10 Tempat Menarik Di Pulau Bunting Boleh Anda Singgah
Pulau Bunting adalah sebuah pulau misteri yang terletak di Yan, Kedah di laluan Selat Melaka. Untuk pengetahuan anda, ia digelar pulau bunting kerana menyerupai bentuk wanita mengandung jika anda lihat pulau ini dari Pekan Yan. Namun, misterinya Pulau Bunting ini adalah kerana dahulu ia merupakan kawasan perkuburan orang melayu yang sering dikebumikan di sini.
Agak misteri lagi apabila pulau ini telah dihubungkan dengan sebuah ‘jambatan misteri’ yang dahulunya dibuka dan telah ditutup kini. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Bunting yang boleh anda kunjungi.
1. Jambatan Pulau Bunting
Jambatan Pulau Bunting ini berukuran sepanjang 2.3 km dan 13 meter lebarnya. Ia dijadikan sebagai port lepak atau memancing bagi kaki pancing atau mat motor yang suka bersiar-siar di sekitar Pulau Bunting.Deretan jambatan ini pula, terdapat pelbagai jenis gerai jualan makanan seperti aiskrim, laksa, makanan ringan dan lain-lain lagi boleh anda beli. Bagi kaki pancing, sekitar jambatan ini memudahkan mereka mendapat ikan dan sotong. Pastinya amat berpuas hati jika memancing di sini.
2. Pantai Pulau Bunting
Tempat menarik di Pulau Bunting yang indah ini tidak dapat dinafikan lagi. Pantai Pulau Bunting dihiasi dengan pasir putih dan lautan yang kebiruan dan kehijauan.Selain bermandi-manda di kawasan pulau ini, anda juga boleh menikmati panorama indah yang cantik serta bergambar di sini. Untuk memancing di sini tiada masalah kerana ia juga adalah port memancing bagi kaki pancing. Mudahkan? Segalanya boleh dilakukan di sini.
3. Pulau Song Song
Pulau Song Song adalah salah satu tempat menarik di Pulau Bunting yang boleh anda kunjungi. Ia berada berdekatan dengan Pulau Bunting namun ia adalah pulau yang berbeza. Anda boleh bermandi-manda, menaiki bot dan juga island hoping di sini.Di sini, tidak ada penginapan disediakan, tetapi hanyalah tarikan pengunjung untuk melancong dan menikmati keindahan pantai ini. Selain kawasan yang bersih, terdapat pokok-pokok bunga, pokok kelapa dan juga kawasan pasir berbatu di pantai yang turut mengindahkan lokasi ini.
4. Pulau Bidan
Tempat menarik di Pulau Bunting ini juga merupakan sebuah pulau terbaik dan tercantik yang boleh anda singgah sepanjang bercuti di sini. Pulau Bidan yang merupakan gugusan kepulauan daerah Yan ini penuh dengan flora dan fauna yang menakjubkan.Anda boleh melihat tumbuhan-tumbuhan dan pohon di sekitar pantai ini ditiup angin. Di lautan pula, ikan-ikan seperti Whalesharks, Bumphead, Manta Rays dan ikan alu-alu turut terdapat di sini.
5. Pulau Telor
merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini.6. Kampung Sungai Kering
Tempat menarik di Pulau Bunting seterusnya adalah Kampung Sungai Kering yang penuh kehijauan alam semulajadi. Ia juga digelar karpet rumput dimana sangat sesuai untuk anda bergambar berlatar belakangkan rumput nan hijau dan segar. Jangan lupa bergambar sebagai kenang-kenangan sekiranya anda berkunjung ke sini.7. Gunung Jerai
Gunung Jerai adalah tempat menarik di Pulau Bunting yang akan anda temui pada awalnnya sebelum ke Pulau Bunting. Di sini, pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan seperti mendaki Gunung Jerai, berbasikal, jungle trekking, berkhemah dan lain-lain lagi.Keindahan Gunung Jerai juga sering digambarkan di dalam lagu dan puitis indah. Oleh itu, datang dan lihatlah sendiri kecantikan gunung yang hijau ini.
8. Warung Char Kuey Teow, Jambatan Pulau Bunting
Di sekitar jambatan Pulau Bunting, anda boleh menikmati keenakan Char Kuew Teow di Warung Char Kuew Teow yang terdapat di sini. Pastinya makanan laut seperti udang, sotong, kerang juga turut menjadi menu utama. Jom kenyangkan perut di sini!9. Gunung Keriang
Berdekatan dengan Pulau Bunting, anda boleh singgah ke Gunung Keriang yang sangat indah dan menakjubkan. Gunung yang setinggi 217.92 meter yang dikelilingi jelapang padi ini membolehkan anda mendaki sehingga ke puncak.Banyak maklumat yang boleh anda ketahui dengan melawat tempat menarik di Pulau Bunting ini. Pastinya tempat ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Selain menyaksikan pemandangan dari atas gunung, anda boleh membeli makanan, minuman, barangan hiasan serta batu kristal yang dijual di deretan kedai yang berhampiran.
10. Abah Mee Ketam Dan Udang
Penat berjalan-jalan, jom singgah pula ke Abah Mee Ketam dan Udang yang terletak di Pekan Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Ia merupakan salah satu port makan menarik yang juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Pulau Bunting. Tidak jauh dari Pulau Bunting, anda boleh berkunjung ke sini untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan.Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Bunting, Yan Kedah ramai tak tahu dan boleh anda singgah. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Banggi, tempat menarik di Pulau Bintan, tempat menarik di Narita dan tempat menarik di Pulau Besar Melaka.