13 Tempat Menarik Di Can Tho Sesuai Dikunjungi Ramai
Jarang sekali kita mendengar nama CanTho iaitu sebuah bandar yang terletak di Vietnam kan? Tahukah anda, Can Tho adalah salah sebuah pekan terbesar di Delta Mekong dan lokasinya berada di bahagian selatan Sungai Hau. Tidak ramai yang menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan, namun bandar ini tidak kurang tempat menariknya.
Anda boleh bersiar-siar dan melakukan aktiviti menarik sepanjang berada di sini. Jom lihat tempat menarik di Can Tho sesuai dikunjungi ramai.
1. Sampan Tour
Nak rasa pengalaman menaiki sampan di sungai yang dalam? Sampan tour atau private ini membolehkan anda menaiki sampan bersiar-siar di sepanjang Delta Mekong bersama kawan dan keluarga.Anda akan dibawa mengelilingi sekitar kawasan ini sambil melihat pemandangan indah. Memang best dan seronok dapat naik sampan ni!
2. Mekong Delta
Berkunjung ke Mekong Delta, jangan lepaskan peluang untuk menyusuri sungai yang terpanjang di dunia ini. Ia menghubungkan dan menyusuri beberapa buah negara seperti China, Kemboja, Myanmar, Thailand, Laos dan Vietnam. Anda juga berpeluang mempelajari dan melihat sendiri budaya hidup penduduk yang menetap di sini.3. Ninh Kieu Wharf
Tempat menarik di Can Tho yang boleh anda kunjungi beramai-ramai adalah Ninh Kieu Wharf yang juga merupakan tarikan jeti kepada bot dan sampan di sini.Sekitarnya, terdapat taman hijau, restoran, Patung Uncle Ho, pasar malam dan banyak lagi tempat yang boleh anda singgah bercuti. Pemandangan di Ninh Kieu Wharf ini juga sangat cantik dan indah.
4. Ninh Kieu Night Market
Inilah dia pasar malam Ninh Kieu yang merupakan salah satu tempat menarik di Can Tho. Jika berkunjung ke Can Tho, tak lengkaplah jika tak ke sini.Anda boleh melihat pelbagai barang seperti pakaian, makanan, barangan antik dan lain-lain lagi di sini. Jangan lupa bawa duit banyak-banyak okey!
5. Cairang Floating Market
Setelah menaiki sampan dan belayar di sekeliling Sungai Mekong Delta, anda akan menemui Cairang Floating Market yang penuh dengan perahu jualan beli. Uniknya, anda boleh membeli-belah di atas sampan kerana peniaga juga menggunakan sampan untuk menjual barangan mereka. Kebanyakan barang yang dijual di sini adalah makanan dan buah-buahan.6. Muzium Can Tho
Can Tho juga mempunyai keaslian khazanah serta artifak lama yang boleh anda saksikan. Muzium Can Tho yang telah ditubuhkan pada tahun 1976 ini mempunyai kaitan dengan budaya kehidupan penduduk Can Tho pada zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Can Tho harus anda kunjungi.7. Cacao Farm
Dah lama tak makan buah koko kan? Jangan risau, tempat menarik di Can Tho kali ini adalah Ladang Cacao. Sebenarnya ia bukanlah buah koko tapi nampak seakan-akan buah koko. Ia adalah buah Cacao yang amat sedap dan enak. Nak cuba, kenalah datang ke Cacao Farm ni! Selain buah, di sini turut menjual coklat dan makanan berasaskan buah Cacao.8. Kilang Pho Noodles
Terdapat sebuah kilang yang membuat mee berhampiran dengan Cairang Floating Market, tapi haruslah naik sampan untuk ke sini. Anda boleh mempelajari cara membuat noodles yang popular di Vietnam di sini. Pengalaman ini pastinya takkan dapat dilupakan memandangkan anda juga dapat mempelajari ilmu baru. Untuk pulang, anda harus naik sampan semula.9. Pitu Kohsa Rangsay Pagoda
Pitu Kohsa Rangsay Pagoda adalah kawasan beribadat yang juga menerima kunjungan ramai. Anda boleh melihat keindahan pagoda yang bewarna emas serta mempunyai 3 tingkat ini. Senibinanya diukir dengan cantik dan teliti. Ia adalah pagoda bagi orang Buddha dan telah ditubuhkan sejak 1948 lagi.10. Can Tho Grand Prison
Seterusnya, anda boleh mengunjungi tempat menarik di Can Tho yang telah dibina pada zaman koloni Perancis lagi. Can Tho Grand Prison adalah sebuah penjara yang telah digunakan pada peperangan Vietnam oleh pihak Amerika dan Vietnam Selatan.Penjara yang lengkap dengan gereja, 21 bilik tahanan, pagoda, rumah pegawai dan dapur ini dahulunya memenjarakan puak penentang. Mereka turut diseksa di sini. Namun, agak menyeramkan kerana patung diletakkan di sini untuk menggambarkan suasana kejadian pada suatu masa dahulu.
11. Kilang Coconut Candy
Nak rasa coconut candy? Jom ke Kilang Coconut Candy di Can Tho, Vietnam. Bukan sahaja dapat melawat kilang, tetapi boleh melihat coconut candy atau gula-gula tradisional mereka, yang lengkap dengan pelbagai perisa. Antaranya adalah pandan, durian, kopi dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, harga bagi sebungkus coconut candy hanyalah VND 5,000.12. Munireangsey Pagoda
13. Bang Lang Stork Garden
Tempat menarik di Can Tho ini terletak di antara Long Xuyen dan Can Tho. Ia merupakan sebuah pusat perlindungan burung Bang Lang yang turut menempatkan beribu-ribu ekor burung upah. Anda boleh melihat burung-burung ini dan pemandangan kawasan ini. Tempat ini juga amat luas iaitu 1.3 hektar. Besarkan?Itulah dia 13 tempat menarik di Can Tho boleh anda kunjungi beramai-ramai. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Dayang Bunting, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Indah dan tempat menarik di Pulau Hainan.