12 Tempat Menarik Di Pulau Komodo Tarikan Pelancong
Pulau Komodo, Indonesia terletak di bahagian timur Pulau Sumbawa yang juga telah mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Tahukah anda, pada asalnya Pulau Komodo merupakan habitat bagi haiwan cicak terbesar iaitu komodo? Kawasan seluas 390 km persegi ini dinamakan sempena habitat haiwan tersebut.
Jangan risau, ia tetap mempunyai penduduk dan tarikan pengunjung. Antaranya adalah tempat menarik yang membolehkan anda berhibur serta bercuti di sini. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Komodo sesuai untuk percutian ramai.
1. Pantai Pink
Salah satu tempat menarik di Pulau Komodo ialah Pink Beach. Sekali pandang sahaja, anda dapat menyaksikan pasir pantai ini berwarna merah muda atau pink. Kecantikan dan keindahan pantai serta lautan biru yang jernih ini sangat cantik dan menakjubkan.Selain melihat pemandangan matahari terbenam, anda juga akan dapat melihat terumbu karang yang berwarna pink akibat tercampur dengan pasir pink. Tempat ini juga amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti island hopping.
2. Batu Samsia
Batu Samsia terkenal sebagai port selam dimana anda boleh menyelam untuk melihat pelbagai jenis terumbu karang yang bewarna-warni, ikan yang cantik dan unik serta ikan hiu. Melihat keindahan bawah laut dan hiu pastinya memberi pengalaman baru buat anda.3. Pulau Padar
Pulau Padar yang kehijauan ini membolehkan anda mendaki bukit pulau ini dan bersiar-siar dengan menaiki bot. Pastinya anda boleh bergambar di sepanjang penerokaan di sepanjang pulau ini. Tahukah anda, pulau ini tidak mempunyai penghuni melainkan hanya pengunjung luar.Air laut Pulau Padar sangat jernih, biru dan hijau warnanya serta kaya dengan rumpur-rumput hijau merupakan tarikan alam semulajadi untuk pelancong yang datang.
4. Pulau Rinca
Tempat menarik di Pulau Komodo yang boleh anda kunjungi adalah Pulau Rinca. Ia merupakan sebuah lokasi percutian yang indah seperti kawasan kampung dan penanaman tanaman bakau. Nak belajar dan melihat cara menanam bakau pun boleh. Di sini, anda juga turut berpeluang terserempak dengan komodo.5. Taman Nasional Komodo
Taman Nasional Komodo adalah Pulau Komodo dimana ia dikendalikan oleh Pemerintah Pusat. Pulau Komodo ini terletak di sebelah timur Pulau Sumbawa. Terdapat banyak komodo boleh anda saksikan di sini kerana ia merupakan habitat terbesar komodo.Selain haiwan komodo, anda juga dapat melihat pelbagai flora dan tumbuhan semulajadi yang sangat unik dan serbaguna. Antaranya adalah pohon nitak ini atau sterculia oblongata yang juga berfungsi sebagai ubat-ubatan.
6. Labuhan Bajo
Tempat menarik di Pulau Komodo ini merupakan sebuah dermaga rangkaian gugusan pulau komodo. Labuhan Bajo membolehkan anda menaiki speed boat dengan jenis perahu dan harga yang berpatutan. Dari Labuhan Bajo, anda boleh ke Taman Nasional Komodo kira-kira dalam tempoh 3 jam dengan menaiki kapal laut.7. Toko-Toko, Istana Batu Bawah Laut
Toko-toko adalah sebuah tempat menarik di Pulau Komodo khas untuk mereka yang suka menyelam. Tentunya anda boleh melihat pelbagai keindahan laut yang cantik dan menakjubkan di sini.Terdapat pelbagai terumbu karang, ikan yang bewarna-warni serta suasana dalam laut yang sangat mempersonakan. Anda akan temui istana batu pada kedalaman 7 meter di bawah permukaan laut.
8. Batu Bolong Reef
Pasti anda belum pernah mendengar namanya bukan? Batu Bolong Reef adalah sebuah tempat menarik dalam laut khas untuk para penyelam. Batu Bolong Reef merupakan habitat bagi banyak spesis ikan dan hidupan laut yang sangat indah. Jangan risau jika tak reti menyelam, pihak Flores Dive Centre boleh membantu anda.9. Manta Point
Ramai pengunjung yang memilih Manta Point sebagai destinasi percutian dan tempat menarik di Pulau Komodo untuk bercuti. Aktiviti snorkeling dan menaiki speed boat amat terkenal di sini.Anda boleh melihat haiwan manta pari yang berenang di lautan biru secara berkumpulan. Sama ada snorkeling dan melihat sendiri atau melihat dari bot pun tidak mengapa. Jangan lupa ke sini kerana pengalamannya sungguh berharga dan sukar didapati dimana-mana.
10. Pulau Komodo
Pulau Komodo atau lebih diketahui sebagai taman nasional komodo ini sangat besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Ia sangat eksotis dan penuh dengan komodo sekiranya anda berkunjung ke bahagian hutan di sekitar tasik.Terdapat terumbu yang sangat indah di pulau. Penduduk di temapt menarik di Pulau Komodo ini juga sangat ramah dan menawarkan perkhidmatan tiket atau kadar jual beli yang agak berpatutan dan murah.
11. Pengah Reef
Pengah Reef dikenali sebagai bukit yang membolehkan anda mendaki dan melihat pemandangan dari atas. Laut sekitar pulau ini terbentuk unik dan sangat terkenal sebagai tempat percutian menarik di Pulau Komodo. Anda boleh bergambar di sini kerana suasana juga sesuai sebagai salah satu tempat yang indah terutamanya ketika matahari terbit.12. Kampung Adat Melo
Tempat menarik di Pulau Komodo yang tak harus anda lepaskan peluang berkunjung adalah Kampung Adat Melo. Ia terletak di sebuah kampung di bawah Bukit Mbeliling. Kampung ini persis kampung orang Asli dan penuh dengan kebudayaan masyarakat.
Antara hal yang boleh anda pelajari adalah tarian tradisional suku Manggarai, cara membuat kopi, lilin, proses membuat jus nira dan lain-lain lagi.
Itulah dia tempat menarik di Pulau Komodo tarikan pengunjung kini. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Kapas, tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu, tempat menarik di Pulau Gaya dan tempat menarik di Pulau Kukup.