Mantin Forest Art Farmstay pasti menjadi percutian terbaik buat anda terutamanya pecinta alam. Penginapan yang berada di antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur ini dikelilingi khazanah alam yang pasti dapat menenangkan jiwa.

Jauh dari kesibukan kota, anda dapat menghirup udara yang segar dan menikmati pemandangan gunung-ganang dan tasik yang luas. Tasik dipenuhi ikan koi, itik dan angsa. Memang mendamaikan! Memang tenang jika anda berada di sini kerana anda hanya mendengar suara alam termasuk haiwan-haiwan peliharaan tersebut.

Penginapan yang berkonsepkan barat dengan dekorasi tradisional cina, pasti membuatkan anda terpukau. Bukan sahaja luas, namun bersih, cantik dan selesa.

Anda boleh memilih antara dua penginapan iaitu Chalet Room atau Timber Room. Untuk menginap di sini, anda perlulah membuat tempahan bilik secara dalam talian sahaja.

Setiap jenis bilik menghadap tasik yang luas dan ada juga yang terapung di atas tasik ini. Bukan itu sahaja, terdapat beranda yang membolehkan anda menikmati persekitaran dengan penuh privasi.

Imej via [ Mantin Forest Art Farmstay ]

Terdapat 8 buah chalet untuk Chalet Room 1 yang memuatkan 2 orang dalam 1 chalet manakala 8 buah chalet untuk Chalet Room 2 mampu memuatkan 4 orang. Jika anda datang dalam kumpulan yang ramai, tempah saja Timber Room yang memuatkan 5 hingga 10 orang mengikut jenis bilik.

Tak kira bilik mana yang menjadi pilihan anda, keluasan bilik semestinya selesa mengikut kapasiti yang dibenarkan, bersih dan teratur.

Setiap bilik mempunyai kemudahan asas seperti toiletries yang lengkap, pendingin hawa,water heater dan televisyen. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah wifi, taman rekreasi, kolam renang, dewan, galeri dan banyak lagi!

Kebanyakan aktiviti disediakan khas oleh pihak resort secara percuma buat pengunjung termasuk permainan indoor dan permainan outdoor. Antara permainan outdoor yang boleh anda lakukan pada waktu lapang adalah karaoke, permainan kad dan board games.

Nak aktiviti di luar? Anda boleh berbasikal, berkayak, mendaki bukit, jungle trekking, berenang dan melawat zoo mini. Di zoo mini, anak-anak pasti teruja melihat dengan dekat serta membelai pelbagai haiwan jinak dan eksotik seperti rusa, itik,unta, kuda dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk memberi haiwan-haiwan ini makan.

Anda juga berpeluang untuk memancing dan menunggang kuda. Namun aktiviti ini memerlukan bayaran. Tidak mengapa, kerana bayaran yang dikenakan tidak mahal dan sangat berbaloi.

Jauh di tengah hutan pasti anda susah untuk membeli makanan di luar kawasan. Anda tak perlu susah-susah fikir soal makanan kerana pakej ini termasuk dalam pakej penginapan anda. Bermula dari minum petang, makan malam dan sarapan.

Pasti seronok dapat menginap di Mantin Forest Art Farmstay. Di sebalik tempat yang dikelilingi bukit-bukau dan gunung ganang-ganang, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga atau rakan-rakan hanya dalam satu tempat.

Perlu diingatkan sekali lagi, tempahan penginapan hanya boleh dilakukan dan diterima secara atas  talian. Anda boleh menghubungi nombor tertera atau email di alamat tertera. Jom tempah penginapan sekarang!

Alamat: Kampung Mantin Dalam, 71700 Mantin, Negeri Sembilan

No telefon: 013-361 6633

Website: https://mantin-forest-art-farmstay.business.site/

Email: [email protected]

Mencari tempat menarik di Negeri Sembilan? Ini mungkin tempat menarik yang dapat memenuhi percutian idaman anda di negeri ini:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.