10 Tempat Menarik Di Pulau Gaya |Resort, Pulau Dan Tempat Makan
Pulau Gaya adalah pulau yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Kota Kinabalu, Sabah. Pulau ini juga menjadi sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau Gaya berasal dari perkataan Bajau, “Gayo” yang bermaksud besar.
Pulau ini menduduki kawasan seluas 15 km² (3,700 ekar) dengan ketinggian 300 meter. Beberapa hutan tumbuh di sepanjang tulang belakang Pulau Gaya. Pulau Gaya adalah pulau terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, dan dilitupi dengan hutan tropika.
Pulau ini mempunyai laluan berkembar 20 kilometer dan tiga resort lima bintang. Bunyinya amat menarik bukan? Jom kami senaraikan 10 tempat menarik di Pulau Gaya amat menyeronokkan boleh anda kunjungi.
1. Gaya Island Resort
Setiap vila yang berhawa dingin dihiasi dengan hiasan dalaman kayu. Ianya juga mempunyai balkoni peribadi dengan ruang duduk luaran. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Feast Village. Menunya terdapat dengan pelbagai pilihan Asia dan Antarabangsa.
Rawatan yang menenangkan boleh dinikmati di Spa Village. Kelas yoga turut diadakan setiap hari. Tetamu juga boleh melakukan aktiviti luaran dengan bayaran tambahan seperti menyelam dan sebagainya.
Gaya Island Resort berada 10 minit perjalanan menaiki bot laju dari Terminal Feri Jesselton Point. Lapangan terbang terdekat berada sejauh 11 km dari Terminal Feri Jesselton Point. Pemindahan lapangan terbang dan bot boleh diminta dengan bayaran tambahan.
2. Gayana Marine Resort
Beberapa vila mempunyai kolam renang peribadi dan ruang tamu yang berasingan. Tetamu boleh menikmati rawatan di spa atau berehat di tepi kolam renang. Kakitangannya yang juga amat mesra boleh membantu anda dengan pelbagai aktiviti.
3. Bunga Raya Island Resort
Longhouse dibuka untuk sarapan bufet, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Tetamu juga boleh menikmati rawatan di spa atau bersenam di gimnasium. Sebagai alternatif, pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling dan trekking di hutan ditawarkan.
4. Dive Downbelow Beach House
5. Coral Flyer – Flying Fox
Tahukah anda, tempat menarik di Pulau Gaya ini diuruskan oleh Ropeskills Rigging dengan sejarah lima belas tahun membina Ziplines di Asia. Jangan risau tentang keselamatan kerana ia mempunyai piawaian keselamatan yang terbaik.
6. Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Tempat menarik di Pulau Gaya ini dinamakan sempena nama Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia. Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu adalah terminal feri bagi mereka yang menuju ke Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Terminal feri ini juga merupakan pengangkutan bagi pengunjung yang ingin menginap di Manukan Island Resort, Gayana Resort atau Bunga Raya Resort.
7. Pulau Sapi
Ianya sangat popular dalam kalangan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. Antara jam 10 pagi dan 4 petang, pulau ini sibuk dengan pelancong asing.
Ia dibangunkan dengan kemudahan pelancong termasuklah jeti, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air. Berkhemah dibenarkan, namun anda harus meminta kebenaran daripada Warden Taman ini dahulu.
8. Teluk Tavajun
9. Marine Ecology Research Centre
Kaedah pendidikan inovatif MERC telah diiktiraf dan memenangi anugerah oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Anda boleh melawat ke tempat menarik di Pulau Gaya ini mendapatkan maklumat yang berkaitan.
10. Alu-Alu Seafood
Kawasan ini memang meriah pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari-cari makanan laut yang sedap, tempat menarik di Pulau Gaya inilah tempatnya. Jangan lupa untuk mencuba makanan seperti lobster, ikan merah, sotong dan sebagainya. Pasti anda terpukau akan kesedapannya.
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Gaya yang amat menyeronokkan. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu, tempat menarik di Pulau Ketam, tempat menarik di Pulau Kukup dan tempat menarik di Pulau Karimun.