Pulau Kapas adalah sebuah pulau indah yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Marang, Terengganu. Namanya merujuk kepada pantai putih pulau dimana pantai tersebut warnanya putih seperti kapas.
Pulau ini mempunyai hutan tropika, air laut yang jernih, pantai pasir putih dan terumbu karang di perairan sekitarnya. Untuk ke sini, anda boleh menaiki feri dari Marang. Jom lihat tempat menarik di Pulau Kapas tarikan pengunjung.
Imej via [tripadvisor]
Kakitangan di sini sentiasa melakukan yang terbaik untuk membuat setiap tetamu yang datang berasa selesa dan mendapat pengalaman yang manis. Makanan yang disediakan pula amat lazat dan dimasak di rumah mereka.
Qimi Chalet adalah salah satu chalet yang menjadi tarikan utama pelancong yang hadir ke Pulau Kapas. Dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan serta pemandangan laut yang menakjubkan, ia juga akan memberi kenangan yang indah untuk anda. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti snorkeling, selaman skuba, jungle tracking dan banyak lagi.
Imej via [bulatbujur]
Tempat menarik di Pulau Kapas ini memerlukan anda menaiki ‘Speed Boat’ dari jeti Marang. Resort ini menyediakan aktiviti luar dan marin yang sangat menarik. Antaranya snorkeling, bola tampar, bola sepak pantai, memancing, berkayak, dan mencandat sotong.
Harga ditawarkan adalah mengikut pakej. Apa yang bestnya, makanan disediakan oleh resort ini. Selain itu, peralatan dan kelengkapan snorkeling juga disediakan oleh pihak resort ini.
Imej via [facebook]
Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kemudahan asas seperti dewan seminar, kafe, dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan berdasarkan pakej yang diambil. Biasanya untuk bilik yang berpenghawa dingin, dikenakan caj serendah RM185 sahaja.
Imej via [pulaumalaysia]
Lokasi kafe ini berdekatan dengan Ombak Kapas Island Beach Resort. Ramai pengunjung mengatakan makanan di sini amat sedap dan menyelerakan. Harga yang dikenakan adalah sedikit mahal berbanding di darat, maklumlah ini merupakan sebuah pulau!
Imej via [tripadvisor]
Harga yang dikenakan adalah berdasarkan pakej dan jenis bilik. Bilik-bilik di chalet ini sangat asas tetapi semuanya mempunyai tempat mandi yang sangat selesa. Siap ada pancuran mandi lagi.
Tempat menarik di Pulau Kapas ini amat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Udaranya juga sangat sejuk dan restoran di chalet ini terdapat dengan pemilihan makanan ala-ala Eropah dan makanan tempatan.
Imej via [ibiblio]
Imej via [amitravel]
Aquasport Divers adalah satu-satunya pusat menyelam di Pulau Kapas dan salah satu pusat menyelam terkemuka di Malaysia. Ia menjadi salah satu tempat percutian kegemaran para penyelam untuk menikmati pemandangan bawah air di sekitar kawasan Asia Tenggara.
Boleh dikatakan tempat menarik di pulau kapas ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan penyelam yang inginkan pengalaman yang eksklusif.
Imej via [facebook]
Jika nak menginap di sini, pastikan bawa kelengkapan mandi sebab ramai yang kata ubat gigi dan sabun tidak cukup. Ia adalah tempat menarik di Pulau Kapas yang boleh anda singgah bermalam dan bermain aktiviti air di pantai.
Imej via [trailsurfers]
Imej via [tripadvisor]
Imej via [google]
Kemudahan resort termasuk 60 unit chalet kayu yang direka khas, dua buah asrama, sebuah kolam renang dan sebagainya. Resort ini dikendalikan oleh syarikat Bumiputra milik swasta di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan.
Antara tarikan menarik di sini adalah berkayak, selaman skuba, sukan luar dan sebagainya. Anda juga boleh mencandat sotong dan memancing.
Imej via [jonesaroundtheworld]
Selain berkhemah, terdapat juga aktiviti lain boleh anda lakukan di tempat menarik di Pulau Kapas ini seperti snorkeling, aktiviti sukan luar dan sebagainya. Ruang mandi dan tandas juga disediakan.
Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Gaya yang meliputi resort, tempat makan dan bersiar-siar. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Gaya, tempat menarik di Pulau Kukup, tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu dan tempat menarik di Pulau Karimun.