Ramai yang tidak mengenali Vienna, sebuah bandar yang merupakan salah sebuah ibu negara Austria. Ia merupakan salah satu negeri dari sembilan negeri dalam negara Austria. Bandar utama Austria ini merupakan kawasan metropolitan terbesar yang meliputi kawaasn politik, kebudayaan dan ekonomi.  Austria terletak bersempadan dengan Slovakia, Hungary dan Republik Czech.

Sejak dahulu lagi, Vienna Austria terkenal sebagai pusat muzik terkemuka di Eropah dan digelar bandar muzik. Ia juga kaya dengan nilai sejarah seperti seni bina menarik yang boleh anda saksikan di sini. Antaranya adalah taman-taman dan istana-istana Baroque. Terdapat banyak tempat menarik di Vienna Austria ramai tak tahu.

Mungkin jika sudah mengenali tempat percutian ini, anda tak sabar-sabar lagi untuk jejakkan kaki ke sini. Jom lihat antara tempat menarik di Austria!

1.  The Vienna Naschmarkt

tempat menarik di vienna austria

Imej via [wien]

Sejak abad ke-18, pasar Vienna ini sudah dibuka untuk penduduk tempatan dan juga pengunjung dari luar.  Anda boleh ke sini setiap hari kecuali hujung minggu.  Terdapat aneka makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi dijual di sini boleh anda dapatkan. Ia tidak hanya barangan tempatan, tetapi juga yang diimport dari luar negara.

Di pasar ini juga, anda berpeluang ke restoran atau kafe berdekatan untuk menikmati menu khas Vienna. Terdapat juga makanan Vietnam, India dan Italia yang boleh anda cuba di sini.

2.  Hofburg Imperial Palace

tempat menarik di vienna austria

Imej via [planetware]

Bangunan Hofburg Imperial Palace ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri suatu masa dahulu dan kini, sebahagiannya telah menjadi Istana Presiden Austria manakala sebelahnya pula dijadikan muzium. Anda boleh melawat tempat menarik di Vienna Austria ini dari luar dan dalam.

Kemudahan audio guide diberikan untuk memperdengarkan akan sejarah istana ini kepada anda. Istana yang dibina pada abad ke-13 ini sangat besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti imperial apartment, muzium dan imperial silvery collection. Anda akan melihat seni bina serta perabotnya yang asli masih kekal,  +/-300 barang koleksi peribadi Ratu Elizabeth,  koleksi barang kerajaan seperti peralatan rumah, koleksi barang yang diperbuat dari emas, perak dan keramik-keramik serta banyak lagi.

3.  Rathaus Vienna

tempat menarik di vienna austria

Imej via [interest]

Tempat menarik di Vienna Austria ini terletak di Vienna’s Ringstrasse dan merupakan sebuah bangunan seakan dewan. Anda boleh menyaksikan patung Rathausmann yang terdapat di salah satu menara yang amat tinggi sekali. Ia merupakan salah satu simbol bagi Kota Vienna.

Selain melihat keunikan seni bina bangunan Rathaus Vienna ini, anda boleh masuk ke dalam untuk melihat-lihat.  Datanglah ke sini pada pertengahan bulan November sehingga hari Natal, kerana terdapat Market Krismas diadakan di depan Rhataus ini.

4.  Museums Quartiers Vienna

tempat menarik di vienna austria

Imej via [citi]

Muzium Quartiers Vienna merupakan sebuah muzium terbesar di dunia yang menjadi tarikan ramai pelancong. Sebuah kompleks bangunan bersejarah yang juga berperanan sebagai tempat festival atau acara kebudayaan ini telah ditubuhkan seawal abad ke-18 dan 19.

Dalam muzium ini, ia umpama kompleks yang penuh dengan kedai cenderamata dan hadiah, kafe serta restoran dan juga terdapat courtyard luas di tengah kompleks.  Untuk pengetahuan anda, biasanya courtyard dijadikan tempat persembahan, pertunjukan ataupun sekadar tempat berehat sebentar untuk anda.

Antara muzium yang terdapat dalam Muzium Quartiers Vietnam adalah Leopold Museum, Mumok, Quartier21, Muzium Zoom Kinder dan juga muzium ArchitekturZentrum. Pada bahagian Mumok, beberapa hasil karya seni aliran Classic Modernisme, Fluxus, Pop Art dan Viennesse Actionism turut dipamerkan.

5.  Stephansplatz & Stephansdom

tempat menarik divienna austria

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Vienna Austria ramai tak tahu juga adalah Stephansplatz dan Stephansdom.  Ia berada di tengah-tengah kota dan dikelilingi oleh pusat perbelanjaan kelas menengah hingga atas. Stephansplatz adalah laluan di tengah kota yang di sebelahnya adalah Gereja Stephansdom atau St. Stephan’s Cathedral. Ia merupakan sebuah gereja yang tertinggi di Eropa.

6. Schönbrunn Palace

tempat menarik di vienna austria

Imej via [getyourguide]

Schönbrunn Palace membolehkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam dan keindahan alam semulajadi seperti taman, air pancut serta kebun haiwan di sini. Dahulunya, istana ini adalah tempat tinggal bagi keluarga dinasti Hapsburg yang merupakan pemerintah kerajaan Austria terdahulu.

7.  Palm House

tempat menarik di vienna austria

Imej via [tripadvisor]

Palm House Vienna ini merupakan satu tempat yang menempatkan pelbagai koleksi botani terbesar di dunia. Segala koleksi botani ini amat bernilai dan sukar untuk anda temui.  Antaranya adalah tumbuh-tumbuhan tropika dan semi tropika, bunga-bunga yang unik dan berwarna-warni dan banyak lagi. Kelihatan bunga-bunga yang tumbuh di atas tanah juga di sini.

Palm House dibahagikan kepada beberapa zon berbeza iaitu suhu dan kelembapan berbeza.  Untuk masuk ke sini, anda perlu membuat bayaran yuran yang agak berpatutan dan mampu milik.

7.  Vienna State Opera

tempat menarik di vienna austria

Imej via [flickr]

Menonton opera di Vienna State Opera boleh dijadikan aktiviti menarik anda di Vienna Austria.   Untuk pengetahuan anda, anda menonton Opera kelas dunia di Vienna ini dengan harga yang amat berpatutan sekali dan tidak terlalu mahal. Kualitinya juga amat tinggi sekali dimana ia juga turut mengambil masa selama 3 hingga 4 jam untuk opera tersebut. Apa kata anda jadikan tempat menarik di Vienna Austria ini sebagai salah satu tentatif pelancongan anda!

8.  Mariahilfer Strasse

tempat menarik di vienna austria

Imej via [1000things]

Tempat menarik di Vienna Austria ini merupakan kawasan membeli-belah yang meliputi jalan terpanjang di Vienna.  Anda boleh berkunjung ke kedai pakaian, kedai buku, barangan aksesori, department store dan banyak lagi di sekitar sini. Jika lapar, singgahlah di mana-mana restoran atau kafe yang turut berada di sepanjang jalan Mariahilfer Strasse ini.

9.  Heumarkt

tempat menarik di vienna austria

Imej via [wienerbezirksblatt]

Heumarkt adalah seakan-akan pasar tradisional yang berada di tengah kota dan mudah untuk anda tiba di sini. Ia berdekatan dengan hotel-hotel kota dan bangunan yang indah boleh anda temui. Pelbagai barangan yang dijual di sini diletakkan dengan harga yang agak murah. Di hadapannya pula, terdapat beberapa supermarket yang boleh anda singgah. Sekiranya anda seorang yang suka membeli-belah, anda harus kunjungi ke tempat menarik di Vienna Australia ini.

10.  Karlskirche

tempat menarik di vienna austria

Imej via [wien]

Ramai pengunjung gemar berkunjung ke Karlskirche terutamanya pelancong asing. Pemandangan di sekitar taman yang mempunyai bunga tulip dan kawasan ini amat menarik. Anda boleh mengambil gambar bersama bangunan Karskirche  yang telah dibangun pada 1737 ini. Ia telah didedikasikan kepada St. Charles Borromeo. Ukiran dan seni bina bangunan ini sememangnya English Style dimana ia sangat cantik dan kemas

11.  Parlemen Austria

tempat menarik di vienna austria

Imej via [gatra]

Bangunan unik yang ditubuhkan sejak tahun 1918 ini berbentuk gaya Yunani dari kolom Corinthian.  Ia dinamakan Parlemen Austria dan merupakan tempat bersejarah yang boleh anda lawati.  Anda boleh melihat keindahan air pancut iaitu Pallas Athene Fountain dan patung yang mempunyai ketinggian 4 meter bersama dengan helm sepuhan serta tombak. Terdapat juga corak atau simbol Elbe, Sungai Danube, Moldau dan Inn.

12.  Prater Park

tempat menarik di vienna austria

Imej via [getyourguide]

Prater Park adalah tempat menarik di Vienna Austria yang berkonsepkan taman tema permainan dan hiburan.  Anda boleh bermain pelbagai aktiviti outdoor di sini seperti roda putar, gelongsor dan banyak lagi aktiviti. Ia bagaikan sebuah funfair untuk anda berseronok.

Anda pasti tidak menyangka bawaha taman permainan ini berusia sejak 200 tahun lalu, sangat lama kan? Permainan yang disediakan ini juga terbuka untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Jika anda bosan dan tidak tahu hendak ke mana, kunjunglah ke Prater Park ini.

13.  Graben & Plague Monument

tempat menarik di vienna austria

Imej via [voyages]

Jika ingin berjalan-jalan di sekitar bandar Vienna, anda boleh ke Graben. Graben adalah sebuah jalan bersejarah yang khas dibina untuk pejalan kaki sahaja.  Tempat menarik di Vienna Austria ini telah wujud sejak zaman romawi kuno lagi. Pada tahun 1200an, ia telah dijadikan pusat perdagangan dan pusat perbelanjaan. Anda juga boleh melihat sebuah monuman iaitu Plaque Monument sebagai simbolik tempat ini. Nak ambil gambar di tempat bersejarah ini, pastikan ia menjadi latar belakang gambar anda!

14.  Vienna’s Ringstrasse

tempat menarik di vienna austria

Imej via [properbuz]

Tempat menarik di Vienna Austria boleh anda lawati juga adalah Vienna’s Ringstrasse. Kebanyakan bangunan di Vienna ini berkisarkan sejarah zaman dahulu, begitu juga dengan Vienna’s Ringstrasse.  Ia dibangunkan pada tahun 1860-1890 dan memiliki konsep unik dari Flemish Gothic, Neo-Renaissance, sehinggalah kepada gaya Gothic Baru. Dengan berkunjung ke sini, anda boleh membaca sejarah lama dan menghayati sendiri akan tempat ini.

15.  Lower Belvedere Dan Upper Belvedere

tempat menarik di vienna austria

Imej via [pinterest]

Merupakan dua buah kompleks istana. Upper Belvedere dan Lower Belvedere merupakan 2 buah kompleks istana yang terletak secara berdekatan.  Ia adalah bangunan bergaya Barok yang terbaik di dunia.  Di sini, anda berpeluang untuk melawat bangunan seni ini sekaligus melihat lukisan yang dipamerkan di galeri lukisan kerajaan.

Upper Belvedere ini adalah sebuah galeri lukisan yang memaparkan hasil lukisan terkenal seperti karya dari Gustav Klimt  yang merupakan salah seorang seniman Austria. Salah satu lukisan karyanya adalah “The Kiss”.   Tempat menarik di Vienne Austria ini telah ditubuhkan pada abad ke-18 yang telah dijadikan sebagai tinggal musim panas oleh Pangeran Eugene dari Savoy.

Terdapat beberapa ruangan boleh anda singgah di istana ini seperti Carlone Hall, Marble Hall dan juga Sala Terrena.  Terdapat sebuah taman di belakang Upper Belvedere yang digelar Garden Hall.  Selain itu, Lower Belvedere pula adalah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi barang kerajaan.

16.  Albertina Museum

tempat menarik di vienna austria

Imej via [travel]

Muzium Albertina ini mempamerkan beberapa karya seni terbaik di dunia yang pelbagai seperti fotografi, gambar arkitektural, lukisan impresionis, hasil kerja grafik moden dan karya Renoir, Degas, Cezanne, Edvard Munch, Henri Matisse, Marc Chagall, Monet hingga Picasso. Selain melihat koleksi di muzium ini, anda boleh bersantai di sini bersama kawan-kawan dan keluarga. Sungguh bangunan jenis ini amat unik dan sukar didapati di negara kita.

Itulah dia 16 tempat menarik di Vienna Austria yang ramai tak tahu. Pilihlah mana-mana destinasi percutian yang anda suka dan berkunjunglah ke sini. Jom baca juga tempat menarik di San Francisco, tempat menarik di Rome, tempat menarik di Ubud Bali dan tempat menarik di Uzbekistan.

Rujukan:

  1. mytrip
  2. winnymarlina
  3. techraveller

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.