Walaupun Selangor merupakan antara negeri yang kecil, tidak dinafikan Selangor mempunyai banyak tempat untuk bercamping yang dapat anda pergi. Sekiranya anda seorang yang sukakan alam semula jadi, anda mungkin akan tertarik dengan aktiviti camping.

Selain itu, bercamping juga dapat mengurangkan tekanan anda sekaligus meluangkan masa sama ada bersama orang tersayang mahupun rakan. Apa tunggu lagi? Jom tengok senarai di bawah yang menunjukkan antara tempat camping di Selangor yang pastinya menarik dan cantik untuk dilawati.

Teratak Tok Alang Batang Kali

Imej via [facebook.com]

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman berkemah di tepi sungai. Teratak Tok Alang merupakan tapak berkemah yang sesuai untuk anda. Jarak tapak perkemahan dari Kuala Lumpur yang hanya 1 jam pastinya berbaloi untuk anda terokai.

Air sungai yang jernih pastinya membuatkan anda tenang untuk berehat di sini. Paras air yang cetek pastinya sesuai untuk anak-anak anda bermain. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di tapak perkemahan ini seperti tandas. Anda juga boleh menyewa satu tapak perkhemahan dengan bayaran RM20.

Di tapak perkemahan ini juga terdapat kebun buah. Jika anda seorang penggemar buah tempatan anda hanya perlu membayar RM20 seorang. Anda boleh menikmati buah-buahan sebanyak yang anda mahukan. Antara buah yang dapat anda makan di sini ialah buah durian, manggis, rambutan dan duku. Memang sangat berbaloi!

Alamat: 44300, Selangor

No. Telefon: 019-303 2021

Rumah Kebun Camping Ground

Imej via [facebook.com]

Jika anda merupakan seorang yang baru ingin merasai pengalaman bercamping, Rumah Kebun Camping Ground ini sangat sesuai. Tapak perkemahan yang selesa dilengkapi dengan tandas dan bilik air pastinya akan membuatkan anda selesa. Di sini juga disediakan tilam dan bantal di dalam khemah bagi memberikan keselesaan kepada anda.

Anda juga boleh memilih beberapa tapak perkemahan yang disediakan seperti standard site dan premium site. Tapak perkemahan ini boleh ditentukan oleh anda berdasarkan bilangan ahli keluarga mahupun rakan yang datang berkunjung. Tempat ini akan dibuka pada setiap hari daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Selain itu, tapak perkemahan ini juga mempunyai sungai dan kolam renang. Anda boleh memilih untuk mandi di sungai mahupun di kolam. Terdapat juga pemanggang BBQ yang boleh anda gunakan untuk membakar ayam ketika berkelah. Memang berbaloi!

Alamat: Batu 14, Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

No. Telefon: 019-222 4956

Hutan Lipur Sg Tua

Imej via [cibuka.com]

Hutan Lipur Sg Tua sangat sesuai sekiranya anda seorang yang baru ingin mencuba bercmping. Hal ini kerana kemudahan yang disediakan di tapak perkemahan ini sangat lengkap. Terdapat beberapa kelengkapan yang disediakan seperti tandas yang besar, surau yang selesa serta gazebo untuk anda meletakkan khemah.

Keadaan persekitaran perkemahan yang bersih dan bersebelahan dengan sungai pastinya akan memberikan anda ketenangan ketika menginap di sini. Kawasan perkemahan ini sememangnya dijaga oleh pekerja awam di sini. Mereka akan mengutip sampah pada setiap pagi bagi memastikan kawasan kekal bersih, Jadi anda tidak perlu risau dengan kebersihan tapak perkemahan.

Sekiranya anda ingin berkemah disini, anda perlu membayar dan melaporkan di kaunter. Anda perlu menjaga makanan anda apabila masuk waktu petang kerana monyet akan mula memunculkan diri.

Kemensah Valley Recreation & Chalet

Imej via [kvkemensah]

Tempat Camping lain yang menarik ialah Kemensah Valley Recreation & Chalet. Chalet ini terletak 30 minit dari Kuala Lumpur. Anda tidak perlu risau akan sesat ketika datang ke sini kerana tempat ini sangat mudah untuk dijumpai.

Selain itu, anda juga boleh mandi di sungai yang ada di camping ini. Anda juga boleh meluangkan masa dengan kawan-kawan mahupun keluarga besar anda kerana kawasan di camping ini sangat luas. Anda juga boleh membakar BBQ semasa mandi sungai. Sekiranya anda seorang yang suka meneroka hutan, anda pasti akan tertarik dengan aktiviti yang ditawarkan seperti merentas hutan dan mendaki bukit. Anda juga boleh melakukan trip untuk memancing di kawasan ini.

Terdapat beberapa kemudahan yang boleh anda sewa di camping ini seperti meja, kerusi, arang, bantal. Anda bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan ini, malah anda dapat meluangkan masa untuk bercuti bersama keluarga anda. Jom tempah percutian anda di camping ini!

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

No. Telefon: 012-327 0679

Congkak Eco Resort

Imej via [tempatmenarik.my]

Tempat camping Selangor yang lain ialah Congkak Eco Resort. Tempat ini mempunyai pemandangan yang berlatar belakangkan bukit bukau. Terdapat juga air sungai jernih yang pastinya dapat menarik perhatian anda. Jika anda ingin merasai suasana yang tenang dan percutian yang berasaskan alam semulajadi, anda boleh datang ke sini.

Congkak Eco Resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jungle trekking, night walk, river tracking dan river crossing. Jika anda ingin menjalankan family holiday di sini juga sangat sesuai. Anda juga tidak perlu risau mengenai tempat penginapan kerana di sini turut di sediakan rumah untuk anda menginap.

Sekiranya anda mencari tempat untuk mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan atau team building, anda boleh buat di sini kerana kawasannya yang luas dan mempunyai infrastruktur yang lengkap. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi!

Alamat: Unnamed Road, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

No. Telefon: 017-309 0190

Hammocks By The River

Imej via [facebook.com]

Tempat camping Selangor yang lain ialah Hammocks by The River. Sekiranya anda seorang yang baru ingin merasai pengalaman berkemah, anda hanya perlu datang ke sini. Rasai sendiri pengalaman berkhemah tanpa perlu membeli peralatan perkemahan.

Menariknya mengenai tempat ini, anda hanya perlu mengambil pakej premium untuk menikmati keindahan berkemah di tepi sungai. Jika anda berkhemah di sini, anda hanya perlu menyediakan bekalan makanan dan powerbank bagi memastikan semua teknologi anda berfungsi. Anda juga akan diberikan kipas mudah alih sekiranya anda merasa kepanasan pada waktu malam.

Selain daripada khemah,tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti flysheet, meja, kerusi, lampu LED dan alatan memasak. Tempat camping ini juga hanya dibuka untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Jika anda ingin bercamping dengan kawan-kawan, tempat ini sangat sesuai untuk dilawati!

Alamat: Lot 617, Jalan Sungai Makau, Batu 14 Hulu Langat, 47310 Hulu Langat, Selangor

No. Telefon: 011-2810 8190

Moon Kiss Camp Site

Imej via [facebook.com]

Tempat camping Selangor yang lain ialah Moon Kiss Camp Site. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Hal ini kerana, di camp ini, anda akan disediakan dua jenis khemah yang dapat anda pilih iaitu khemah biasa dan khemah yang mempunyai reka dalaman yang cantik, luas dan mempunyai tilam yang selesa.

Selain itu, tempat camping ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik seperti kipas, air cooler, kerusi meja, tempat BBQ persendirian juga turut disediakan jika anda memilih unit glamping dengan sewa semalam RM250 termasuk sarapan. Terdapat juga kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi dan gerai kecil juga turut disediakan di sini sekiranya anda memerlukan sesuatu.

Di sini juga tersedia beberapa pondok yang diletakkan di tepi sungai untuk anda duduk menikmati keindahan alam semulajadi. Di tepi sungai juga disediakan buai yang boleh digunakan anda untuk bersantai. Nikmati pengalaman berkemah anda di tempat ini dan nikmati pemandangan yang cantik dan semestinya bersih. Memang sangat menarik!  

Alamat: Moon Kiss Campsite, Bt 14 1/2, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

No.Telefon: 013-773 4957

River & Glamp   

Imej via [riverandglamp]

Sekiranya anda sukakan sukan lasak semasa berkamping, tempat ini pastinya menarik minat anda. Rasai sendiri kenikmatan alam semulajadi yang cantik sambil melakukan sukan lasak seperti ATV, river tubing dan berbasikal. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ dan sand castle by river untuk anak-anak anda bermain.

River & Glamp ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti portable aircond dan kipas. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu risau mengenai makanan yang perlu dibawa. Hal ini kerana harga yang dibayar adalah termasuk dengan 3 kali makan. Terdapat beberapa pakej yang dapat anda pilih. Harga untuk menginap juga berbeza mengikut cuti umum dan hari.

Resort ini dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 5 petang pada hari isnin, selasa dan rabu. Pada hari khamis, jumaat dan sabtu, akan dibuka pada pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan pada hari ahad dibuka pada pukul 9 hingga 5 petang. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bercamping dengan keluarga, tempat ini memang sesuai kerana anda tidak perlu risau mengenai keselamatan dan makanan yang perlu anda sediakan.

Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor

No. Telefon: 017-402 3966

The Hid3out

Imej via [mytravellicious.com]

Jika anda mencari tempat yang sesuai untuk bercamping dengan keluarga dan rakan, anda boleh cuba untuk datang ke sini. The Hid3out menyediakan percutian yang menarik sekiranya anda ingin mencuba melakukan percutian dengan aktiviti luar.

Tapak camping yang terletak di tepi sungai Tua pastinya dapat memberikan anda ketenangan semasa berehat. Dipenuhi dengan kehijauan dan bunyi air sungai yang mengalir pastinya membuatkan anda teruja.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bercamping, anda boleh bermula di sini. Keadaan camping yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pastinya memberikan anda keselesaan walaupun sedang bercamping. Harga yang ditawarkan adalah RM399 termasuk dengan sarapan dan makan malam.

Antara kemudahan yang disediakan adalah kipas angin di setiap khemah, plug elektrik, toilet sendiri, bonfire dan meja. Jika anda datang bersama anak-anak, terdapat juga kolam yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Sekiranya anda baru ingin merasai pengalaman berkemah, anda boleh datang ke sini!

Alamat: Hutlista 2, Jalan Sungai Tua, Ulu Yam 68100 Batu Caves, Selangor

No. Telefon: 011-1281 1725

Dusun Bonda

Imej via [mstar.com]

Dusun Bonda juga merupakan tempat camping Selangor yang lain dari tapak camping lain. Hal ini kerana, pemilik dusun bonda membina tempat ini untuk memberikan kenangan zaman kanak-kanak yang berharga kepada anak perempuannya. Hal ini menjadikan tempat ini sangat mesra dengan kanak-kanak.

Walaupun begitu, tempat ini tetap menawarkan camping yang dekat dengan kawasan sungai. Lebih menarik lagi, terdapat kolam renang besar yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu, taman permainan dan kemudahan mesra keluarga yang lain juga turut disediakan.

Tapak camping ini juga sangat mementingkan privacy. Disebabkan itu, servis dan kemudahan di sini disediakan untuk semua yang menyewa khemah di sini. Sekiranya anda bercamping di sini, anda akan diberikan bilik air dan ruang makan peribadi. Sarapan juga akan dihantar ke bilik untuk memberikan keselesaan kepada anda.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti jungle trekking dan berkelah. Sekiranya anda bercuti bersama keluarga dan ingin membuat bakar-bakar, tempat untuk BBQ turut disediakan. Apa tunggu lagi? Jom tempah percutian anda sekarang!

Alamat: Dusun Bonda, Lot 2121 (2996), Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

No. Telefon: 012-663 3667

Alpine Camp

Imej via [alpinecampglamping]

Kedudukan tapak camping yang berhampiran kota pasti membuatkan anda terkejut dengan keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini. Berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, pastinya memberikan anda ketenangan ketika berada di sini.

Alpine Camp juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, plug point, sinki, surau, café dan campfire. Tapak perkemahan yang disediakan juga sangat luas dan selesa.  Lebih menarik lagi, khemah anda berdekatan dengan sungai dan boleh menikmati view gunung yang terdapat di sebelah tapak camping.

Di sini terdapat 5 khemah glamping yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dalam satu masa. Anda juga boleh membawa anak-anak anda ke sini kerana kerana sungainya yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak.

Harga yang dibayar juga termasuk dengan makanan untuk sarapan dan makan malam. Harga yang ditawarkan bagi pakej dua hari satu malam adalah sebanyak RM 150 seorang. Memang sangat berbaloi!

Alamat: Batu 23, Sungai Lui 43100 Hulu Langat, Selangor

No. Telefon: 011-1156 5575

Kesimpulan

Ramai yang masih cuba untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan dengan bercamping. Tetapi keadaan dan kawasan camping yang tidak bersih dan tidak sesuai pastinya akan membatalkan mood anda untuk bercamping. Jangan risau di sini merupakan senarai tapak camping yang sesuai untuk anda pergi sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Tidak dinafikan dengan bercamping juga dapat memberikan anda ketenangan. Kawasan camping yang biasanya dihiasi dengan tumbuhan hijau dan deruan sungai pastinya membuatkan anda tertarik. Lokasi yang jauh dari kesibukan bandar juga pastinya dapat membuatkan anda lupa dengan kesibukan kerja anda. Apa tunggu lagi, mungkin senarai camping ini sesuai dengan percutian camping idaman anda.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.