Telefon bimbit jenama Oppo bukanlah asing lagi di Malaysia. Ia adalah sebuah jenama yang mencipta telefon bimbit dengan fokus kepada golongan muda di seluruh dunia. Jenama Oppo bangga dengan kemampuan telefon bimbitnya dalam memacu inovasi dalam teknologi mobile photography. Jom kami kongsikan 5 telefon Oppo terbaik 2023 beserta harga dan spesifikasi.

Oppo A17K

Oppo A17K dilancarkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022 dengan harga permulaan RM499. Ya, harganya adalah sangat berbaloi dan berada dalam julat kemampuan para remaja di Malaysia. Tak hairanlah kenapa Oppo A17K mendapat hati di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Ia datang dalam 2 warna menarik iaitu Navy Blue, Gold yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek MT6765 Helio G35 (12 nm) dan menggunakan Android 12, ColorOS 12.1. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE. Kadar storan yang ditawarkan ialah 64GB 3GB RAM, eMMC 5.1. Panel skrinnya bersaiz 6.56-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah 8 MP, f/2.0, (wide), AFMP.

Sumber: Gsmarena

Oppo A77s

Oppo A77s dilancarkan di Malaysia pada 27 September 2022 dengan harga permulaan RM999. Telefon bimbit ini sangat popular di kalangan pelajar universiti dan kolej. Ini kerana harganya adalah sesuai dengan golongan ini dan spesifikasinya juga adalah sepadan dengan keperluan mereka. Ia datang dalam 2 warna iaitu Sky Blue, Starry Black.

Telefon bimbit ini dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G (6 nm) dan menggunakan Android 12, ColorOS 12.1. Oppo A77s menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE. Ia datang dengan kadar storan 128GB 8GB RAM, UFS 2.2. Panel skrinnya bersaiz 6.56-inci IPS LCD sementara kamera belakangnya ialah Dual: 50 MP, f/1.8, 27mm (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Tavesper

Oppo A17

Dengan harga pengenalan RM599, Oppo A17 yang dilancarkan di Malaysia pada 26 September 2022 ini adalah pilihan yang sesuai sekiranya anda sedang mencari telefon bimbit untuk anak-anak anda. Ianya datang dengan spesifikasi yang memadai untuk kegunaan kanak-kanak dan remaja. Pilih saja salah satu daripada 2 warna menarik yang ada iaitu Lake Blue, Midnight Black.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek MT6765 Helio G35 (12 nm) dan menggunakan ColorOS 12.1.1. Oppo A17 menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE. Kadar storan telefon ini ialah 64GB, 4GB RAM dan mempunyai panel skrin bersaiz 6.56-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 50 MP, f/1.8, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Youtube

Oppo Reno 8 Z 5G

Oppo Reno 8Z 5G telah dilancarkan di Malaysia pada 22 Ogos 2022 dengan harga permulaan RM1799. Telefon bimbit ini dilancarkan dengan menjadikan para graduan yang baru graduasi dan remaja yang baru bekerja sebagai sasaran jualan. Jika anda termasuk dalam kategori ini, Oppo Reno 8 Z 5G adalah padanan paling sesuai untuk anda. Ia datang dalam 2 warna menarik iaitu Rainbow Spectrum, Cosmic Black.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm) dan menggunakan Android 12, ColorOS 12.1. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (CA) dan 5G. Kadar storan yang ditawarkan ialah 256GB, 8GB RAM dan mempunyai panel skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 64 MP, f/1.7, 26mm (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Soyacincau

Oppo Reno 8 Pro

Dengan harga pengenalan RM3499, Oppo Reno 8 Pro dilancarkan di Malaysia pada 21 Julai 2022 dengan menjadikan para eksekutif muda sebagai sasaran jualan. Dengan spesifikasi dan harga yang ditawarkan, telefon pintar ini adalah pilihan terbaik buat anak muda yang baru memulakan karier. Ia datang dalam 2 warna menarik iaitu Glazed Green, Glazed Black.

Oppo Reno 8 Pro dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek Dimensity 8100-Max (5 nm) dan menggunakan Android 12, ColorOS 12.1. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (CA) dan 5G. Kadar storan telefon pintar ini ialah 256GB 12GB RAM, UFS 3.1. Panel skrinnya bersaiz 6.7-inci AMOLED. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 50 MP, f/1.8, 23mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, multi-directional PDAF + 8 MP, f/2.2, 16mm, 112˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Itulah dia 5 telefon Oppo terbaik 2022 sebagai panduan anda. Semoga membantu dalam memilih telefon bimbit yang terbaik dan sesuai dengan bajet dan kegunaan anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang telefon Asus terbaik, telefon Samsung terbaik, dan gajet rumah terbaik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.