Negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan salah satunya adalah Kuala Selangor.  Tarikan terbaru di daerah Kuala Selangor yang semakin dikenali kerana alam semulajadinya adalah Kuala Kubu Bharu.

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [fraserhill]

Keunikan Kuala Kubu Bharu sebagai bandar bersejarah dan memiliki keindahan semulajadi menjadikannya sebagai kawasan tumpuan pelancong domestik dan luar. Terdapat 10 lokasi menarik yang boleh anda kunjungi sekiranya anda berkunjung ke Kuala Kubu Bharu.

 

1. Air Terjun Sungai Chilling

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [gokelah]

Air terjun Sungai Chilling ataupun dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chilling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga pada cuti hujung minggu.

Sungai Chilling ini di pelihara oleh Jabatan Perikanan Negeri dan diwartakan sebagai taman alam semulajadi serta perlindungan ikan kelah di dalam usaha memelihara spesis ikan tersebut.

Anda dilarang membawa peralatan untuk menangkap ikan atau memancing di sini. Perjalanan dimulakan dengan menyeberangi lintasan sungai pertama melalui jambatan gantung dan seterusnya menyusuri trek yang di sediakan hinggalah ke Air Terjun Sungai Chilling.

 

2.  Sungai Inki Kalumpang

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [flickr]

Sungai Inki Kalumpang adalah salah satu tempat menarik di Kuala Kubu Bharu yang membolehkan anda rasai sendiri akan kesejukan air sungai pergunungan nan indah. Kemudahan seperti surau, tandas awam, kolam mandi, kafe dan sebagainya turut disediakan.

Aktiviti kekeluargaan seperti hari keluarga dan perkelahan secara berkumpulan ataupun individu amat sesuai dijalankan disini.  Resort ini menyediakan 45 chalet mengikut jenis bajet anda.

 

3.  Lata Makau Kuala Kubu Bharu

tempat menarik di Kuala Kubu Bharu

Imej via [kuala kubu]

jika anda sukakan aktiviti mencabar dan keindahan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Lata Makau Kuala Kubu Baru yang merupakan tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini.  

Selain keluarga dan kawan-kawan, peminat hikers juga pasti akan meminati tempat ini.  Satu kepuasan dan hilang penat apabila sampai di Lata Makau yang cantik ini.  Pasti anda tak sabar lagi untuk berendam dalam air jernih dan sejuk ini.

Air Terjun Lata Makau yang ini terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu Selangor ini merupakan perkampungan orang asli moden.  Anda akan melalui dua jambatan gantung ketika datang ke sini.

 

4.  Sungai Bernam Teratak River

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [astonmartincarmodel]

Sungai Bernam Teratak River atau dikenali sebagai Teratak Riverview Resort merupakan sebuah resort yang dikategorikan sebagai tempat menarik di Kuala Kubu Bharu.

Resort ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tempat berkhemah dan asrama. Selain itu, kemudahan lain seperti dewan,surau dan lain-lain boleh digunakan secara bersama. Penginapan yang disediakan juga agak selesa dan sesuai mengikut bajet.

Aktiviti lain yang boleh di lakukan adalah aktiviti perkhemahan, aktiviti memanah, Motor Atv dan Flying Fork serta jambatan gantung yang merentasi sungai.  Aktiviti luar pula adalah seperti jungle trackking, water rafting, paintball, nightwalk dan bermacam lagi.

 

5.  Kolam Air Panas Hulu Tamu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [SINI 中文版]

Tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini terletak kira-kira 6 km dari Bandar Utama Batang Kali. Jika anda menuju ke Genting Highland melalui Batang Kali pasti anda akan menemui signboard ke Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Badan pasti terasa segar selepas berendam dalam kolam air panas ini. Dengan kolam yang luas dan kehijauan alam semula jadi di sekelilingnya, amat tenang untuk anda luangkan masa di sini.

Dengan penambahan pondok konkrit dan gazebo, secara langsung memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Terdapat juga kemudahan chalet yang ditawarkan sekiranya anda ingin berehat dan bermalam di tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini.

 

6.  Kolam Air Panas Kerling

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [tempatmenarik]

Kolam Air Panas Kerling ini terkenal di Kuala Kubu Bharu sejak dahulu lagi.  Tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini menjadi tarikan pelancong pada hujung minggu terutama dalam kalangan pencinta alam.

Ruang tempat letak kereta yang luas dan kemudahan lengkap memberi keselesaan kepada pengunjung berehat sambil bersantai bersama keluarga selepas menikmati terapi semulajadi di kolam air panas ini.

Pengunjung yang datang boleh mandi atau berendam dan menikmati wap air panas hingga berpeluh secara semula jadi. Bersebelahan dengan kolam air panas, terdapat kolam air cetek sesuai untuk anak-anak.

 

7.  Air Terjun Semangkuk

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [twitter]

Air Terjun Semangkuk sering dikunjungi oleh orang ramai pada siang dan malam hari. Air terjun ini mungkin tidak semeriah sepeti sungai yang lain, namun anda boleh singgah untuk mandi-manda bersama keluarga di sini.

Apa kata sekali-sekala anda berkelah dan berehat sambil menikmati pemandangan tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini. Kawasan mandi-manda di sini lebih kurang keadaannya seperti sungai yang lain, ada tempat berbatu cetek yang sesuai untuk anak-anak kecil dan ada juga tempat lapang terbuka sesuai untuk belia muda-mudi berenang.

 

8.  Bukit Kutu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [astroulagam]

Bukit Kutu mempunyai ketinggian 1053 m dari paras laut dan ketinggian serta tahap kesusahan mendaki bukit kutu ini setaraf dengan gunung. Pendaki baru dinasihatkan agar mendapatkan latihan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pendakian di Bukit Kutu ini.

Terdapat beberapa kesan peninggalan monumen daripada sebuah banglo lama di sini antaranya seperti bekas cerobong asap serta 2 buah perigi lama. Para pendaki harus melalui trek sebelum menyeberangi 2 jambatan sehinggalah menjumpai simpang yang boleh memulakan pendakian.

Aktiviti seperti perkhemahan dan bermalam berbumbungkan langit yang terbentang luas sambil menikmati alam semulajadi sangatlah menyeronokkan.

 

9.  Taman Millenium

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [tourismselangor]

Aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan boleh anda lakukan di tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini. Terbaru, terdapat satu sukan aktiviti luncur udara telah diadakan di sini iaitu Paragliding.

Anda dapat melihat sebuah taman indah beserta sebuah mini stadium serta kelengkapan riadah kelas pertama. Memang tidak dapat di nafikan, landskap dan keindahan alam sememangnya memukau terutama pada waktu pagi.

Suasana yang aman damai serta tiupan angin yang menyegarkan ini harus anda rasai. Justeru, Taman millenium ini tersenarai dalam tempat menarik di Kuala Kubu Bharu yang harus anda kunjungi.

 

10.  Empangan Kuala Kubu Bharu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [foursquare]

Empangan ini mempunyai pemandangan yang cantik dan luar biasa. Terdapat banyak kisah silam dan sejarah mengenai empangan ini di mana suatu ketika dahulu banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor.

Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan tersebut.  Sungai selangor menjadi deras dan kuat yang menyebabkan empangan itu roboh.

Tahukah anda, empangan ini boleh dijadikan lubuk pemancing tegar dalam melakukan aktiviti memancing. Trip memancing sambil bersantai dan bermalam di empangan tersebut boleh dijadikan kenangan manis kerana ia memberikan kelainan terutama suasana dan keseronokan anda.

 

11.  Bandar Kubu Bharu

Imej via [selangorkini]

Bandar Kubu Bharu dikatakan bandar hijau di Selangor. Mungkin kerana bandar ini penuh dengan tumbuhan hijau semulajadi yang segar di sepanjang jalan. Walaubagaimanapun, bangunan kedai seperti bangunan lama sedikit pun tidak memberi kesan kepada pelancong yang datang ke sini kerana kehijauan bandar ini tetap memberi kesan buat mereka.

Anda boleh bersiar-siar di Bandar Kuala Kubu Bharu untuk melihat-lihat deretan kedai yang boleh anda singgah dan menikmati pemandangan. Nak singgah makan di restoran pun boleh ditemui di sini.

 

12.  Perkampungan Orang Asli

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [Emily2u]

Tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini berlokasi di sekitar Jalan Pahang di Selangor. Tempatnya tidak jauh dari Kuala Kubu Bharu. Anda boleh melihat pelbagai aktiviti orang asli yang dilakukan di sini seperti cara penyediaan makanan, cara pemakaian dan lain-lain lagi.

Apa kata anda terokai kampung orang asli ini sambil mempelajari gaya kehidupan mereka sekaligus merakam kenangan indah anda di sini.

 

13.  The Stick, Kuala Kubu Bharu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [pokokkelapa]

The Stick yang merupakan sebuah resort indah di Kuala Kubu Bharu membolehkan anda menginap dan merancang percutian anda di sini dengan lebih lama. Resort yang berasal dari kawasan bijih timah dan menggunakan kuasa solar untuk kuasa elektrik ini amat indah dan mempunyai khazanahnya yang tersendiri.

Anda boleh bermandi-manda di Sungai Meranti yang berdekatan resort sepanjang berada di sini. Menaiki titi gantung juga amat menyeronokkan dan mencabar kerana anda akan berada di atas jeram dan sungai. Anda boleh memilih tujuh jenis penginapan yang ditawarkan di sini.

Antara penginapan di sini adalah Opera House, Bamboo Chalet,Serengeti Tent, Riverside Tendok, Bench Tendok, First Tendok dan Reading Rock Tendok.

 

14.  Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [peskubu]

Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu dibina untuk generasi semasa dan akan datang bagi mengenali lebih lanjut lagi akan sejarah daerah Kuala Kubu Bharu.  Ia adalah tempat menarik di Kuala Kubu Bharu untuk anda lawati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pelbagai maklumat boleh anda dapati di sini. Seolah-olah seperti muzium, namun galeri ini khas mendedahkan tentang kawasan Kuala Kubu Bharu sahaja. Menariknya! Pilihan untuk berkunjung ke tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini memang sesuatu yang menyeronokkan.

 

15.  Dataran Kuala Kubu Bharu

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej [fraserhill]

Tidak salah untuk singgah ke tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini sekiranya tiba daerah Kuala Kubu Bharu. Dataran Kuala Kubu Bharu ini bukan sahaja membolehkan anda menikmati pemandangan indah nan hijau, tetapi anda boleh singgah ke gerai-gerai makan berdekatan sini sebelum anda memulakan perjalanan untuk ke destinasi anda seterusnya.

Kebanggaan penduduk Kuala Kubu Bharu jelas terserlah dengan kecantikan dan kebersihan kawasan dataran ini dijaga rapi dan baik sekali. Udara di sini juga nyaman sesuai untuk anda bersantai seketika.

tempat menarik di kuala kubu bharu

Imej via [lokalocal]

Ambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pekan bandar Kuala Kubu Bharu yang semakin cantik dengan kreativiti anak muda yang menghasilkan lukisan grafiti di bangunan tinggalan.  Tarikan untuk pengunjung datang berkunjung ke tempat menarik di Kuala Kubu Bharu sememangnya tidak dinafikan lagi. 

Usai berkunjung ke Kuala Kubu Bharu dan memerlukan tempat menarik untuk anda lawati, jom baca tempat menarik di Kuala Besut dan tempat menarik di Sungai Lembing pula.

 

Rujukan:

  1. Foursquare
  2. Travelblog.expedia
  3. Malaysiavacationguide

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.