Bila tiba cuti sekolah dan cuti umum, pastinya anda tercari-cari apa aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga?

Selain berjalan-jalan di pusat membeli-belah, bercuti ke pulau dan pusat peranginan, atau balik kampung, mandi-manda di kawasan rekreasi seperti sungai, pantai dan air terjun juga merupakan di antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Jom, kami kongsikan tempat mandi di Johor yang menarik.

tempat mandi di johor

Sumber: Denai

1. Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku merupakan tempat mandi di Johor yang wajib anda pergi. Keadaan pantainya yang landai dan air laut yang bersih tanpa kehadiran obor-obor  sangat sesuai untuk aktiviti bermandi-manda.

Di pantai ini anda bukan sahaja dapat bermandi-manda sepuasnya, malah anda juga akan disajikan dengan pemandangan laut yang indah. Pasirnya juga terasa halus di kaki. Selain bermandi-manda, anda juga boleh berkelah, berbabeku, berkhemah, serta memancing.

Pantai Minyak Beku merupakan port yang sangat baik untuk kaki pancing. Di antara ikan yang banyak di sini ialah kurau, tuka, dan ikan sembilang laut. Kalau anda tunggu sehingga lewat petang, anda dapat melihat matahari terbenam. Semestinya anda sekeluarga akan puas mandi seharian di sini.

2. Pandai Desaru

Selain Pantai Minyak Beku, Pantai Desaru juga merupakan tempat mandi di Johor yang ingin kami kongsikan kepada anda. Istimewanya Pantai Desaru, ia merupakan lokasi percutian yang menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah juga pelancong dari Singapura.

Pantai Desaru menjadi lokasi pilihan untuk bermandi-manda bersama keluarga kerana pantainya yang indah. Sambil bermandi-manda, anda juga boleh lakukan aktiviti sukan air seperti menaiki banana boat, parasailing, menunggang jetski, dan sebagainya.

3. Wet World Batu Pahat

Alang-alang anda nak mandi, apa kata terus pergi ke Wet World Batu Pahat yang menyediakan taman tema air. Anda sekeluarga pasti terhibur dengan  tarikan yang ada di sini seperti Menara BP, Wave Pool, Big Splash, Lazy River, dan sebagainya. Jika anda ada anak kecil, usah risau. Kiddie Pool ada disediakan untuk anak anda bermain air sepuasnya. Jadi apa lagi? Cuti sekolah ini bolehlah anda bawa keluarga mandi di sini.

tempat mandi di johor

Sumber: Elleshahri

4. Air Terjun Hutan Lipur Gunung Berlumut

Air terjun yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Berlumut sememangnya terkenal sebagai destinasi berkelah dan bermandi-manda yang popular di Johor. Malah, pada cuti umum kebiasaannya air terjun ini penuh sesak dengan pengunjung.

Air terjun ini menjadi pilihan untuk bermandi-manda kerana suasananya yang bersih, hijau, dan mendamaikan. Kawasan air terjunnya juga sangat landai dan sesuai untuk bermandi-manda sekeluarga sambil berkelah.

5. Hutan Lipur Gunung Lambak

Walau pun hutan lipur ini tidak mempunyai air terjun atau sungai semulajadi, namun Hutan Lipur Gunung Lambak merupakan tempat mandi di Johor yang popular dengan kolam mandinya yang menyeronokkan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pastinya berseronok bermandi-manda sepanjang hari di sini. Dah puas mandi, anda boleh beriadah atau lakukan aktiviti jungle trekking.

6. Air Terjun Gunung Ledang

Bila sebut sahaja Gunung Ledang, pastinya anda teringat kisah Puteri Gunung Ledang yang dipinang oleh Sultan Melaka. Selain kisah Puteri Gunung Ledang, Gunung Ledang juga terkenal dengan air terjunnya yang tinggi dan bertingkat-tingkat.

Air terjun gunung Ledang menjadi tumpuan pengunjung yang ingin bermandi-manda sambil berkelah bersama orang tersayang. Bukan sahaja air terjunnya bersih, jernih, sejuk, dan menyegarkan, malah suasa persekitarannya yang hijau dan segar pastinya membuatkan anda tersenyum gembira.

tempat mandi di johor

Sumber: Tempatmenarik

7. Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun Kota Tinggi juga merupakan tempat mandi di Johor yang popular dan menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Air terjun Kota Tinggi terletak di kaki Gunung Muntahak yang tak jauh dari Pekan Kota Tinggi. Di sini terdapat beberapa kolam mandi, pilihlah mana-mana kolam yang anda berkenan. Namun anda perlu membayar yuran masuk untuk mandi di air terjun ini.

8. Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai

Air terjun yang terdapat di Hutan lipur Gunung Pulai juga sangat sesuai untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Air terjunnya sejuk dan menyegarkan. Air terjun yang terletak berdekatan dengan Pekan Nanas ini mempunyai kolam mandi semulajadi yang luas. Oleh itu, walau pun ramai pengunjung datang untuk mandi, anda pasti takkan berasa sesak.

9. Air Terjun Sungai Bantang

Untuk orang Segamat, kalau anda teringin nak bermandi-manda seisi keluarga, bolehlah luangkan masa di air terjun Sungai Bantang yang terletak di Bekuk. Air terjun ini merupakan lokasi pilihan untuk aktiviti berkhemah. Kalau anda jenis sukakan aktiviti lasak, dah puas mandi, anda boleh panjat air terjun yang ada di sini. Dah penat memanjat, sambung mandi semula bagi segar. Pasti seronok, kan?

tempat mandi di johor

Sumber: Segamat

10. Air Terjun Takah Merluh

Selain air terjun Sungai Bantang, air terjun Takah Merluh juga merupakan tempat mandi di Johor yang popular di Segamat. Air terjun ini menjadi pilihan utama kerana kemudahan asas yang disediakan di sini. Terdapat surau, tandas, bilik persalinan, dan wakaf untuk anda berehat sambil mandi-manda.

11. Kolam Air Panas Kampung Tenang

Kolam air panas yang terdapat di Kampung Tenang, Labis adalah satu lagi tempat mandi di Johor yang ingin kami kongsikan kepada anda. Asyik mandi sungai, laut dan air terjun je.

Sesekali apa kata anda cuba mandi air kolam panas pula. Bukan sahaja menyegarkan, malah ia juga membantu mengatasi kegatalan atau masalah kulit. Di sini terdapat 4 kolam air panas semulajadi. Anda boleh pilih yang mana satu berkenan. Selain kolam air panas semulajadi, di sini juga terdapat taman permainan, tandas, dan surau.

12. Pantai Ayer Papan

Pantai Ayer Papan yang terletak di Mersing merupakan pantai yang popular untuk bermandi-manda sambil melakukan aktiviti sukan air seperti jetski, dan banana boat. Kemudahan asas seperti tandas dan surau juga ada disediakan. Pantainya sangat cantik dan air lautnya bersih, sesuai untuk bermandi-manda. Kalau anda rasa tak puas mandi seharian, boleh bermalam di chalet yang ada di sini dan sambung mandi pada keesokan harinya.

tempat mandi di johor

Sumber: Percutianbajet

13. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Satu lagi kolam air panas semulajadi yang ingin kami kongsikan ialah kolam air panas Sungai Gersik yang terletak di Mersing. Johor. Istimewanya di sini, anda bukan sahaja boleh berendam dalam kolam air panas semulajadi yang berbumbung, malah ada juga disediakan kolam dengan suhu normal untuk kanak-kanak yang belum cukup kuat untuk berendam dalam air bersuhu panas. Dah puas berendam, anda boleh berjalan-jalan di laluan refleksologi yang disediakan.

Selain kolam air panas dan laluan refleksologi, di kolam air panas Sungai Gersik juga ada disediakan kemudahan wifi percuma, surau, tandas, bilik mandi, bilik persalinan, chalet, pondok wakaf, gerai makan, dan kawasan parking yang luas.

Itulah dia 13 tempat mandi di Johor yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga untuk membaca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di  Negeri Sembilan, tempat menarik di Johor  dan  tempat menarik di  Perak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.