Pulau Karimun terletak di wilayah kepulauan Riau, Indonesia ini boleh dikunjungi dengan menaiki feri atau bot dari Jeti Pulau Kukup yang terletak di Pontian Johor. Pulau Karimun di Riau ini juga dikenali dengan nama Pulau Karimun Tanjung Balai, ia bukanlah Pulau Karimun Jawa yang satu lagi.
Dengan kawasan seluas 7.984 kilometer persegi ini, terdapat banyak tempat percutian yang boleh anda kunjungi di sini. Ia terdiri daripada beberapa buah pulau. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Karimun pastinya tidak mengecewakan anda.
Imej via [travelingyuk]
Imej via [lendoot]
Terdapat batu granit yang besar di sekitar pantai Pulau Kundur dan pastinya suasana pantai amat aman dan tenang . Pulau Kundur juga umumnya terletak di sebelah dengan Malaysia dan bertentangan dengan Singapura.
Imej via [tripadvisor]
Terdapat juga sebuah batu besar yang unik sesuai dijadikan latar belakang gambar anda. Tempat menarik di Pulau Karimun ini merupakan tempat terbaik untuk anda bersantai.
Imej via [travel]
Buktinya, anda boleh berkunjung ke Makam Badang yang dikatakan seorang lelaki yang kuat kerana telah memakan muntah hantu atau makhluk hitam yang berbadan tegap itu.
Imej via [plurk]
Ia bukan sahaja melibatkan orang awam tetapi juga pelajar dan organisasi. Pada hujung minggu, pantai ini sarat dengan pengunjungnya. Namun, ia agak panjang kawasannya berbanding dengan pantai Pelawan.
Imej via [menixnews]
Tempat menarik di Pulau Karimun ini sesuai dikunjungi oleh anda dan anak-anak. Tempat mandi ini agak selamat kerana mudah dipantau dan mempunyai ruang yang strategi untuk kanak-kanak. Namun ada tempat mandi yang sedikit dalam sesuai untuk orang dewasa bermandi-manda.
Imej via [hamydy]
Tarikan pelancong di sini adalah kedai-kedai makan dan pondok-pondok atap ala-ala kampung yang boleh anda duduk bersantai. Ia juga sangat indah untuk anda bergambar. Anda pasti teruja melihat sekitar pantai ini yang begitu bersih.
Imej via [cms]
Pendek kata, segala cenderamata boleh anda cari di sini. Ia seakan-akan sebuah bazar besar. Terdapat juga restoran dan kedai makan berhampiran yang boleh anda singgah.
Imej via [sumbar]
Anda boleh bersiar-siar di sekitar kawasan Gunung Jantan ini dan bergambar berlatar belakangkan gunung. Jika naik ke puncak gunung, anda boleh menikmati kecantikan alam seluruh kota dari pemandangan atas.
Imej via [lendoot]
Antara aktiviti terbaik yang boleh dilakukan adalah berkelah, mandi-manda, menaiki bot dan banyak lagi. Anda dapat merasai keseronokan berada di sini kerana ia adalah sebenar-benar kawasan pantai yang lengkap dengan pokok kelapa dan banyak lagi tumbuhan.
Imej via [brilio]
Kecantikan dan keindahan tempat menarik di Pulau Karimun ini pada pagi dan malam hari membuatkan ia benar-benar terlihat tempat yang begitu romantis. Apa kata kali ini anda ke sini pula?
Itulah dia 11 tempat menarik di Pulau Karimun yang berkonsepkan semulajadi. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Ketam, tempat menarik di Pulau Carey, tempat menarik di Pulau Cebu Filipina dan tempat menarik di Pulau Bunting.