Telefon bimbit Xiaomi adalah jenama dari China yang semakin mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia. Mungkin ada yang masih skeptikal dengan jenama ini, namun percayalah bahawa sekali anda gunakan jenama ini, anda akan terus jatuh cinta. Kali ini kami akan kongsikan 5 telefon Xiaomi terbaik 2023 beserta harga dan spesifikasi.

Sumber: Amanz.my

Xiaomi 12T Pro

Xiaomi 12T Pro adalah telefon bimbit Xiaomi yang mempunyai spesifikasi yang paling tinggi di Malaysia. Ia dilancarkan pada 4 Oktober 2022 dengan harga permulaan RM2699. Dengan harga mampu milik ini, tak hairanlah kenapa ia menjadi rebutan para pencinta telefon bimbit Xiaomi. Telefon bimbit ini datang dalam 3 warna menarik iaitu Black, Silver, Blue.

Ia dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) dan menggunakan menggunakan Android 12, MIUI 13. Telefon pintar ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storan telefon bimbit ini ialah 256GB 8GB RAM, UFS 3.1. Ia datang dengan panel skrin bersaiz 6.67-inciAMOLED. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 200 MP, f/1.7, (wide), 1/1.22″, 0.64µm, PDAF, OIS + 8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Sumber: Notebookcheck

Xiaomi Civi 2

Xiaomi Civi 2 dilancarkan di Malaysia pada 27 September 2022 dengan harga permulaan RM1350. Harganya yang mampu milik menjadikan telefon bimbit ini menjadi pilihan para pelajar, dan mereka yang baru mula bekerja. Ditambah pula dengan warna-warna menarik yang sesuai untuk remaja iaitu Black, Blue, Violet, Silver. Maka tak hairanlah ramai pelajar sekolah dan universiti yang menggunakan telefon bimbit ini.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 (4 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. IA menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storan yang ditawarkan ialah 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, UFS 2.2. Ia datang dengan panel skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED. Sementara kamera belakang ialah Triple: 50 MP, f/1.8, (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF + 20 MP, f/2.2, 115˚ (ultrawide), 1/2.78″, 1.0µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Sumber: Mi.com

Xiaomi 12 Lite

Dengam harga pengenalan RM1499, Xiaomi 12 Lite yang dilancarkan di Malaysia pada 18 Augus 2022 adalah salah satu telefon bimbit Xiaomi yang paling laris di pasaran. Jika anda merupakan seorang peniaga online, telefon ini adalah sangat sesuai untuk anda. Ia tidak akan hang sekiranya banyak mesej masuk serentak ke aplikasi whatsapp atau telegram anda. Ia datang dalam 4 warna menarik iaitu Black, Lite Green, Lite Pink.

Telefon bimbit Xiaomi 12 Lite dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM7325 Snapdragon 778G 5G (6 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storan yang ditawarkan ialah 128GB, 8GB RAM dan mempunyai panel skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 108 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.52″, 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Sumber: Notebookcheck

Xiaomi Civi 1S

Xiaomi Civi 1S dilancarkan di Malaysia pada 21 April 2022 dengan harga permulaan RM1364. Ia datang dalam 4 warna menarik iaitu Black, Blue, Pink, Silver. Telefon bimbit ini sesuai untuk kegunaan semua golongan, tak kira sama ada anda adalah seorang pekerja, pelajar, peniaga online, atau surirumah. Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan spesifikasi telefon bimbit ini.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM7325-AE Snapdragon 778G+ 5G (6 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Kadar storan telefon bimbit ini ialah 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM, UFS 2.2. Ia datang dengan panel skrin bersaiz 6.55-inci OLED. Kamera belakangnya ialah Triple: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.97″, 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Sumber: Expansys

Xiaomi 12

Telefon Xiaomi terakhir yang ingin kami kongsikan ialah Xiaomi 12 yang telah dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac 2022 dengan harga permulaan RM2899. Ia datang dalam 3 warna menarik iaitu Gray, Purple and Blue. Telefon bimbit ini mendapat tempat dihati para profesional di Malaysia kerana spesifikasinya yang unggul dan sesuai untuk kegunaan pejabat.

Ia dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. Xiaomi 12 menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storan yang ditawarkan ialah 8GB RAM, 128GB ROM. Ia mempunyai panel skrin bersaiz 6.28-inci OLED. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 50 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 13 MP, f/2.4, 12mm, 123˚ (ultrawide), 1/3.06″, 1.12µm + 5 MP, f/2.4, 50mm (telephoto macro), AFMP.

Itulah dia 5 telefon Xiaomi terbaik 2023. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang Samsung terbaik 2022, Asus terbaik 2022, dan Honor terbaik 2022.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.