12 Tempat Menarik Di Narita Buat Jiwa Jadi Tenang
Narita adalah sebuah bandar yang terletak di Tokyo, Jepun. Selalunya, pengunjung akan turun ke Airport Narita sebelum bergerak ke destinasi mereka di Tokyo. Namun, terdapat banyak tempat menarik di Narita yang boleh anda kunjungi dan bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan.
Pastinya ia amat menarik dan menjadi pilihan utama dalam percutian yang menenangkan. Jom lihat tempat menarik di Narita yang ramai tak tahu.
1. Narita-san Shinsho-ji Temple
Tempat menarik di Narita ini merupakan sebuah gereja dengan pagoda yang menjadi tempat ibadah bagi kaum Buddha. Namun, anda boleh melawat dan melihat setiap apa yang ada di sini.Terdapat tasik, taman dan kedai makan yang boleh anda singgah di sekitar kawasan ini. Senibina Narita-san Shinsho-ji Temple ini juga mencerminkan kebudayaan bagi masyarakat di sini.
2. Sakura-no-Yama Park
Sebuah taman yang indah dan cantik ini sesuai untuk anda beriadah dan bersantai pada petang hari. Jika inginkan pemandangan menarik, Sakura-no-Yama Park adalah lokasi yang tepat untuk anda bergambar. Selain merasai kedinginan angin bertiup, anda juga dapat melihat kapal terbang atau jet naik atau berlandas dari sini.3. Narita-san Omotesando
Tempat menarik di Narita yang membolehkan anda menikmati keindahan kota lama ini adalah Narita-san Omotesando. Terdapat kedai jualan barangan sekitar kota kecil ini.Bangunan yang diperbuat daripada kayu menampakkan kota ini agak klasik dan ala-ala lama tetapi moden. Anda juga berpeluang untuk melihat festival yang diadakan di sini jika kena pada masanya.
4. Sawara
Sarawa adalah tempat bersejarah yang dahulunya merupakan rumah bagi keluarga yang menjalankan perniagaan. Ia terletak di antara Katori Highway dan Ono River. Kini, ia merupakan sebuah muzium virtual yang menjadi tarikan pelancong.Terdapat 42 buah kedai yang mempamerkan barang peralatan lama, barang tradisional yang digunakan dalam rumah suatu masa dahulu dan banyak lagi barang-barang pameran yang unik.
Terdapat juga beberapa festival yang diadakan di sini seperti Festival Oshogatsu Kazari pada tahun baru, Festival Hina Meguri pada bulan March dan juga Festival Gogatsu Ningyo Meguri pada bulan May.
5. Boso-no-Mura
Tempat menarik di Narita ini amat bersejarah dimana terdapat tarikan patung yang dicipta ditanam di tanah dalam kawasan Fudoki-no-Oka yang turut merupakan kemudahan bagi petani atau peladang suatu masa dahulu.Ia bukanlah tempat bersejarah semata-mata, tetapi terdapat pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini. Antaranya adalah minum teh petang dan juga mencuba pakaian pahlawan dalam kebudayaan masyarakat tempatan.
6. Yamato No Yu
Yamato no Yu merupakan sebuah resort yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anda berhibur. Antaranya adalah gym, kolam mandi, sauna, jakuzi, kedai makan dan banyak lagi. Tempat menarik di Narita ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bersama kawan atau keluarga sebagai tempat penginapan dan beristirehat.7. Muzium Kaligrafi Naritasan
Anda akan terpegun melihat pelbagai tulisan kaligrafi yang dipamerkan di sini. Paling istimewa adalah Kitaizanmei yang bersaiz tinggi 13.3m dan seluas 5.3m. Ia juga berkait rapat dengan budaya masyarakat serta sejarah lama negara ini.Kawasan yang sangat bersih ini turut menjadi tarikan pelancong untuk bercuti dan bersiar-siar sambil menambah ilmu pengetahuan.
8. Naritasan Park
Taman Naritasan ini sangat cantik dengan pemandangan dedaunan merah yang segar. Sekitarnya, terdapat sebuah pondok yang membolehkan anda mengambil angin sambil menikmati udara dan keindahan tempat ini. Anda disarankan untuk berkunjung ke sini pada musim bunga atau musim luruh. Ia amat meriah dan indah!9. Narita Wholesale Market
Jika anda suka membeli-belah, luangkan masa ke Narita Wholesale Market yang khasnya untuk membeli borong dan mendapatkan barangan harga murah. Ia sesuai sekali sekiranya anda ingin berniaga atau mencari barang niaga. Banyak barang-barang yang dijual di sini, sudah tentulah anda kena tengok sendiri!10. Muzium Aeronautical Sciences
Bagi peminat sains atau kapal terbang, jangan lepaskan peluang ke tempat menarik di Narita ini. Tahukah anda, Muzium Aeronautical Sciences ini bukan sahaja membolehkan anda menyaksikan pameran barangan, tetapi turut membolehkan anda melakukan aktiviti secara praktikal.Anda boleh mencuba simulator latihan juruterbang, sudah pastinya dapat merasai suasana sebenar seperti dalam kapal terbang. Terdapat juga bilik kawalan yang membolehkan anda buat pemerhatian berkaitan kawalan udara di Jepun bagi sesebuah perjalanan atas udara.
11. Sora no Eki Sakura Hall
Tempat menarik di Narita seterusnya adalah sebuah kedai yang boleh anda singgah untuk membeli barang-barang segar. Khas untuk anda yang suka melihat-lihat barangan jualan segar, datanglah ke sini. Makanan dan minuman juga terdapat di sini boleh anda dapatkan.12. Naritasan Inbanuma Morning Ride
Inginkan ketenangan pagi, jom ke Naritasan Inbanuma Morning Ride. Anda boleh menaiki basikal yang disediakan dan mengambil angin di sekitar kawasan ini.Untungnya adalah kerana tempat menarik di Narita ini sangat cantik, bersih dan segar. Jangan risau kerana segala kelengkapan anda akan disediakan, cuma bawa diri sahaja!
Dari Tasik Imbanuma, anda akan dibawa ke Wada Farm, Futago Park dan juga Naritasan Shinshoji Temple. Akhir sekali, anda akan ke tempat bermulanya ride iaitu Imbanuma Lake. Menarik bukan?
Itulah dia 12 tempat menarik di Narita menenangkan jiwa dan penuh budaya serta sejarah masyarakat. Jom lihat juga tempat menarik di Chiang Rai, tempat menarik di Can Tho, tempat menarik di Pulau Hainan dan tempat menarik di Pulau Indah.