluang melihat haiwan ternakan. UK Farm mempunyai kawasan yang sangat luas, oleh itu beberapa bus mini digunakan untuk membawa pelancong ke satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain.
Ada juga cafe yang tersedia di ladang ini dimana kesemua bahan mentah yang digunakan di café ini adalah hasil dari ladang itu sendiri.
Imej via [terompahmastortuah]
Di tempat menarik di Kluang ini, anda akan dapat melihat pelbagai jenis terompah daripada pelbagai saiz, rekaan dan juga warna yang berbeza. Selain daripada terompah, anda juga boleh melihat pelbagai aksesori yang turut dijual di sini seperti topi, tali pinggang dan sandal kulit malah boleh dibawa pulang sebagai kenangan atau cenderahati.
Imej via [facebook]
Terdapat pelbagai jenis kerepek, jeruk dan makanan tradisi Johor yang boleh anda dapati di Hairie Food Industries ini. Premis ini terletak di Jalan Benut, Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang iaitu tidak jauh dari Galeri Terompah Mastor.
Imej via [utusan]
Gunung Belumat ini dinamakan sempena batu-batu gunungnya yang licin dan berlumut. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, berkhemah, dan bermandi manda di kawasan air terjun.
Air terjun di Gunung Lumut ini mempunyai air yang sangat jernih dan cantik kerana itulah ia sering menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga dan sahabat handai.
imej via [wikipedia]
Kepada yang tidak suka mendaki, jangan risau kerana anda juga boleh datang sekadar untuk berjalan-jalan dan melihat keindahan gunung ini dimana terdapat laluan pejalan kaki yang disediakan di kawasan rekreasi. Apa yang menariknya, di Gunung Lambak ini juga tersedia sebuah taman tema air mini.
Taman tema air ini menjadi tempat mandi yang menjadi pilihan ramai terutama untuk ibu bapa yang mahu meluangkan masa bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Ibu bapa tidak perlu risau akan soal keselamatan kerana air kolamnya cetek sahaja.
Imej via [cavinteo]
Tempat menarik di Kluang ini bukan sahaja hidup di siang hari malah bertambah ceria pada malam hari. Ini kerana di sekitarnya terdapat banyak restoren dan gerai-gerai makanan di sepanjang jalan. Lokasinya adalah di Jalan Rambutan.
Imej via [HungryGoWhere]
Kluang Rail Coffee ini juga telah dikelaskan dan tersenarai antara tempat paling menarik di Johor. Tempat ini bukan sahaja menyajikan kopi yang enak dan lazat tetapi juga pelbagai masakan menarik yang lain seperti masakan panas, roti bakar, dan telur separuh masak.
Imej via [twitter]
Banyak mural menarik yang boleh anda gunakan sebagai latar belakang selfie atau berfoto sebagai kenangan. Kesemua mural di tempat menarik di Kluang ini menceritakan sejarah dan keunikan negeri Johor.
Imej via [TripAdvisor]
Jika anda ke Kluang, jangan lupa singgah ke sini untuk menikmati dan membeli susu yang asli. Di sini pengunjung boleh menikmati susu kambing yang dijamin 100% segar dari ladang dan ianya juga tidak berbau.
Susu kambing yang kaya dengan khasiatnya ini merupakan kegemaran Rasulullah SAW. Ianya dijual dengan sangat murah di sini iaitu hanya RM5 sebotol.
Imej via [HungryGoWhere]
Restoren ini menjadi popular kerana tekstur nasinya yang sangat lembut serta gabungan beberapa kuah yang pekat dan menyelerakan. Ditambah pula dengan aneka pilihan lauk-pauk yang lain seperti ayam goreng, ayam masak merah, paru, sotong goreng dan lain-lain yang pasti membuka selera sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Restoren ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 4 petang kecuali hari Sabtu dan ianya terletak di jalan Desa 1, Taman Desa.
Imej via [Cheekiemonkies]
Di samping dapat mempelajari lebih lanjut mengenai gaya hidup kampung, anda juga seperti kembali ke desa dan hidup dalam suasana yang lebih aman damai jauh dari kesibukan kota serta pencemaran alam.
Bukankah tempat menarik di Kluang ini menarik? Resort ini adalah tumpuan sukan dan rekreasi kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, jungle trekking, berbasikal, berbaque, dan memancing yang boleh anda lakukan apabila menginap di sini.
Imej via [thestar]
Anda akan diajar bagaimana menuai bunga dan sayuran dengan hasil tangan sendiri. Tempat menarik di Kluang ini terletak di Batu 9, Jalan Batu Pahat. Taman Organik Zenxin ini adalah ladang organik terbuka yang pertama di Malaysia, yang menggabungkan tujuan pendidikan dan rekreasi.
Pengunjung boleh memilih untuk meneroka ladang itu sendiri, dengan berjalan kaki atau dengan basikal. Ladang ini menawarkan lawatan taman dengan pemandu pelancong dalaman dan pelawat boleh mengalami kehidupan negara sebenar, menikmati penuaian segar dan mengambil bahagian dalam program khas yang dianjurkan seperti memetik buah dan sayuran.
Imej via [bpdgtravels]
Anda boleh menikmati beberapa lukisan yang cantik untuk berfoto sebagai kenangan. Terdapat juga beberapa kafe kecil di sepanjang lorong, supaya anda boleh duduk dan berehat.
Imej via [ronawarna]
Rata-rata penduduk tempatan menggelarnya Jambatan Biru. Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan tapak perkhemahan, surau, tandas, beberapa buah pondok dan juga chalet.
Di sini anda boleh melihat panorama indah tatkala matahari terbenam atau terbit. Bagi mereka yang sukakan cabaran, tempat menarik di Kluang ini juga boleh anda jalankan aktiviti berkayak.
Imej via [twitter]
Ianya sedikit sesak di hujung minggu, jadi jika anda mahukan sedikit ketenangan, mungkin boleh berkunjung pada hari biasa. Selain tempat berjoging, anda juga boleh bergambar di sini dan juga berkelah di sekitar tasik itu.
Ia dibuka selama 24 jam dan terdapat banyak lampu ketika waktu malam. Pilihlah sama ada anda mahu berkunjung ke sini pada siang hari atau malam.
Imej via [utusan]
1. jomjohor
2. sayabackpacker
3. visitjohor