Pulau Duyong adalah pulau sungai di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu. Sebelum ini, ia dibahagikan kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil. Akibat pemendapan dan penambakan telah menyatukannya serta mengubah garis pantai dengan ketara.

Pulau Duyong pernah menjadi kediaman ulama Tok Syeikh Duyong yang dihormati oleh istana serta rakyat dan keturunannya, serta merupakan tempat belajar agama Islam baginya.

Kota Lama Duyong adalah sisa zaman peninggalannya. Disebabkan bentuk geografi dan kepentingan lokasi dari segi agama, Pulau Duyong telah dirujuk sebagai lidah Terengganu.  Jom kami kongsikan 10 tempat menarik di Pulau Duyong.

1.  Masjid Pulau Ketam

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [readymap]

Masjid ini dikatakan antara masjid yang terbaik di Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Ia terletak di Pulau Duyong. Masjid ini amat bagus dari segi kebersihan dan pentadbirannya. Jadi bagi anda yang datang ke Pulau Duyong ini, bolehlah singgah ke Masjid Pulau Ketam ini.

2.  Restoran Shifaa Tomyam Ala Thai

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej [google]

Tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu ini sangat sesuai dikunjungi ketika perut lapar. Ia merupakan sebuah restoran yang menyediakan masakan ala Thailand.

Antara menu yang terdapat di sini adalah tom yam, paprik dan sebagainya. Nak rasa kesedapan makanan thai di Pulau Duyong, wajiblah datang ke sini! 

3.  Bot Tradisional Duyong

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [buletinonline]

Pulau Duyong juga terkenal dengan Syarikat Membuat Bot Tradisional. Ianya terletak di pinggir sungai Terengganu. Boleh dikatakan bahawa ianya juga merupakan tradisi masyarakat tradisi Pulau Duyong.  Sejarah telah mebuktikan bahawa Terengganu sangat terkenal dengan tradisi pelayar sejak dari dulu lagi.

Di samping menjadi pusat perkembangan agama Islam, Terengganu juga merupakan antara tempat perdagangan yang penting bagi kawasan Pantai Timur Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Oleh itu, bot atau kapal merupakan alat perhubungan terpenting yang menjadi nadi perkembangan perdagangan dan perhubungan ketika dahulu.

Pembuatan Bot dan Perahu tradisional ini terletak di Pulau Duyong. Di Pulau Duyong Besar, terdapat dua bangsal pembuatan bot yang sangat terkenal di seluruh dunia. Bangsal itu adalah iaitu milik Pak Lah dan Hassan Ali.

4.  Jeti Pulau Ketam

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [findglocal]

Jeti Pulau Ketam juga merupakan tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu.  Biasanya banyak aktiviti yang dilakukan di sini, antaranya memancing dan bersantai. Selain itu, ia turut digunakan untuk aktiviti nelayan dan sebagainya. 

5.  Jambatan Sultan Mahmud

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [wikipedia]

Jambatan Sultan Mahmud adalah jambatan yang terletak di tengah-tengah sungai Terengganu. Jambatan ini juga dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong.

Jambatan ini juga menjadi tempat tumpuan untuk acara tahunan seperti acara Larian Antarabangsa Sultan Mahmud pada tahun 2019.

6.  Duyong Marina & Resort

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [agoda]

Duyong Marina & Resort ini terletak di Pulau Duyong. Ia mengambil masa kira-kira 7 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu. Resort ini mempunyai kolam renang luaran, bilik kecergasan dan Wi-Fi percuma.

Bilik-bilik di Duyong Marina & Resort mempunyai TV 32-inci, mini Hi-Fi dan pemain DVD. Bar mini dan kemudahan membuat teh atau kopi juga disediakan oleh pihak resort ini. Para tetamu boleh menikmati pelbagai rawatan badan dan wajah di spa resort ini.

Para tetamu juga boleh menikmati permainan bola tampar yang menyeronokkan. Resort ini menyediakan laluan pelayaran sungai di sekitar pulau dengan bayaran harga mampu milik. Tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu yang menghadap ke Laut China Selatan ini menawarkan hidangan tempatan dan barat.

Tetamu boleh pergi ke Bytes Café untuk hidangan snek ringan atau melawat Oasis Karaoke Lounge untuk makan malam barbeku sambil berkaraoke.

7.  Jeti Terminal Pulau Duyong

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [unikversiti]

Tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu ini membolehkan anda menikmati permandangan panorama laut yang sangat indah. Ia terletak di Pulau Duyong Kecil. Anda juga berpeluang melihat kapal atau bot berlabuh di jeti ini.

8.  Medan Selera Ikan Bakar Zamri

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [foursquare]

Jika anda mencari tempat terbaik yang menyediakan makanan berasaskan laut, anda boleh datang ke tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu ini. Boleh dikatakan restoran ikan bakar yang terbaik di Pulau Duyong ini. Jadi jika anda ingin makan makanan yang sedap, bolehlah datang ke restoran ini.

 

9.  Muzium Pulau Duyong

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [tripadvisor]

Dibina pada asalnya pada tahun 1920 oleh pemilik dan pemimpin tempatan iaitu Dato’ Biji Sura. Bangunan itu menggabungkan seni bina kayu tradisional Melayu dengan gaya Eropah. Dinding tebal di sekeliling bangunan itu, dipercayai telah dibina daripada bata dan disemen dengan ramuan pasir halus, kapur, madu dan putih telur.

Di dalamnya adalah kompleks rumah yang saling terhubung dalam pelbagai gaya senibina Terengganu seperti bumbung berkaki, bumbung lima rabung, dan bumbung Belanda.

Unsur-unsur seperti penuaian air hujan melalui perancangan seni bina yang ringkas, dan beberapa ciri yang mengagumkan untuk dikagumi oleh masyarakat kita pada hari ini. Pada tahun 1986, banjir besar telah merosakkan sebahagian besar rumah. 

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [malaisie2011.canalblog]

Kini, negeri Terengganu telah berusaha untuk mengembalikannya ke bentuk asalnya dan membukanya sebagai muzium warisan di bawah naungan Muzium Negeri Terengganu.

Masuk adalah percuma, tetapi jangan mengharapkan muzium yang lengkap ketika anda masuk. Paparannya adalah sederhana, tetapi cukup untuk memberi anda gambaran ke dalam gaya hidup semula pada zaman dahulu.

10.  Awi Yellow House

tempat menarik di pulau duyong terengganu

Imej via [bharian]

Awi Yellow House terletak di Sungai Terengganu di Pulau Duyong. Ia adalah beberapa chalet yang dibina secara praktikal oleh pemiliknya. Ia sering dikunjungi oleh pelancong yang kebanyakannya tinggal untuk tempoh yang lama di sini. 

Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu tarikan pelancong yang boleh anda lawati. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Kukup, tempat menarik di Pulau Karimun, tempat menarik Pulau Cebu Filipina dan tempat menarik di Pulau Ketam.

Rujukan

  1. tourism
  2. pulauduyong
  3. denai

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.