Denai Kabus adalah salah satu tempat percutian yang bertemakan alam. Sampai ada yang kata tempat ini adalah ala-ala Switzerland sehingga menamakannya Switzerland Malaysia. Berada berlatarkan Gunung Kenderong dan Kerunai, Denai Kabus kelihatan seperti sebuah lukisan.

Mana tidaknya, pemandangan di sini mirip dengan tempat tersebut lebih-lebih lagi pada waktu malam dan pagi yang sejuk dan berkabus. Anda akan dapati awan yang terbentuk seperti gula-gula kapas yang terapung. Tambahan pula, struktur bangunan atau chaletnya yang unik.

Bercuti di sini sememangnya dapat memberi ketenangan kerana jauh dari kesibukan kota dan dikelilingi pokok-pokok menghijau dan spesis flora yang lain. Bukan itu sahaja, udara yang dihirup juga pasti terasa segar, ditemani pula dengan pelbagai suara alam.

Untuk ke sini anda perlulah sedia maklum bahawa tiada line internet atau signal. Sesuai untuk mereka yang ingin menghayati sepenuhnya percutian di sini. Sesekali lupa masalah kerja, pasti memuaskan.

Jika anda ingin memasuki kawasan ini, anda perlu tahu bahawa ia berada dalam kawasan pedalaman dan jalannya tidak besar. Namun telah dibaik pulih dengan lebih selesa untuk kenderaan biasa lalu. Tidak mengapa, anda pasti puas sebaik sahaja masuk ke Denai Kabus.

Dari segi makanan pula, anda boleh bawa dari rumah. Jika anda ingin merasai keenakan makanan di sini, anda perlulah membuat tempahan awal sebaik-baiknya sebelum sampai ke sini. Jangan lupa cuba nasi dulang untuk makan tengahhari kerana sedap tak terkata.

Banyak kemudahan di sini dari segi surau, tandas dan plug point. Banyak tandas disediakan dengan bersih, selesa, tekanan air yang kuat dan air memang sejuk kerana ianya air bukit. Plug point untuk anda mengecas telifon bimbit atau lain-lain ada disediakan di setiap tapak. Anda hanya perlu membawa plug extension sahaja.

Selain itu, sinki juga banyak disediakan buat pengunjung untuk kemudahan mencuci.. Ampaian turut disediakan di setiap tapak untuk memudahkan pengunjung mengeringkan pakaian. Oh ya, parkir kereta juga luas dan selesa. Paling penting, parkir tak jauh untuk ke penginapan.

Anda pasti tertanya-tanya dengan penginapan yang ada di sini. Buat pengetahuan anda, anda boleh memilih untuk menginap di dalam chalet atau berkhemah. Kadar penginapan memang murah dan berbaloi.

Chalet segitiga di sini mampu memuatkan 4 hingga 5 orang. Setiap chalet mempunyai katil, pendingin hawa,soket elektrik, tandas di luar yang bersebelahan dengan chalet dan beberapa permainan indoor seperti dam dan chess.

Jika anda ingin berkhemah, anda perlu menyewa tapak dan khemah. Khemah pula sudah siap dipasang yang memuatkan 3 dan 6 orang. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk berkhemah dan baru ingin merasai pengalaman berkhemah ini. Semuanya sudah tersedia di samping banyak kemudahan yang menyenangkan anda.

Anda juga boleh membawa khemah sendiri dari rumah. Bayar sahaja tapak khemah, anda boleh memacak khemah mengikut citarasa sendiri. Sekiranya ada alat atau barang yang anda inginkan seperti flysheet, kerusi dan meja, sewa sahaja di sini.

Walaupun tiada signal di sini untuk Whatsapp, bermain online game atau melayari media sosial, anda tak perlu risau kerana aktiviti di sini pasti tidak akan membosankan anda. Malah anda mungkin tidak cukup masa untuk melakukan semua aktiviti ini jika menginap untuk 2 hari 1 malam.

Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak adalah mandi kolam atau menunggang kuda. Mereka pasti seronok bermandi-manda di sini kerana air kolamnya disalurkan dari air bukit. Memang sejuk dan segar!

Jika anda datang ke sini untuk bersantai, ini mungkin aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anda dengan baik. Anda boleh berkaraoke, membuat unggun api  pada waktu malam, barbeku, berkelah dan ootd.

Jika anda ingin barbeku, anda boleh membeli bahan perapan dan menyewa pit bbq di sini. Pasti ada kaki ootd, haruslah bergambar di sini walaupun anda bukan kaki ootd kerana terdapat sudut menarik yang boleh anda rakamkan dan dijadikan kenangan.

Ada kaki pancing? Ini memang tempat anda kerana terdapat 5 kolam untuk memancing. Bayaran dikenakan mengikut timbangan dan harga ikan.

Pasti ada dalam kalangan anda yang aktif dan suka melakukan aktiviti lasak. Banyak aktiviti menarik khas untuk anda yang lasak dan berani seperti mendaki bukit, berkayak, menunggang ATV dan flying fox.

Denai Kabus juga sesuai dijadikan lokasi untuk hari keluarga, majlis perkahwinan dan sebarang majlis lain. Nak tau kenapa? Mereka menyediakan sebuah dewan terbuka yang besar lengkap dengan sound system. Bukan itu sahaja, ada juga ruangan yang luas untuk mengadakan sukaneka.

Berminat untuk menginap di sini? Seeloknya buatlah tempahan awal secara dalam talian kerana Denai Kabus sering dipenuhi pengunjung. Jika anda ingin walk-in, kaunter dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

Mesti seronok bercuti dan merehatkan diri di Denai Kabus. Terletak kira-kira 15 minit dari Pekan Gerik, percutian anda pasti tidak bosan kerana pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan. Berada dikelilingi alam pasti memberi kesegeran berganda. Tunggu apa lagi? Jom ajak keluarga, pasangan atau rakan-rakan anda bercuti di sini!

Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak.

Media sosial: Facebook | Instragram

Website: https://denaikabus.checkfront.com/reserve/?

No telefon: 019-547 6199

Alang-alang berada di Perak, jom teroka tempat menarik di negeri ini. Mudah untuk anda merancang perjalanan! Ini tempat menarik yang anda boleh kunjungi:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.