Negeri Melaka terletak di pantai barat daya semenanjung Malaysia iaitu bertentangan dengan Sumatera. Melaka merupakan sebuah negeri yang telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008. Ia terkenal dengan tarikan sektor pelancongannya. 

Tahukah anda, selain terkenal dengan destinasi-destinasi yang bersejarah, Melaka juga memiliki banyak tempat memancing. Terdapat beberapa lokasi yang menjadi tumpuan buat kaki-kaki pancing tempatan mahupun luar.

Artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tempat memancing di sekitar negeri Melaka yang menarik.

1. Tempat Memancing Durian Tunggal

tempat memancing di melaka
Imej via [geng2anglerutem]

Tempat memancing ini terletak di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal Melaka. Anda boleh datang melalui Jalan Pasar Rabu menuju Alor Gajah dan kolam ini berada di sebelah kiri anda.

Kolam ini dimiliki oleh orang tempatan yang mendiami kawasan ini. Kolam ini berbayar mengikut berat hasil tangkapan anda. Contohnya RM 5 sekilo bagi ikan Talapia manakala RM 10 bagi ikan Haruan.

Hampir 7 kolam disediakan di sini yang mana airnya dialirkan terus dengan Sungai Melaka. Ikan-ikan air tawar yang mendiami kolam ini antaranya Ketutu, Lampam, Talapia dan Patin.

2. Kolam Pancing Retro D’Dusun

tempat memancing di melaka
Imej via [facebook]

Kolam Pancing Retro D’Dusun terletak di MITC Ayer Keroh.Tepatnya bersebelahan Bangunan Cemerlang. Lokasi ini hanya 5 minit perjalanan sekiranya anda bertolak dari Tol Ayer Keroh.

Tepatnya berada di pusat pentadbiran Bandaraya Melaka. Terdapat 2 jenis kolam pancing yang ditawarkan iaitu kolam keli Afrika yakni saiz 11 kg ke bawah dan kolam sisik iaitu bersaiz 18 kg ke bawah.

Ikan-ikan yang terdapat di sini adalah seperti Toman dan Patin.  Tempat memancing di Melaka ini sering mendapat kunjungan pemancing memandangkan lokasinya strategik berhampiran dengan prasarana awam seperti surau dan gerai makan. 

3. Kolam Pancing Joran Terbang

tempat memancing di melaka
Imej via [facebook]

Kolam Pancing Joran Terbang terletak di Kawasan Perindustrian Gangsa Mukim, Durian Tunggal Melaka. Kolam pancing ini dibuka pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Kolam ini juga kerap mengadakan pertandingan memancing dengan hadiah yang lumayan. Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh layari page facebook mereka iaitu Kolam Pancing Joran Terbang.

4. Kolam Pancing Seri Semabok

Kolam Pancing Seri Semabok terletak di Lebuh Amj, Seri Semabok Melaka. Pernah dikatakan orang bahawa kolam pancing ini dikenal sebagai Kolam Puaka.

Hal ini kerana walaupun pada luaran kolam ini kelihatan kecil namun ikan-ikan yang mendiami kolam boleh tahan saiznya. Yuran masuk yang dikenakan di sini adalah sekitar RM 25 untuk 4 jam.

Kemudian RM 5 jika anda ingin menambah bilangan jam seterusnya. Terdapat juga pakej RM 15 untuk 8 jam iaitu Catch And Release.

5. Tasik Ayer Keroh

tempat memancing di melaka
Imej via [tripadvisor]

Tasik ini merupakan salah satu tarikan pelancong di Melaka. Ia terletak di sebelah Zoo Melaka dan Dataran Sejarah. Kebiasaannya pengunjung datang untuk bersiar-siar dan beriadah.

Namun tempat ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti memancing. Buat pemancing,pastikan anda mencari port terbaik di tasik ini.

6. Pantai Pengkalan Balak

tempat memancing di melaka
Imej via [mpag]

Pantai Pengkalan Balak terletak di Masjid Tanah Melaka. Pantai ini sebenarnya adalah sebuah pekan lama. Ia juga sering menjadi tumpuan pelancong dek kerana bersihnya pantai ini.

Di pesisir pantai banyak rumah-rumah dan perkampungan nelayan. Sememangnya tempat ini sangat ideal untuk memancing. Gerai-gerai serta restoran juga banyak berhampiran pantai.

7. Kolam Pancing Koperasi Darussyifa

Imej via [Facebook]

Kolam Pancing Darussyifa terletak di Jalan Pengkalan Leban,Sungai Ramban. Kolam pancing air masin yang mula beroperasi sejak tahun 2010 ini adalah milik sepenuhnya Koperasi Darussyifa Berhad.

Kolam ini beroperasi setiap hari 9 pagi hingga 2 pagi kecuali hari ahad dibuka jam 3 petang. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 50 untuk sebatang joran manakala RM 36 sahaja untuk minimum 3 jam.

8. Kolam Pancing Bukit Katil Kenari

tempat memancing di melaka
Imej via [facebook]

Kolam pancing ini terletak di Bukit Katil Melaka. Kolam ini beroperasi 24 jam. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 45 untuk 3 jam jika memancing di air masin.

Jika air tawar pula ianya berharga RM 25 untuk 3 jam. Pakej malam pula berharga RM 60 untuk 5 jam. Mereka juga mempunyai group di Facebook yang bernama KOLAM PANCING BUKIT KATIL, MELAKA untuk sebarang perbincangan.

9. Kolam Pancing Joran Pendek

tempat memancing di melaka
Imej via [says]

Kolam Pancing Joran Pendek atau nama lainnya Kolam Pancing Imam terletak di Felda Tun Ghafar Air Kankong, Kampung Jasin. Kolam ini beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

Bayaran masuk pula berharga RM 25 untuk 4 jam,RM 30 untuk 6 jam dan RM 35 untuk 8 jam.Sebarang maklumat anda boleh layari page Facebook mereka iaitu Kolam Pancing Joran Pendek. 

10. Kolam Pancing Udang Galah Ayer Molek

tempat memancing di melaka
Imej via [findglocal]

Kolam Pancing Udang Galah Ayer Molek terletak di Taman Desa Molek, Melaka. Mereka beroperasi setiap hari kecuali isnin bermula jam 2 petang hingga 2 pagi.

Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 20 untuk 1 jam, RM 38 untuk 2 jam dan RM 50 untuk 3 jam. Umpan dan joran juga ada disediakan.

Bersesuaian dengan namanya, kolam ini terkenal dengan lokasi untuk memancing udang galah.Sebarang pertanyaan boleh mengikuti Facebook mereka Kolam Pancing Udang Galah Ayer Molek

Itulah 10 tempat memancing yang ideal di negeri Melaka. Semoga artikel ini membantu buat kaki-kaki pancing yang ingin memancing di Melaka. Jom baca juga tempat honeymoon di Perak, tempat untuk family day di Janda Baik, Port Dickson dan Johor.

Rujukan:

  1. Melaka. https://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
  2. Melaka Tempat Menarik. https://www.jomjalan.com.my/listings/melaka/tempat-menarik/
  3. Tempat Menarik di Melaka. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-melaka

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.