Jom kita terjah tempat menarik di Selangor. Selangor merupakan antara negeri yang maju di Malaysia. Walaupun kemajuan dan kemodenan melanda negeri Selangor, tetapi negeri ini masih mempunyai nilai-nilai tradisional. Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Negeri Selangor.

Bukan sekadar pantai-pantai untuk berkelah bersama keluarga, tetapi juga ada tempat bersejarah, ada tempat hiburan sekeluarga serta tempat-tempat pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak. Jom kita lihat 17 tempat menarik di Selangor yang boleh anda kunjungi bersama keluarga.

1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Imej via alamhomestay

Tempat ikonik untuk negeri Selangor. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini merupakan masjid Negeri Selangor. Ia juga turut diberi nama sebagai masjid biru. Senibina masjid yang pernah memegang rekod dunia sebagai masjid yang memiliki menara tertinggi pada tahun 1993 ini adalah kombinasi rekabentuk tradisional Islam Melayu, Asia Barat, Barat dan India. Jika anda ke Shah Alam, memang wajib singgah ke masjid ini bukan sahaja untuk solat tetapi juga untuk melihat dengan lebih dekat lagi keindahan senibina masjid ini. Anda pasti terpesona.

Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

2) I-City

I-City
Imej via selangor.attractionsinmalaysia

Merupakan tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak. I-City pada asalnya terkenal dengan pohon maple dan pine palsu dan bunga-bunga lampu LED pada waktu malam. Kecantikan taman ini sangat terserlah pada waktu malam kerana limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni mengelilingi pokok2 buatan dan juga arca haiwan-haiwan. Namun begitu, bukan setakat taman yang berwarna-warni sahaja yang jadi tarikan di sini. Ada banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Antara yang menarik di i-City Shah Alam ialah:

  • Snowalk adalah sebuah bilik yang dipenuhi dengan ais dan salji buatan. Memang sejuk sangat dalam Snowalk. Anda akan dibekalkan dengan jaket dan juga sarung tangan. Acah-acah fefeeling di luar negara bermain salji. Harga tiket waktu siang: Dewasa RM25, kanak-kanak RM20. Manakala harga tiket malam: Dewasa RM35, kanak-kanak RM30.
  • Trick Art Museum adalah sebuah galeri seni yang mana anda boleh bergambar sakan di sini dengan pelbagai aksi rare. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15, manakala kanak-kanak RM 15.
  • Taman tema air i-City. Mesti syok anak-anak dapat bermandi-manda di sini. Harga tiket untuk dewasa adalah RM35, manakala kanak-kanak RM 25.
  • Red Carpet adalah sebuah muzium lilin. Harga tiket untuk dewasa adalah RM35, manakala kanak-kanak RM 30.
  • Space Mission iaitu sebuah galeri angkasawan. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15, manakala kanak-kanak RM 15.
  • House of Horror pula adalah rumah hantu. Siapa yang berani dan tidak ada masalah sakit jantung, bolehlah bawa keluarga berhibur di sini. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15, manakala kanak-kanak RM 15.

Lokasi: I-City, Seksyen 7, Shah Alam

3) Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Imej via mdfaiez84

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di dalam bangunan kolonial klasik hasil idea A.B. Hubback pada tahun 1909. Galeri ini menyimpan kisah kehidupan Sultan Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor yang ke-8 pada tahun 1960 dan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada tahun 2001. Anda dapat melihat pelbagai koleksi peribadi menarik Diraja termasuklah replika mahkota Diraja Selangor.

Lokasi: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00pagi – 5.00petang) | Isnin, Cuti Umum (Tutup)

4) Pantai Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang
Imej via star2

Walaupun Negeri Selangor kurang terkenal dengan pantainya, tidak seperti Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan. Tetapi, Negeri Selangor juga memiliki beberapa pantai yang meriah dikunjungi pengunjung.

Salah satu pantai di Negeri Selangor adalaha Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang. Pantai ini cukup lengkap dengan fasiliti penting dan ia sesuai untuk anda datang bersama keluarga di hujung minggu untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti ber’bbq’, berkelah, bermain pasir, bermain layang-layang, dan bermacam lagilah.

Kawasan pantai ini agak luas, jadi anda boleh bersukan dan berkhemah di sini. Di tepi-tepi jalan sepanjang pantai ini juga terdapat gerai-gerai jualan serta resort dan chalet yang membuatkan pantai ini meriah.

Lokasi: Pantai Bagan Lalang, 43950 Sepang

5) Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands
Imej via sayadankamerasaya

Paya Indah Wetlands merupakan kawasan tanah lembab buatan manusia yang terhasil selepas dijadikan kawasan perlombongan bijih timah. Penggalian tanah dari perlombongan ini menghasilkan tasik yang kini menjadi habitat bagi pelbagai jenis ikan, tumbuh-tumbuhan seperti teratai dan juga haiwan seperti badak air dan buaya. Kalau anda ke sini, anda dapat melakukan beberapa aktiviti menarik seperti menikmati pemandangan daripada menara pemerhati yang memberikan anda panorama sekitar kawasan di sini.

Kawasan hutan di sekitar Paya Indah Wetlands ini telah membuatkan burung-burung bersarang di sini. Dianggarkan terdapat dalam 213 jenis burung yang menjadikan Paya Indah Wetlands sebagai habitat mereka. Selain memerhati burung, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga adalah berbasikal, berkayak, memancing dan memberi makan kepada badak-badak air dan buaya yang terdapat di tasik ini.

Lokasi: Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Km 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (7.30pagi – 7.00petang) | Jumaat (Tutup dari 12.15tengah hari – 2.45petang)

6) Kuan Wellness Eco Park

Kuan Wellness Eco Park
Imej via star2

Kuan Wellness Eco Park terletak di Tanjung Sepat. Ia merupakan sebuah destinasi pelancongan untuk mendekati alam semulajadi yang sangat menarik untuk dilawati. Dengan keluasan sebesar 5 ekar, taman ekologi ini menempatkan 3 1/2 tingkat rumah burung layang-layang yang dikelilingi oleh ladang buah-buahan tropika dan ladang kelapa sawit.

Di samping itu, anda juga dapat melihat galeri burung layang-layang, mendapat pengetahuan tentang penghasilan sarang burung, melawat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan dan banyak lagi tarikan menarik yang terdapat di sini.

Lokasi: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (9.00pagi – 7.00malam) | Isnin – Jumaat (Tutup)

Harga tiket: Mini Zoo RM5 | Swiftlet Home RM3

7) Pantai Morib

Pantai Morib
Imej via atukblogger

Antara pantai yang popular di Negeri Selangor adalah Pantai Morib. ia merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Kalau anda berniat ke sini, anda boleh merancang beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menjamu selera di kedai-kedai seafood yang terdapat di sekitar, dan juga memancing ikan pada waktu air surut.

Bukan itu sahaja, kalau anda nak tahu, Pantai Morib ini juga menyimpan sejarah yang mana ia menjadi kawasan pendaratan askar British sewaktu perang dunia ke-2 untuk menyerang tentera Jepun. Anda sekeluarga dapat melihat monumen kecil di tepi pantai ini yang menerangkan peristiwa bersejarah ini.

Selain itu, berdekatan pantai Morib ini juga terdapat sebuah resort iaitu Gold Coast Morib yang mempunyai taman tema airnya sendiri. Dah alang-alang sampai ke Morib, bolehlah bermalam di sini semalam dan bermandi-manda di taman tema air ini.

Lokasi: Pantai Morib, 42700 Banting, Selangor

8) Sunway Lagoon

Sunway Lagoon
Imej via orangesmile

Taman tema air yang terkenal Sunway Lagoon ini terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya. Tarikan yang terdapat di sini bukan hanya water park malahan anda tidak patut melepaskan peluang berseronok dengan aktiviti lain yang bertaraf dunia seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Sehari memang rasa tak cukup untuk melakukan segala aktiviti yang terdapat di sini. Jadi, anda harus datang awal agar boleh luangkan masa yang lebih lama di sini. Lebih bagus kalau anda dapat grab promosi pakej tiket yang membolehkan anda dapat express lane iaitu anda tak terplu beratur untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sini. Dah dapat jimat masa.

Di sebelah Sunway Lagoon ini terletaknya sebuah shopping mal Sunway Pyramid. Dah puas mandi dan berseronok di Sunway Lagoon, bolehlah anda singgah ke Sunway Pyramid pula. Terdapat banyak aktiviti best yang anda boleh buat di sini seperti meluncur ais.

Lokasi: Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00pagi – 6.00petang)

9) Farm In The City

Farm In The City
Imej via timeout

Farm In The City merupakan satu tarikan yang ideal buat anak-anak kecil. Mereka pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam zoo ini. Bukan setakat bermain dengan haiwan-haiwan peliharaan ini, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan.

Zoo ini dibahagikan kepada 11 habitat iaitu Turtle & Tortoise Farm, Pets Village, Rabbit Farm, Bird Aviary dan bermacam-macam lagi. Pasti anda terhibur melihat keletah haiwan-haiwan ini.

Lokasi: Eureka Farm Sdn. Bhd., Lot 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Waktu Operasi: Isnin (10.00pagi – 6.00petang) | Selasa (Tutup) | Rabu – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (9.30pagi – 6.00petang)

Harga tiket: Dewasa RM32 | Kanak-kanak (Bawah 12 Tahun) RM27 | Warga Emas (Atas 60 Tahun) RM27

10) Bukit Melawati

Bukit Melawati
Imej via sayaanakbangsamalaysia

Jika anda ke Kuala Selangor, Bukit Melawatiadalah tempat wajib untuk anda lawati di sini. Ini kerana, ia adalah suatu tempat yang menyimpan sejarah bagi Negeri Selangor.

Ianay pernah menjadi tempat pentadbiran kerajaan dahulu dan juga sebagi tempat benteng pertahanan.

Banyak kisah tentang sejara Bukit ini dapat kita belajari dan ketahui. Antaranya ianya pernah oleh Belanda daripada Sultan Ibrahim (Julai 1784). Tetapi ianay tidak lama kerana setahun kemudian, Sultan Ibrahim bersama dengan Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) yang merupakan adiknya dan Bendahara Adb. Majid Pahang telah melakukan serangan balasuntuk mendapatkan tempat ini semula

Terdapat banyak tarikan yang terdapat di sekitar Bukit Melawati, antaranya:

  • Batu Hampar iaitu sebuah batu yang telah digunakan untuk menjatuhkan hukuman pancung kepada pesalah. Tetapi, ada yang menyatakan batu tersebut hanya digunakan sekali sahaja untuk tujuan ini, iaitu ketika menjatuhkan hukuman kepada seorang gadis istana yang dikatakan telah melakukan perbuatan yang tidak elok.
  • Tangga Seratus adalah tangga daripada batu granit ini perlu anda lalui untuk mendaki Bukit Melawati dan terus menuju ke pintu kota istana Melawati. Pada era yang lampau, bahagian bawah tangga ini menempatkan Pangkalan Batu Buruk yang merupakan tempat pelabuhan kapal, sampan dan perahu.
  • Makam Sultan yang terdapat di Bukit Melawati adalah Makam Diraja Selangor yang terdiri daripada tiga makam Sultan Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778), Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857).
  • Pusara Panglima Hitam iaitu seorang panglima di Istana Selangor. Dipanggil Panglima Hitam kerana berkulit gelap, selain sering memakai tengkolok, baju dan seluar berwarna hitam. Dia adalah seorang pegawai istana dan dihormati rakyat ketika itu. Ia juga dianggap simbol kehebatan dan `semangat’ orang Melayu, selain taat kepada sultan.
  • Telaga Tujuh asalnya sebuah telaga yang mempunyai tujuh mata air yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Bagaimanapun, kini hanya tinggal beberapa buah kerana yang lain sudah tertimbus. Sebelum ini, ada segelintir masyarakat menggunakan air telaga ini untuk membayar niat.
  • Perigi Beracun dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka. Air perigi ini dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka sahaja.
  • Rumah Api Kuala Selangor terletak di atas Bukit Malawati. Ia merupakan sebuah menara yang berketinggian 83 meter yang terletak pada puncak bukit yang berketinggian 27 meter dari paras laut. Rumah Api Kuala Selangor ini telah dibina oleh pihak penjajah British pada tahun 1907 dan mula berfungsi pada tahun 1910.
  • Meriam milik kerajaan Selangor turut terdapat di Bukit Melawati. Meriam ini dikatakan adalah meriam buatan tangan orang Melayu, malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam `Tok Bedil’ yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.

Selain daripada banyak tempat menarik untuk dilawati di Bukit Melawati, di sini juga terdapat kemudahan yang disediakan di sini seperti tempat meletak kereta, ruang untuk bersantai, tandas awam dan perkhidmatan trem (pada hujung minggu dan cuti am sahaja).

Lokasi: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor

Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.00pagi – 6.00petang)

11) Bangi Wonderland

Bangi Wonderland
Imej via tourismselangor

Bangi Wonderland ialah sebuah taman hiburan terbaru di Malaysia dengan motonya “FOTRESS OF WET AND FUN”. Taman tema yang besar ini sebenarnya berkeluasan lebih daripada 12 ekar dan ia terletak di Bangi Avenue, Bangi Selangor Darul Ehsan. Bangi Wonderland adalah taman tema yang besar dan anda semua digalakkan membawa teman atau keluarga untuk pergi bersama di tempat ini kerana taman tema ini berkonsepkan kekeluargaan. Banyak aktiviti yang dapat lakukan bersama antaranya Kids Adventure, Magic Funnel, Anaconda Trail, The Fall, Green Pearl, Wonder Loop dan banyak lagi.

Lokasi: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin & Rabu-Jumaat (11.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 6.00petang) | Selasa Tutup

Harga Tiket: Dewasa RM58.00 | Kanak-kanak 90cm ke atas RM48.00

12) The Mines

The Mines
Imej via thesmartlocal

Pada asalnya, tapak Mines Wellness City ini merupakan tempat pelombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Kini, ia dibangunkan dengan pelbagai tarikan menarik seperti hotel, pusat membeli-belah, padang golf, pusat konvensyen dan Waterfront Business Park.

Pusat membeli-belah The Mines bukan sahaja untuk anda shopping tetapi banyak tarikan yang best-best di sini. Anda pasti teruja melihatnya kerana bukan senang nak jumpa sebuah mall yang ada sungai di tengah-tengah bangunannya. Anda juga boleh naik bot untuk menyusuri tasik di sini.

Untuk anda yang datang bersama anak-anak, apa kata kalau anda membawa mereka bermain di Splash Park yang terletak di atas bumbung Mines Shopping Mall ini yang lengkap dengan taman permainan dan tempat bermain air.

Lokasi: Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

13) Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli
Imej via mdfaiez84

Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak ini menempatkan galeri yang mempamerkan koleksi artifak Orang Asli seperti belanga yang telah wujud lebih daripada 600 tahun, alat-alat muzik tradisional, pakaian dan bermacam lagi. Selain itu, muzium ini juga lengkap dengan dewan teater mini, kedai cenderamata dan sebuah perpusatakaan. Kalau sudah puas belajar bermacam perkara baru di muzium ini, apa kata anda melawat pula perumahan kaum orang Asli yang terletak dekat sahaja dari muzium ini.

Lokasi: Muzium Orang Asli Gombak KM 24, Jalan Pahang Lama Gombak, 53100 Gombak, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

14) Kepong Metropolitan Park

Kepong Metropolitan Park
Imej via tailim

Taman Metropolitan Kepong ini juga terkenal dengan nama Taman Layang-layang. Ini kerana taman ini sering popular dengan aktiviti bermain laying-layang pada waktu petang. Taman yang berkeluasan 95 hektar ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti trek basikal, padang bola sepak, menara pemerhatian, trek kereta kawalan, pondok-pondok santai dan taman permainan. Bagi anda yang kaki memancing pula, anda dibenarkan memancing di tasik seluas 57 hektar di taman ini.

Bercakap tentang permainan layang-layang yang terkenal di sini, kalau anda datang pada hujung minggu, anda dapat melihat bermacam jenis layang-layang diterbangkan di awan, dari yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar sehingga 30 kaki dalam pelbagai warna. Satu pemandangan yang menarik untuk dilihat sambil menenangkan fikiran di sini.

Lokasi: Kepong Metropolitan Park, Jalan Lingkaran Tengah

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00pagi – 8.00petang)

15) 99 Wonderland Park

Imej via pspj

Wonderland Park adalah tarikan terbaru yang terdapat di Selayang, Selangor. Terdapat banyak tarikan di taman ini andatanya:

  • 99 Cruise Ride untuk anda naik bot mengelilingi tasik di sini.
  • Mini Zoo di sini terdapat pelbagai jenis spesies burung seperti Flamingo, Burung Unta , Burung Kakak Tua dan lain-lain. Ada juga spesies rusa, arnab dan haiwan lain.
  • Zodiak Zon ini pula ada patung replika binatang yang ada dalam tahun cina, contoh nya ada harimau, ular, kerbau dan lain-lain lagi, boleh lah bergambar sambil anak-anak belajar nama-nama binatang.
  • Golden Waterfall adalah air terjun buatan yang mana mencantikkan lagi landskap di sini. Terdapat juga kolam dan ikan di sini
  • T-Rex Ring terdapat beberapa ekor dinasour, ada yang besar dan juga yang kecil. Jangan kacau dinosaur ini kerana ia boleh mengaum semula kepada anda.
  • Miracle Bridge jambatan yang mana terdapat ‘love lock’ di jambatan ni. Bolehlah untuk anda kunci nama anda dengan pasangan atau kawan-kawan di manga ini. Sebagai bukti, anda pernah datang ke sini.

Pemandangan di taman ini berubah menjadi sangat cantic apabila tibanya waktu malam. Ini kerana, lampu led yang berwarna-warni akan dipasang di setiap pelusuk taman. Pemandangan yang sangat cantik ini membuatkan anda rasa tenang dan sesuai untuk bergambar.

Lokasi: Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9.00pagi – 11.00malam)

Harga Tiket:  Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

16) Dinosaur Kingdom

Dinosaur Kingdom
Imej via twitter

Dinosaur Kingdom ini ini pula antara tarikan baru yang terdapat di Sungai Buloh. Kawasan ini dimajukan oleh pihak Gamuda Land. Di taman dinosaur ini terdapat 25 Animatronic Dinosaur iaitu patung dinosaur gergasi yang mampu bergerak bagi menambah keseronokan pengunjung taman tema ini. Bagi anda yang sukkan cabaran, apa kata anda cuba permainan Raptor Maze yang ditawarkan disitu. Malah, anda juga boleh menunggang Baby Dinosaur yang ditempatkan di taman tema tersebut. Selain itu, anda juga boleh menunjukkan bakat terpendam dengan mencuba Drift Island, Drift Kart, Fossil Dive dan penerokaan paya dengan bot dinosaur yang dinamakan The Swamp.

Lebih mengujakan, anda juga berpeluang menonton tayangan mengenai pengembaraan dinasaur juga bakal dipancarkan dari panggung 5 dimensi (5D). Malah, anda juga boleh melihat pertunjukan secara langsung yang dinamakan Dinosaur Wildpark. Anda bakal dibawa menelusuri pengembaran prasejarah yang pastinya tidak ditawarkan di mana-mana taman tema lain.

Jelas sekali Dinosaur Kingdom menawarkan satu pengalaman penuh keriangan dan mencabar adrenalin untuk anda seisi keluarga dan sukar untuk ditemui di taman tema yang lain.

Lokasi: Gamuda Garden, Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad & Cuti Umum (11.00pagi – 11.00malam)

Harga Tiket: Dewasa Rm30| Kanak-kanak RM20

17) Hutan Lipur Kanching, Rawang

Hutan Lipur Kanching, Rawang
Imej via wanie4shared

Ia juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kanching, merupakan sebuah taman rekreasi yang kaya dengan kesegaran alam semulajadi. Ia mempunyai 7 tingkat air terjun kesemuanya, dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh mandi-manda.

Sambil bermandi-manda bersama keluarga, anda juga boleh berkelah di sini. Anda boleh membawa bekal makanan dari rumah, ataupun membeli makanan yang dijual di gerai-gerai di sini.

Antara kemudahan awam asas yang disediakan di sini ialah surau, tempat parking kenderaan, gerai jualan, tandas, tempat rehat, rumah tumpangan dan beberapa lagi.

Lokasi: Templer Park, 48000 Rawang

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi – 5.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM1.00 | Kanak-kanak RM0.50

Itulah dia 17 tempat menarik di Selangor yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Selangor. Jemput juga baca artikel:

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.