Honor merupakan salah satu jenama telefon pintar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Walau pun ianya adalah buatan China, kualitinya adalah sangat baik. Sebagai bonus, harganya juga adalah berpatutan jika dibandingkan dengan spesifikasi yang ditawarkan. Jika anda sedang mencari telefon bimbit baru, apa kata kami cadangkan anda pilih salah satu daripada telefon Honor terbaik 2022 yang berikut.

1. Honor Magic4 Pro 5G

Honor Magic 4 Pro 5G adalah model terbaru bagi jenama Honor. Ianya dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2022 dan terus mendapat di hati pengguna telefon pintar di Malaysia. Dengan harga bermula RM3999, anda akan mendapat sebuah telefon bimbit yang dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm) dengan storan 8GB + 256GB. Menurut review pengguna telefon bimbit ini, ianya berfungsi dengan sangat baik tanpa sebarang masalah.

Peranti ini juga mempunyai skrin panel LTPO OLED sebesar 6.81-inci dengan resolusi QHD dengan kadar segar semula 120Hz. Menurut Honor, Honor Magic4 Pro 5G adalah telefon pintar pertama dalam industri yang mempunyai frekuensi pulse width modulation mencapai tahap 1920Hz yang membantu mengurangkan fenomena paparan flickering yang sangat penting untuk mengelakkan keletihan mata untuk penggunaan jangka masa panjang.

Jumlah memori yang ditawarkan ialah 8GB + 256GB tanpa sebarang slot kad. Ia mempunyai 4 buah kamera. 3 daripadanya ialah kamera belakang dengan kombinasi sensor 50MP (utama), 50MP (ultralebar), dan 64MP (telefoto 3.5x optikal, 100x digital). Kamera selfie adalah 12MP. Apa yang paling menarik, telefon pintar ini menyokong sistem pengecasan 100W untuk berkabel dan tidak berkabel yang membolehkan ianya dicas dengan cepat. Pengecasan penuh hanya mengambil masa 30 minit. Honor Magic4 Pro menggunakan sistem operasi Android 12 berasaskan Magic UI 6. Ia juga menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A, 5G dan Google Play Services.

2. Honor X9 5G

Telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac 2022 dengan harga permulaan RM1299. Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan spesifikasi telefon pintar ini. Anda akan mendapat sebuah telefon bimbit yang dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm) dengan storan 8GB RAM + 128GB ROM tanpa slot kad.  Telefon bimbit ini sesuai untuk kegunaan profesional dan harian.

Peranti ini juga mempunyai skrin panel IPS LCD sebesar 6.81-inci yang cukup selesa semasa dipegang. Ia mempunyai 4 buah kamera. 3 daripadanya ialah kamera belakang dengan kombinasi sensor 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth). Kamera selfie adalah 16MP. Honor X9 SG menggunakan sistem operasi Android 11 berasaskan Magic UI 4.2 bersama Google Play Services. Ia juga menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G.

3. Honor X9

Telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac 2022 dengan harga permulaan RM1099. Harganya masih berada dalam kategori mampu milik. Anda akan mendapat sebuah telefon bimbit yang dikuasakan oleh pemproses CPU Snapdragon 680 Processor dengan storan 8GB RAM + 128GB ROM tanpa slot kad. Telefon bimbit ini sesuai digunakan untuk bekerja dan kegunaan harian.

Peranti ini juga mempunyai skrin panel IPS LCD sebesar 6.81-inci yang cukup besar untuk kegunaan harian. Ia mempunyai 4 buah kamera. 3 daripadanya ialah kamera belakang dengan kombinasi sensor 64MP Main + 8MP Wide + 2MP Macro + 2MP Bokeh. Kamera selfie adalah 16MP. Honor X9 menggunakan sistem operasi Android 11 berasaskan Magic UI 4.2 bersama Google Play Services. Ia juga menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G.

4. Honor X8

Telefon pintar Honor X8 dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac 2022 dengan harga permulaan RM899. Dengan harga yang begitu murah, anda akan mendapat sebuah telefon bimbit yang dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G (6 nm) dengan storan 128GB 6GB RAM tanpa slot kad. Jika anda mencari telefon bimbit untuk berniaga online, Honor X8 adalah sangat sesuai untuk anda.

Peranti ini juga mempunyai skrin panel IPS LCD sebesar 6.7-inci. Ia mempunyai 4 buah kamera. 3 daripadanya ialah kamera belakang dengan kombinasi sensor 48 MP camera (f/1.8), 5MP camera(f/2.2), 2MP depth camera (f/2.4), dan 2 MP Macro camera (f/2.4). Kamera selfie adalah 16MP. Honor X8 menggunakan sistem operasi Android 11 berasaskan Magic UI 4.2 bersama Google Play Services. Ia juga menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A.

5. Honor 7

Telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac 2022 dengan harga permulaan RM699. Ya, harganya adalah sangat mampu milik. Anda akan mendapat sebuah telefon bimbit yang dikuasakan oleh pemproses CPU Snapdragon 680 Processor dengan storan 4GB RAM + 128GB ROM. Ia mempunyai slot kad microSDXC. Jika anda mencari telefon bimbit untuk anak, Honor 7 adalah sesuai.

Peranti ini juga mempunyai skrin panel LCD FullView Display sebesar 6.74-inci dengan resolusi QHD dengan kadar segar semula 90Hz yang membantu untuk mengelakkan keletihan mata untuk penggunaan jangka masa panjang. Ia mempunyai 4 buah kamera. 3 daripadanya ialah kamera belakang dengan kombinasi sensor 64 MP camera (f/1.8), 5MP camera(f/2.2), 2 Mp depth camera (f/2.4), dan  2 MP Macro camera (f/2.4). Kamera selfie adalah 8MP. Honor X7 menggunakan sistem operasi Android 11 berasaskan Magic UI 4.2 bersama Google Play Services. Ia juga menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE.

Itulah dia 5 telefon Honor terbaik 2022 beserta spesifikasi dan harga yang diharapkan membantu anda dalam memilih telefon bimbit yang paling sesuai untuk anda. Anda dijemput untuk membaca perkongsiam kami tentang smartwatch terbaik, kamera terbaik, dan gadjet rumah terbaik untuk anda.

Sumber:

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.