Rama-rama dikenali sebagai sepsis serangga yang aktif pada waktu malam dan tidur apabila pagi. Terdapat beberapa tanam rama-rama di Malaysia yang dapat anda lawati. Anak-anak anda pasti akan menyukai jika anda membawa mereka ke taman rama-rama ini. Menariknya mengenai rama-rama, ia tertarik kepada cahaya lampu.

Rama-rama juga terdapat dalam pelbagai saiz, warna dan corak yang pastinya menarik perhatian anda. Corak yang terdapat di badan frama-rama membantu mereka untuk menyembunyikan diri daripada musuh.

Corak ini merupakan senjata penyamaran mereka. Kebiasaan bunga yang disinggahi rama-rama merupakan bunga berwarna pucat ataupun putih tetapi memiliki kandungan madu yang sangat tinggi. Senarai di bawah merupakan antara taman rama-rama di Malaysia yang boleh anda lawati.  

Kuala Lumpur Butterfly Park

Dikenali sebagai syurga rama-rama, jangan lepaskan peluang untuk melihat rama-rama yang berwarna warni di sini. Keindahan taman yang dihiasi dengan tumbuhan hijau, rama-rama yang bertebangan di sini juga terdiri dari pelbagai jenis.

Taman rama-rama ini terletak di Kuala Lumpur. Taman ini dibuka sejak tahun 1992 dan memperagakan pelbagai proses mengenai bermula dari beluncas yang terdiri dari pelbagai bentuk, saiz dan warna. Taman ini juga memperlihatkan prosses serangga ini bertukar kepada kepompong. Tempat ini pastinya sesuai untuk dilawati anak anda untuk belajar mengenai kitaran hidup rama-rama.

Taman ini dibuka bermula 9 pagi hingga 6 petang. Diingatkan, anda perlu datang untuk melihat rama-rama pada waktu pagi kerana serangga ini akan keluar untuk mencari makanan. Taman ini juga dipenuhi pelbagai jenis rama rama seperti Raja Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle dan banyak lagi rama-rama yang cantik.

Taman ini sangat terkenal di Kuala Lumpur kerana mempunyai lebih daripada 5000 rama-rama yang terdiri daripada 64 spesies yang terdapat di Malaysia. Bayaran masuk ke taman ini ialah RM 7 untuk kanak-kanak dan RM 12 bagi orang dewasa. Di taman ini juga memunyai kolam ikan koi dan tempat yang sesuai bagi mereka yang suka berselfie. Memang sangat berbaloi dan menarik!

Alamat: Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2693 4799

Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary (Taman Rama-rama & Reptilia Melaka)

Negeri Melaka dikenali dengan pelbagai tempat peninggalan sejarah, tetapi terdapat juga taman rama-rama di Melaka yang sememangnya menarik untuk anda lawati. Sama seperti nama yang diberi, tempat ini bukan sahaja mempunyai rama-rama, malah terdapat pelbagai reptilia seperti ular yang terdapat di sini.

Taman ini dibina di kawasan hutan yang seluas 11 ekar dan misi taman ini adalah untuk melindungi pelbagai spesies rama-rama dan reptilia yang hidup di kawasan ini. Walau bagaimanapun, taman ini mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991. Taman ini terus berkembang dan dikenali oleh orang ramai sebagai taman rama rama pada masa kini.

Harga tiket masuk ke taman ini ialah RM 22 bagi dewasa dan RM 16 bagi kanak-kanak. Menariknya di sini, ketika anda masuk ke dalam taman, anda akan disapa oleh burung kakak tua. Seterusnya anda akan melihat pelbagai jenis rama-rama. Dikatakan terdapat lebih 20 spesies rama-rama di dalam satu sangkar. Antara spesies rama-rama yang terdapat di sini ialah Black and White Helen (Papilio nephelus), Malayan Birdwing (Troides), Rama rama kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke Birdwing dan banyak lagi.

Terdapat juga kolam ikan koi, burung kakak tua, beberapa spesies burung yang dipamaerkan yang pastinya dpaat membantu pembelajaran anak anda. Memang sangat berbaloi untuk datang ke taman rama-rama dan replika yang terdapat di Melaka ini.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

No. Telefon: 06-232 0033

Entopia by Penang Butterfly Farm

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai asal usul nama taman rama-rama yang dikenali sebagai Entopia. Nama Entopia diilhamkan dari perkataan Entomologi yang merupakan bidang ilmu kajian mengenai serangga manakala Utopia merupakan gambaran dunia fantasi yang indah dan damai.

Taman yang terletak di Penang merupakan taman rama-rama yang terbesar di Malaysia. Taman Entopia terdiri daripada 150 spesies fauna dan lebih 200 spesies flora. Menariknya mengenai taman ini, ia bukan sahaja menjadi tempat perlindungan bagi spesies rama-rama, malah taman ini turut menyediakan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman baru di taman ini.

Di taman ini, terdapat satu tempat yang diberi nama Natureland. Di sini, terdapat lebih daripada 150 spesies fauna seperti rama-rama, kelip-kelip, mentadak, kumbang, pepatung, haiwan reptilia, amfibia serta haiwan invertebrata seperti labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok yang dilindungi di habitat asal mereka.

Di sini juga, terdapat lebih daripada 15 000 ekor rama-rama yang terdiri daripada 50 spesies rama-rama tropika. Rama-rama ini juga akan dibiarkan berterbangan bebas di ruang ekologi ini. selain daripada pengunjung dapat melihat rama-rama dengan lebih dekat, terdapat juga 200 spesies flora atau tumbuhan unik yang jarang ditemui di tempat lain.

Selain itu, terdapat juga tempat yang diberi nama Cocoon yang dijadikan sebagai pusat pembiakan rama-rama. Terdapat pameran yang dijalankan di tempat ini diberi nama “Glow in the Dark”. Di samping itu, terdapat tempat yang dikenali sebagai Entopia Fun Hour yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti skill memasak serangga dan banyak lagi aktiviti menarik.

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-888 8111

Cameron Highland Butterfly Farm

Butterfly Farm merupakan salah satu tarikan yang tertua di Cameron Highlands. Taman rama-rama ini dibuka pada tahun 1990 di ladang Kea dan terletak di atas cerun. Taman ini mempunyai pelbagai jenis rama-rama yang sememangnya menarik. Taman ini pada mulanya ditubuhkan sebagai hobi oleh pemiliknya tetapi mula berkembang menjadi pembiakan rama-rama.

Ketika anda memasuki taman ini, anda mungkin akan dihinggapi rama-rama. Jandi jangan terkejut sekiranya terdapat rama-rama di badan anda. Taman ini dibuka pada pukul 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan pada pukul 8 pagi hingga 7 malam pada hari cuti serta pukul 8 pagi hingga 7.30 malam pada hari cuti rasmi.

Selain taman rama-rama yang terkenal di sini, anda juga dapat melawat beberapa taman lain seperti kumbang rusa, labah-labah, reptilia dan banyak lagi. Di sini juga terdapat pusat cenderamata yang terdiri daripada rama-rama yang diawetkan dan dijadikan sebagai magnet peti ais, bingkai, keychain dan banyak lagi produk yang berasaskan rama-rama. Pelbagai jenis rama-rama yang terdapat di sini seperti Rajah Brooke yang jarang ditemui di sini.

Alamat:  MDCH 3, Batu 43, Green Cow, 39100, Pahang

No. Telefon: 05-496 1364

Kipandi Butterfly Park

Imej via [beautifulkk]

Taman rama-rama ini terletak di Sabah. Taman yang dikelilingi dengan bukit-bukit Banjaran Crocker menjadikan taman rama-rama ini lebih menarik. Taman ini terletak pada ketinggian 700 meter.

Menariknya mengenai taman ini, ia mempunyai lebih 100 spesies rama-rama yang terkenal. Antaranya ialah Troides Brookiana (Raja Brook) dan Troides Amphrysus. Di taman ini juga terdapat lebih 3000 spesies kumbang. Memang berbaloi untuk membawa anak-anak anda ke sini.

Taman ini juga mula mengadakan program bagi sekolah mengadakan lawatan di taman ini. Lawatan ini juga dijalankan secara percuma. Hal ini kerana, program ini ditubuhkan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda agar lebih menjaga hidupan berharga di Sabah.

Alamat:  10 th Floor Phase 1, Wisma Merdeka, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 013-873 9092

Kesimpulan

Jangka hayat rama-rama yang pendek tetapi cukup memberikan senyuman kepada kanak-kanak yang melihatnya sememangnya sangat menarik. Rama-rama sangat membantu bunga-bunga untuk terus segar dan cantik. Jangka hayat rama-rama yang pendek tidak menghalanginya untuk disukai ramai. Disebabkan rama-rama mengambil madu dari bunga, rama-rama biasanya diletakkan di dalam taman yang dipenuhi bunga.

Taman-taman ini juga diwujudkan untuk memberikan pengalaman kepada kanak-kanak mahupun mereka yang suka melihat keindahan rama-rama. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis sepsis rama-rama dan pelbagai corak yang menarik. Rama-rama ini juga dijaga agar sepsis mereka tidak akan pupus ditelan zaman.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.