Samsung adalah jenama dari Korea yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai alatan elektrik dan elektronik dihasilkan oleh jenama gergasi ini, termasuk telefon bimbit. Dari segi kualiti, jenama Samsung tidak perlu diragui. Tidak hairanlah kenapa telefon bimbit Samsung menjadi pilihan utama rakyat Malaysia malah pengguna telefon bimbit seluruh dunia. Jom kami kongsikan 5 telefon bimbit Samsung terbaik 2022 beserta harga dan spesifikasi.

Sumber: Pocketlint

Samsung Galaxy Z Fold 4

Samsung Galaxy Z Fold 4 dilancarkan di Malaysia pada 10 Ogos 2022 dengan harga RM6799. Walau pun harganya agak mahal, ia mendapat sambutan yang hangat kerana keunikannya di mana telefon bimbit ini boleh dilipat 2. Ianya akan membuatkan penggunanya kelihatan cool dan bergaya. Bukan itu sahaja, spesifikasinya juga adalah sangat baik. Telefon bimbit yang penuh bergaya ini datang dalam 4 warna iaitu Graygreen, Phantom Black, Beige, Burgundy.

Pastinya anda ingin mengetahui apakah yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy Z Fold 4. Telefon bimbit ini boleh  menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (7CA) Cat20 2000/200 Mbps dan 5G. Ia menggunakan Android 12L, One UI 4.1.1. Ketebalan Samsung Galaxy Z Fold 4 adalah 14.2-15.8 mm dan beratnya ialah 263 gram. Telefon bimbit ini dilengkapi dengan baterin  Li-Po 4400 mAh yang tidak boleh dicabut.

Telefon ini mempunyai prestasi yang mengagumkan dengan pemproses CPU Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm.) Kadar storannya ialah 12GB RAM, 256GB ROM dengan panel mempunyai skrin 7.6-inciFoldable Dynamic AMOLED 2X. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS + 10 MP, f/2.4, 67mm (telephoto), 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom + 12 MP, f/2.2, 123˚, 12mm (ultrawide), 1.12µmMP.

Samsung Galaxy Z Flip 4

Jika Sambung Galaxy Z Fold 4 boleh dilipat, Samsung Galaxy Z Flip 4 pula ialah telefon bimbit yang boleh diflip. Telefon bimbit ini menjadi kegilaan para pengguna wanita kerana keunikannya yang menyerlahkan sifat feminin. Malah warnanya juga sangat sesuai dengan wanita iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold, Blue, Bespoke Edition. Ia dilancarkan di Malaysia pada 10 Ogos 2022 dengan harga permulaan RM4099.

Orang perempuan biasanya tidak begitu mementingkan spesifikasi telefon bimbit yang digunakan. Jika rupanya cantik, sudah memadai. Namun tak salah rasanya kalau kami kongsikan spesifikasi telefon bimbit yang seksi ini. Samsung Galaxy Z Flip 4 datang dengan pemproses CPU Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) dengan storan 8GB RAM, 128GB ROM. Panel skrinnya ialah 6.7-inciFoldable Dynamic AMOLED 2X.

Peranti ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (6CA) dan 5G. Ia menggunakan Android 12, One UI 4.1. Untuk kamera, ia mempunyai kamera belakang Dual: 12 MP, f/1.8, 27mm (wide), 1.8µm, Dual Pixel PDAF, OIS + 12 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide), 1.12µmMP. Terbaik untuk mengambil gambar dan juga selfie.

Sumber: Notebookcheck

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G adalah pilihan utama golongan profesional di Malaysia. Dengan adanya Pen Stylus , ia sangat berguna dalam melakukan tugasan pejabat termasuklah mencatat nota penting dalam mesyuarat dan untuk mengedit dokumen. Ia dilancarkan di Malaysia pada 10 Februari 2022 dengan harga permulaan RM5099. Hara yang sangat berpatutan buat para profesional.

Ia datang dengan pilihan warna yang menarik iaitu Phantom Black, Phantom Silver, Green, Burgundy. Peranti ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A (7CA) Cat20 2000/200 Mbps; 5G (5+ Gbps DL). Telefon ini menggunakan Android 12, One UI 4.1. Tiada masalah untuk anda gunakan untuk bekerja sama ada dari pejabat, rumah, dan dalam perjalanan. Tak kira di mana saja.

Dari segi prestasi, ianya sangat cemerlang dengan pemproses CPU Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Kadar storan telefon bimbit ini ialah 8GB RAM, 128GB ROM. Ia mempunyai panel skrin 6.8-inciDynamic AMOLED 2X.Kameranya juga tidak mengecewakan dengan Quad: 108 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.33″, 0.8µm, PDAF, Laser AF, OIS + 10 MP, f/4.9, 230mm (periscope telephoto), 1/3.52″, 1.12µm, dual pixel PDAF, OIS, 10x optical zoom + 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.52″, 1.12µm, dual pixel PDAF, OIS, 3x optical zoom + 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55″, 1.4µm, dual pixel PDAF, Super Steady videoMP.

Sumber: Trendblog

Samsung Galaxy XCover 6 Pro

Samsung Galaxy Xcover 6 Pro dilancarkan di Malaysia pada 2 Jun 2022 dengan harga bermula pada RM2399. Telefon bimbit ini sesuai untuk kegunaan harian dan menjadi pilihan pengguna di Malaysia tidak mengira apa juga golongan. Sama ada anda pekerja, pelajar, atau surirumah, telefon bimbit ini sesuai untuk ada. Ia datang dalam satu warna sahaja iaitu Black yang sangat menawan.

Ia datang dengan pemproses CPU Qualcomm SM7325 Snapdragon 778G 5G (6 nm). Kadar storan ialah 128GB 6GB RAM. Panel skrinnya bersaiz 6.6-inciPLS LCD. Kamera belakangnya ialah 50 MP, f/1.8, (wide), PDAF 8 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µmMP.  Telefon bimbit ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Ia menggunakan Android 12, One UI 4.1.

Sumber: Ayosemarang

Samsung Galaxy A04

Akhir sekali, jika anda mencari telefon bimbit untuk kegunaan anak, Samsung Galaxy A04 adalah pilihan terbaik. Dengan harga RM479, ianya cukup berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Ia datang dalam 4 warna iaitu Black, Green, White, Copper. Kadar storan telefon bimbit ini ialah 32GB, 3GB RAM dan ia mempunyai panel skrin bersaiz 6.5-inci PLS LCD.

Samsung Galaxy A04 mempunyai kamera belakang Dual: 50 MP, f/1.8, (wide), AF + 2 MP, f/2.4, (depth)MP. Ia  menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE Cat4 150/50 Mbps serta menggunakan Android 12, One UI Core 4.1. Untuk kegunaan anak-anak, telefon ini adalah yang paling sesuai.

Itulah dia 5 telefon Samsung terbaik 2022 beserta harga dan spesifikasi. Semoga bermanfaat untuk anda dan membantu dalam memilih telefon bimbit yang paling sesuai dengan penggunaan anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang smartwatch terbaik, gadjet virtual reality, dan wallpaper untuk Ipad.

Rujukan:

  1. Technave

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.