Perak merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia, Negeri Darul Ridzuan yang dibahagikan kepada 12 daerah. Ia bukan sahaja terkenal dengan aspek ekonomi dan infrastruktur, malah juga terkenal dengan sektor pelancongan.

Hal ini kerana Perak mempunyai tempat-tempat yang menarik hati pengunjung. Kawasan pelancongan di negeri ini lebih berkonsepkan ketamadunan dan semula jadi.

Selain itu, Perak juga sesuai dijadikan tempat honeymoon bagi pasangan yang baru berkahwin. Destinasi seperti taman tema, tempat bersejarah, pantai adalah keistimewaan negeri Perak. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa tempat menarik di Perak berupa destinasi honeymoon anda.

1. Pulau Pangkor

tempat honeymoon di perak
Imej via [cruisemapper]

Pulau Pangkor adalah pulau ketiga yang terbesar di Malaysia. Pulau ini tidak asing lagi buat orang Malaysia selain Langkawi dan Pulau Perhentian. Pelbagai aktiviti pantai yang ditawarkan kepada anda seperti snorkeling,jet ski,banana boat dan banyak lagi aktiviti laut.

Untuk melengkapkan honeymoon anda, resort-resort cantik disediakan di sini. Aktiviti darat seperti meredah hutan, melawat tempat bersejarah dan melihat burung enggang juga amat menarik.

2. Lost World Tambun

tempat honeymoon di perak
Imej via [windowmalaysia]

Siapa tak kenal waterpark terkenal di Malaysia ini? Selain aktiviti air, ada juga aktiviti lain seperti Amusement Park, Petting Zoo, Adventure Park, Tiger Valley dan banyak lagi.

Jika ingin aktiviti yang lebih menenangkan untuk honeymoon, anda boleh cuba hotspring & spa. Lost World Of Tambun juga ada menyediakan tempat penginapan. Ia amat ideal untuk honeymoon.

3. Movie Animation Park Studio

tempat honeymoon di perak
Imej via [korinatour]

Movie Animation Park Studio merupakan taman tema animasi pertama di Asia. Jangan risau, taman ini bukan saja untuk anak-anak, malahan ia sesuai untuk dewasa.

Taman tema unik dan kreatif ini menawarkan kepada anda 15 thrilling ride, 6 theme zone dan 23 tarikan interaktif. Banyak karakter animasi tempatan seperti Upin Ipin dan Boboi Boy dan luar negara yang akan anda temukan di sini. Ia juga merupakan tempat honeymoon di Perak yang boleh anda kunjungi.

4. Zoo Taiping

tempat honeymoon di perak
Imej via [asiaone]

Zoo Taiping yang merupakan satu-satunya zoo yang terdapat di bahagian utara semenanjung Malaysia membuatkan ia sangat terkenal. Zoo yang terletak di negeri Perak ini menjadi rumah bagi 1200 ekor haiwan daripada 140 jenis spesis.

Tarikan utama zoo ini semestinya haiwan-haiwan yang diimport dari dalam dan luar negara seperti harimau, singa,badak, zirafah dan banyak lagi. Tempat honeymoon di Perak ini lebih kepada santai buat anda dan pasangan.

5. Kellie Castle

tempat honeymoon di perak
Imej via [bettyandlingshing]

Tak sah sekiranya menjejakkan kaki ke Perak jika tidak ke Kellie Castle. Kellie Castle adalah rumah agama lama yang dibina pada tahun 1915 oleh Kellie kepada isterinya.

Struktur reka bentuk bangunan 3 tingkat ini berkonsepkan seperti Istana Moghul di India. Destinasi ini juga kerap menjadi lokasi pengambaran filem dan drama. Sejarah tempat honeymoon di Perak ini adalah sedih dan romantik.

6. Bukit Merah Lake Town Resort

tempat honeymoon di perak
Imej via [themalayapost]

Bukit Merah Lake Town Resort terbahagi kepada 2 aktiviti iaitu kering dan basah. Aktivti basah semestinya Waterpark manakala kering adalah Ecopark.

Waterpark menawarkan pelbagai aktiviti seperti Waterfall Bridge dan Lazy River. Aktiviti di Ecopark adalah Nature Trial, Sky Cycle dan banyak lagi. Pusat penginapan dan restoran juga terdapat dalam kawasan ini.

7. The Banjaran Hotsprings Retreat

tempat honeymoon di perak
Imej via [sunwayhotels]

Lokasi ini merupakan salah satu destinasi honeymoon yang menenangkan. Tempat penginapan di sini bertemakan villa yang boleh anda pilih. Lake Villa dan Village Villa adalah contoh villa yang ditawarkan di tempat honeymoon di Perak ini.

Setiap villa yang ditawarkan mempunyai konsep yang berbeza. Anda boleh memilih kawasan yang agak romantis bersesuaian dengan honeymoon anda.

8. Swiss Garden Beach Resort

tempat honeymoon di perak
Imej via [booking]

Hotel ini merupakan antara penginapan yang popular di Perak memandangkan lokasinya yang berhampiran pantai.

Anda boleh memilih bilik hotel yang menghadap pantai untuk lebih menambahkan feel honeymoon anda dan pasangan. Jika anda tidak berminat ke pantai, hotel ini juga menawarkan beberapa fasiliti seperti padang golf, jakuzi, sauna dan kolam renang. 

9. Pantai Teluk Batik

tempat honeymoon di perak
Imej via [wikimapia]

Pantai Teluk Batik sememangnya tak lekang dek pengunjung yang hadir. Pantainya yang bersih dan tenang membuatkan ramai orang suka berkelah di sini.

Bagi anda yang ingin honeymoon,penginapan seperti Teluk Batik Resort dan Virgo Batik  Resort juga ada disediakan.

10. Belum Rainforest Resort

tempat honeymoon di perak
Imej via [packist]

Jika anda mencari kelainan untuk menginap, Belum Rain Forest Resort adalah jawapannya. Penginapan ini amat berlainan daripada yang lain kerana ia berkonsepkan house boat.

Chalet dan Villa juga turut terdapat di sini. Disebabkan persekitarannya adalah hutan, anda boleh melakukan aktiviti berinteraksi dengan alam semula jadi.

11. Menara Condong Teluk Intan

tempat honeymoon di perak
Imej via [pinterest]

Menara Condong adalah salah satu mercu tanda negeri Perak. Menara berusia lebih 100 tahun ini membenarkan pengunjung naik menempuh 110 anak tangga  ke atas.

Berfoto dengan berlatar belakangkan Menara condong adalah aktiviti wajib di sini. Sekitar kawasan menara terdapat juga gerai untuk menyantap.

12. Marina Island Pangkor Resort

tempat honeymoon di perak
Imej via [kingssleeve]

Pulau Marina adalah pulau buatan antara Pulau Pangkor dan Lumut. Bermalam di hotel dan resort tempat honeymoon di Perak ini adalah pilihan terbaik percutian di sini.

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah berkayak, scuba diving, memancing dan mandi di kolam renang. Jika anda pergi ke ST Theme Park iaitu kawasan yang disediakan pihak hotel, anda boleh menaiki ATV, Go Kart, Harley Bike dan macam-macam lagi aktiviti menyeronokkan.

13. Muzium Perak Taiping

tempat honeymoon di perak
Imej via [tripadvisor]

Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Malaysia. Muzium yang dibina sejak 1883 menyimpan pelbagai artifak melayu yang bersejarah. P

elbagai sejarah dipamerkan mencakupi kebudayaan, agama ,orang asli dan banyak lagi. Terdapat juga lukisan mural 3D untuk anda bergambar di sini.

Demikianlah 13 tempat honeymoon di Perak yang sangat menarik. Pemilihan kami berdasarkan kriteria populariti, kos yang berpatutan dan  aktiviti yang menarik. Sekaligus akan memberikan sensasi kepada percutian honeymoon anda.

Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Janda Baik, Port Dickson dan Johor.

Rujukan:

  1. Tempat Menarik Perak. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-perak/
  2. Panduan Lengkap Destinasi Terbaik. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-perak/
  3. Tempat Menarik Di Perak. https://bagasi.my/tempat-menarik-di-perak/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.