Kuantan 188 merupakan bangunan ikonik warga Pahang yang merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di pantai timur dengan ketinggian 180 meter. Menara ini berada di tebing Sungai Kuantan, Pahang.

Kuantan 188 dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kolaborasi bersama kerajaan negeri Pahang, menara ini telah siap dibina pada September 2019 dan telah dirasmikan pada Februari 2022.

Pada asalnya menara ini dinamakan sebagai Menara Teruntum namun telah ditukar kepada Kuantan 118 dan yang pasti lebih banyak tarikan menarik buat pelancong tempatan mahupunluar negara.

Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan bersama keluarga di sekitar menara ini seperti skywalk, menaiki lift kaca dengan ketinggian 104 meter serta melihat pemandangan 360 darjah sekitar Bandar Kuantan serta Laut China Selatan yang mengagumkan.

Kuantan 188 International Extreme Challenge

Berita menarik buat bakal pengunjung Kuantan 188, festival Kuantan 188 International Extreme Challege akan diadakan selama 9 hari iaitu bermula 27 Ogos 2022 hingga 4 September 2022.

Ia diadakan sempena pelancaran aktiviti mencabar terbaru di menara ini iaitu aktiviti ‘base jump’ yang melibatkan pengunjung dari pelbagai latar dan segenap lapisan umur.

Banyak aktiviti menarik dan mencabar diadakan mengikut jadual sepanjang festival ini berlangsung. Nak tahu aktiviti apa yang boleh anda sertai? Layari laman web Kuantan 188 atau Facebook Kuantan 188!

Jangan ketinggalan untuk menyertainya kerana banyak aktiviti menarik menanti anda untuk semua peringkat umur termasuklah paintball, aerobik, zipline dan hammock zone. Buat anda yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar, ini peluang untuk anda mampamerkan bakat anda!

Nak bersantai pun boleh! Ada pertunjukan base jump dan anda boleh membeli-belah di kawasan Merdeka bazaar. Nak beli cenderemata, makanan dan minuman, aksesori semuanya ada di sini!

Pelbagai kemudahan awam disediakan termasuklah tandas, surau, restoran dan parkir. Jadi anda tak perlu risau jika anda ingin menikmati masa anda sepanjang hari di sini!

Paling menarik, aktiviti kemuncak iaitu Pesta Kuantan 188 akan diadakan pada 3 September 2022 bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam. Nikmati persembahan terbaik dan gempak dari barisan artis terkenal Malaysia seperti Aina Abdul, Raihan, Joe Flizzow, Man Bai dan ramai lagi!

Untuk menyertai Pesta Kuantan 188, bayaran tiket akan dikenakan namun anda tak perlu risau kerana harganya serendah RM 58 sahaja! Jom dapatkan sekarang kerana tiket sangat terhad. Cara untuk mendapatkan tiket senang sahaja, hubungi nombor +609 513 5821 atau +609 531 5921.

Menarikkan aktiviti sepanjang festival Kuantan 188 International Extreme Challenge ini? Jom rancang perjalanan anda ke sini dan uji keberanian anda dengan pelbagai aktiviti mencabar.

Jangan lupa ajak pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk turut merasai kemeriahan Kuantan 188 International Extreme Challenge!

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.