Nak dapatkan telefon baru realme 11x G? Seperti kita tahu, telefon Realme adalah salah satu jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia. Banyak juga peminat realme di Malaysia. Baru-baru ini, Realme telah mengumumkan saluran baru untuk pembelian Realme 11x 5G yang dikuasakan oleh teknologi 5G.

Selain daripada pakej pos bayar telco yang sedia ada yang ditawarkan melalui Unifi, U Mobile, dan Maxis. Kini pelanggan boleh sahaja membawa pulang telefon pintar 5G yang menarik perhatian dengan harga RM999 melalui realme Brand Stores dan pengedar yang sah. dah menjadi semakin mudah bukan?

Sebelum ini, realme 11x 5G hanya tersedia secara eksklusif melalui Unifi, U Mobile, dan Maxis melalui pelan U Postpaid 68, U Postpaid 98, Unifi Home dan Internet Plan, Zerolution 24M, dan kontrak Maxis.Mungkin agak sukar untuk mereka yang tidak mahu mengambil pakej kontrak.

Teknologi telefon baru ini menggunakan chipset 5G MediaTek Dimensity 6100+ dan menampilkan teknologi Smart 5G dan Super Network Searching, serta teknologi 5G Low Power Smart Hotspot pertama di dunia, membolehkan pengguna menikmati rangkaian 5G.

Realme 11x 5G membanggakan reka bentuk S-curve Gradient yang memukau, dimungkinkan dengan lapisan gradasi 8 lapisan dan proses glitter sand, skrin 6.72 inci yang mengalunkan kadar segar hingga 120Hz, dan bateri besar 5,000mAh dengan Super Flash Charge 33W.

Selalunya untuk telefon yang baru, kamera adalah ciri-ciri penting yang dilihat. Kamera utama AI 64MP dengan Zoom In-sensor 2x pada realme 11x 5G membolehkan pengguna menyimpan kenangan berharga melalui foto dan video yang menakjubkan. Pengguna boleh memperluas RAM realme 11x 5G hingga 16GB dengan teknologi Dynamic RAM Expansion, memberikan pengalaman multitugas dan bermain permainan yang lancar. Sementara itu, ia dilengkapi dengan ROM sehingga 128GB dan serasi dengan memori luaran sehingga 2TB.

Untuk maklumat lanjut https://www.realme.com/my/.

Penulis: Hafiz

Seorang yang suka travel dan kongsi tempat menarik di malaysia aptut anda pergi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.