Pahang yang merupakan negeri ketiga terbesar ini terletak di lembangan Sungai Pahang. Negeri Darul Makmur ini terkenal dengan tanah tingginya, alam semulajadi serta flora dan faunanya.

Walaupun nama Pahang jarang disebut berkenaan tarikan pelancongan, namun negeri ini tidak kalah hebatnya. Buat anda yang bercadang untuk honeymoon di Pahang, percayalah tindakan anda itu sangat tepat.

Tempat-tempat seperti pantai yang tenang, tanah tinggi dengan suasana romantis ataupun taman tema yang menyeronokkan juga terdapat di sini. Jom lihat antara tempat honeymoon di Pahang yang sangat menarik.

1. Cameron Highland

tempat honeymoon di pahang
Imej via [klook]

Sebut sahaja Pahang mesti akan terbayang Cameron Highland. Cameron Highland adalah kawasan pelancongan di kawasan tanah tinggi. Sememangnya ramai pasangan baru yang memilih Cameron Highland sebagai tempat pilihan untuk honeymoon.

Kedudukannya strategik, anda boleh menginap di sini dan melawat tempat-tempat lain yang berdekatan seperti ladang teh, kebun strawberi dan banyak lagi. Keadaan persekitarannya yang sejuk tak perlu diceritakan lagi keterujaannya yang dihadirkan tempat ini.

2. Pulau Tioman

Imej via [capitalpost]

Salah satu  pulau yang terkenal di Pahang adalah Pulau Tioman. Anda boleh melakukan aktiviti pantai seperti skuba diving,snorkelling dan berkelah.

Air lautnya yang bersih ditambah dengan hidupan laut yang pelbagai mengindahkan lagi pulau itu. Selain itu, penginapan dengan harga berbaloi semisal Melina Beach Resort dan Sun Beach Resort disediakan.

Lokasi-lokasi lain yang berdekatan seperti Monkey Bay, Pusat Taman Air juga ada untuk anda lawati.

3. Muzium Negeri Pahang

tempat honeymoon di pahang
Imej via [wikipedia]

Masjid yang dibina pada tahun 1932 ini dijadikan muzium oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang. Rekacipta binaannya sungguh cantik serta terdapat kolam di luar bangunan seumpama di perkarangan istana.

Banyak artifak dan bahan ilmiah bersejarah dari dalam dan luar negara dipamerkan di salah satu tempat honeymoon di Pahang ini.

4. Kuantan River Cruise

tempat honeymoon di pahang
Imej via [tripadvisor]

Kuantan River Cruise menawarkan perjalanan menyusuri Sungai Pahang. Anda boleh memilih pakej seperti Mangrove Park Tour, Kuantan River Discovery dan Kuantan River Night Tour yang disediakan.

Menaiki bot kecil yang boleh memuatkan 12 orang penumpang ini lebih merasai thrill dan cabarannya. Dapatlah anda momen terbaik di tempat honeymoon di Pahang ini.

5. Lake Chini Resort

tempat honeyoon di pahang
Imej via [travelmalaysia]

Siapa yang tidak tahu Tasik Chini yang terkenal dengan lagendanya di Pahang ini. Pihak resort menawarkan pelbagai pakej penginapan kepada anda. Pemandangan tempat honeymoon di Pahang ini sangat indah.

Selain itu, aktiviti outdoor seperti padling boat dan ATV fun ride juga boleh dilakukan. Mereka juga mempunyai boating tour untuk bersiar-siar melihat keindahan tasik Chini.

6. Muzium Seni Pahang

Selain tasik dan pantai, muzium adalah salah satu tempat honeymoon di Pahang. Muzuim yang tidak mengenakan apa-apa bayaran ini amat berbaloi untuk dilawati.

Kebanyakan lukisan dan arca di muzium ini merupakan karya andak tempatan Pahang. Antara pameran yang menjadi tumpuan di sini adalah pameran Kaabah, pameran mak yong dan kebudayaan adat pantai timur. Sambil honeymoon, sambil melihat keunikan seni Pahang.

7. De Rhu Beach Resort

tempat honeymoon di pahang
Imej via [booking]

Resort ini menawarkan pelbagai jenis pakej penginapan yang bersesuaian. Bahkan pakej honeymoon juga disediakan. Fasiliti dan kemudahan yang disediakan juga tidak mengecewakan.

Terdapat juga kolam renang yang besar untuk tetamu. Biasanya pengunjung gemar berjalan-jalan di tepi Pantai Bachok memandangkan kedudukannya yang dekat

 8. Natural Batik Village

Honeymoon tanpa membeli cenderamata memang tidak lengkap. Pelbagai produk batik seperti topi batik, kain batik dan kotak hiasan batik dijual disini.

Anda juga boleh melihat proses pembuatan batik yang sungguh berseni. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman belajar mencanting dan menghasilkan batik sendiri.

Demikianlah 13 tempat honeymoon di Pahang yang kami sarankan untuk anda kunjungi. Senarai di atas termasuklah tempat makan, penginapan, bersejarah, membeli-belah dan segala kriteria yang diinginkan pasangan ketika berbulan madu. Semoga bermanfaat!

Jom baca juga tempat honeymoon di Perak, tempat memancing di Melaka dan tempat family day di Janda Baik.

Rujukan:

  1. Tempat Menarik Pahang. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-pahang/
  2. Tempat Menarik di Pahang. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-pahang/
  3. Pahang. https://en.wikipedia.org/wiki/Pahang

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.