Indah tempatnya sama seperti namanya. Pulau Carey terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik yang berkonsepkan santai dan rekreasi bagi anda yang suka bersiar-siar di sekitar pulau dalam negeri Selangor.

Ia berada di selatan Pelabuhan Klang serta utara Banting.  Tempat menarik di Pulau Carey rata-ratanya amat terkenal dengan orang asli Selangor ataupun kampung orang asli. Selain itu, terdapat banyak lokasi percutian yang indah boleh anda kunjungi.   Jom lihat 12 tempat menarik di Pulau Carey sesuai untuk bersantai.

1.  Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Pulau Carey

tempat menarik di pulau carey

Imej via [penang-traveltips]

Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli ini merupakan destinasi menarik untuk anda lawati sekiranya berkunjung ke Pulau Carey.  Tiket masuk hanyalah RM 20 sahaja bagi dewasa.

Terdapat pelbagai barangan hasil seni kraftangan yang diperbuat daripada buluh dan rotan boleh anda lihat. Nak cuba main muzik tradisional orang asli pun boleh. Anda juga berpeluang menyaksikan persembahan tarian orang asli sepanjang berada di tempat menarik di Pulau Carey ini.

2.  Bukit Jugra

tempat menarik di pulau carey

Imej via [pttoutdoor]

Berdekatan dengan Pulau Carey, anda boleh ke Bukit Jugra yang amat popular dalam kalangan pelancong. Selain bergambar di mercu tanda dan lain-lain tempat, anda boleh melakukan aktiviti paragliding, bersiar-siar dan banyak lagi aktiviti menarik.

3.  Muzium In-Situ Jugra

tempat menarik di pulau carey

Imej via [penselpatahtunteja]

Berdekatan dengan Bukit Jugra, terdapat istana bandar dan juga Muzium In-Situ yang boleh anda kunjungi. Anda pasti terpegun melihat Armoored truck yang pernah digunakan pada Zaman Perang Dunia Ke-2 serta barangan pameran bersejarah di sini.

4.  Kuan Wellness Eco Park

tempat menarik di pulau carey

Imej via [thestar]

Tempat menarik di Pulau Carey yang merupakan tarikan pengunjung juga adalah Kuan Wellness Eco Park. Ia merupakan salah sebuah taman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti cafe, tempat bergambar serta haiwan-haiwan menarik yang boleh anda lihat. Anak-anak pasti suka berkunjung ke sini.

5.  Mah Meri Cultural Village

tempat menarik di pulau carey

Imej via [inspirock]

Mah Meri Cultural Village adalah sebuah lokasi percutian yang berkonsepkan kampung orang asli. Anda boleh melihat suasana kampung orang asli lengkap dengan pakaian, barangan serta tarian mereka sepanjang berada di kampung ini. Sambil-sambil dapat mempelajari budaya dan kesenian mereka di sini, pastinya ia amat menyeronokkan dan meriah.

6.  Pantai Kelanang

tempat menarik di pulau carey

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Pulau Carey yang membolehkan anda melakukan aktiviti menarik bersama keluarga adalah Pantai Kelanang. Di sini, anda boleh berkelah, berkhemah, bermain layang-layang, melihat panorama matahari terbenam, menangkap ketam dan siput, makan-makan bersama keluarga dan macam-macam lagi.

Keindahan Pantai Kelanang ini juga tidak kurang hebatnya.  Jadikan tempat ini sebagai kawasan santai dan beristirehat sekiranya anda berkunjung pada pagi atau petang hari.

7.  Pantai Tanjung Rhu

tempat menarik di pulau carey

Imej via [thevocket]

Tanpa disedari, Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey yang turut merupakan tempat menarik untuk bersiar-siar. Namun bezanya adalah tempat menarik di Pulau Carey ini tidak mempunyai restoran atau resort seperti pantai yang lain.

Ia lebih kepada pemandangan flora dan fauna serta berkonsepkan semulajadi.  Anda juga boleh melihat kesibukan kapal di pelabuhan yang jarang anda lihat di pantai-pantai lain. Sungguh menarik!

8.  Hatter’s Castle

tempat menarik di pulau carey

Imej via [mapio]

Hatter’s Castle merupakan sebuah banglo yang sangat indah dimana pernah menjadi rumah bagi pengurus Pulau Carey suatu masa dahulu. Namun, sekarang ia merupakan rumah tetamu kepada staff dan pekerja bagi Syarikat Sime Darby Plantation. Tiada masalah untuk anda ke sini bagi mengambil gambar atau melawat kawasan rumah yang sangat megah ini.

9.  Kolam Memancing Ikan LS

tempat menarik di pulau carey

Imej via [youtube]

Kolam Memancing Ikan LS ini merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Carey yang membolehkan para pemancing memancing serta mendapatkan ikan yang besar.

Pernah menjadi sejarah dimana pemancing telah mendapatkan ikan seberat 400 kilogram hanya dengan memancing di sini. Apa lagi, datanglah memancing di sini bersama kawan-kawan anda!

10.  Pantai Pulau Carey

tempat menarik di pulau carey

Imej via [prettysimplynormal]

Pantai Pulau Carey adalah tarikan utama yang pelancong tercari-cari. Suasana pantai ini bakal membuatkan anda tenang dan lupakan segala masalah dunia seketika. Hiruplah udara segar sepuas-puasnya di sini.

Tempat menarik di Pulau Carey ini sangat luas.  Anak-anak juga pasti suka bermain-main di pantai ini kerana terdapat mentarang yang boleh anda kutip di pasir-pasir pantai ini.

11.  Amverton Cove Golf and Island Resort

tempat menarik di pulau carey

Imej via [tripadvisor]

Sekiranya anda ingin mencari tempat penginapan terbaik dan high class, Amverton Cove Golf and Island Resort adalah pilihan terbaik. Terdapat banyak kelengkapan dan kemudahan di resort ini seperti jakuzi, kolam renang persendirian, kebun persendirian dan banyak lagi.

Sepanjang berada di sini, anda boleh melakukan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Antaranya adalah menaiki paddle boat, berkayak, rock climbing, flying fox, memancing, berbasikal, menaiki ATV, bermain snoker, karaoke dan lain-lain lagi hiburan. Untuk anak pula, anda boleh membawa mereka ke pulau haiwan yang berdekatan resort ini.

12.  Kedai Jualan Ikan

tempat menarik di pulau carey

Imej via [anythinglily]

Nak beli ikan murah-murah? Anda harus kunjungi kedai jualan ikan yang terletak di tepi jalan ini. Untuk mencari kedai ini, ia berada 1 km dari Restoran Kang Guan. Anda juga boleh melalui Jalan Bandar Lama. Kedai ini juga berhadapan dengan Surau Darul Islam.

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Carey wajib anda singgah. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Besar Melaka, tempat menarik di Pulau Bunting, tempat menarik di Pulau Banggi dan tempat menarik di Pulau Bintan.

Rujukan:

  1. travelscape30
  2. visitselangor
  3. anythinglily

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.