Sejauh mana pun kita pergi dalam dunia ini, Malaysia juga yang sentiasa berada di hati. Sebenarnya, banyak tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui adalah seakan-akan sama seperti tempat pelancongan di luar negara.

Pasti anda terkejut melihat tempat menarik di Malaysia yang ramai orang tak tahu ini. Tak perlu melintas keluar negara lagi, negara sendiri pun memiliki keunikan dan keindahan alam. Jom lihat satu demi satu tempat menarik yang dimaksudkan.

1. Eagle Ranch Resort, Port Dickson

tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui
Imej via [thisisreef]

Eangle Ranch Resort yang terletak di Port Dickson Negeri Sembilan ini berkonsepkan zaman Koboi dan Red Indian. Lihat sahaja penginapan khemah yang disediakan, ia sangat unik memaparkan suasana zaman tersebut.

Bukan sahaja seakan khemah, terdapat banyak jenis penginapan yang boleh anda pilih di sini. Antaranya adalah bilik jenis Paddock, Cabin, Kampung dan lain-lain lagi. Terdapat kolam mandi, tempat berbeku dan ladang kuda di sini. Sudah pasti aktiviti yang bakal anda lakukan amat menarik!

2. Pantai Trusan Miri, Sarawak

Imej via [jomjalan]

Selalunya pantai akan menunjukkan air biru yang indah dan tenang, tetapi bagi pantai Trusan Miri Sarawak ini, airnya berwarna biru terang pada waktu malam. Kata orang, kesan pada air ini berlaku disebabkan oleh plakton yang berlaku.

3. Nouri Villa Glass House, Hulu Langat

tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui
Imej via [maisinggah]

Tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui juga adalah Nouri Villa Glass House yang terletak di Hulu Langat. Rumah penginapan ini berkonsepkan kaca dan anda boleh melihat suasana di luar sepanjang berada di dalam rumah.

Terdapat juga kolam mandi yang besar selain dari kolam ikan di hadapan rumah. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke dusun buah yang penuh dengan buah pisang, manggis, rambutan, durian dan banyak lagi.

4. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor

Templer Park Rainforest Retreat ini terletak di Selangor di tengah hutan simpan Kancing. Ia terletek di Jalan Templer. Suasana yang dingin di tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai ini sangat tenang jauh dari kesibukan bandar. Ia merupakan sebuah destinasi eco tourism berdekatan KL.

5. Bustel Klebang, Melaka

Imej via [johornow]

Tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai adalah Bustel Klebang, Melaka. Anda pasti berasa aneh melihat banyak bas di kawasan ini. Sebenarnya, Bustel diberi nama kerana Bus yang telah diubah suai menjadi hotel.

Ia sebenarnya adalah hotel atau bilik yang seakan-akan seperti bas dari luarnya. Penuh dengan kelengkapan, anda boleh ke sini untuk menginap di samping bercuti di Melaka.

6. White Sand Dunes, Pantai Klebang Melaka

Imej via [tripadvisor]

Ramai pelancong teruja melihat keindahan padang pasir pantai Klebang ini kerana ia umpama padang gurun di Mesir. Tak sangka rupanya ada padang pasir yang sebegini di Malaysia. Inilah salah satu tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui umum.

7. Astaka Morocco, Putrajaya

tempat menarik di Malaysia tidak diketahui
Imej via [ukm]

Astaka Morocco ini terletak di Morocco Pavilion Putrajaya. Siapa sangka rupanya wujud tempat menarik di Malaysia yang indah bak singgahsana puteri pujaan hati Aladdin.

Anda boleh bergambar di sini sempena perkahwinan, ulangtahun, sesi fotografi dan lain-lain lagi. Ia sangat indah dan membawa konsep ala-ala klasik.

8. Masjid Al-Bukhari, Alor Setar Kedah

Imej via [pinterest]

Tempat menarik di Malaysia tidak diketahui ramai juga adalah Masjid Al-Bukhari di Alor Setar. Ramai yang tak sangka bahawa di hadapan masjid ini adalah pokok kurma.

Kelihatan pokok kurma yang sangat segar seperti kurma yang ditanam di Timur Tengah. Menariknya, Masjid ini adalah sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

9. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan

Imej via [tripadvisor]

The Dusun Martin merupakan sebuah resort yang sangat indah dan unik kerana kedudukannya pada asalnya adalah dusun durian. Anda juga boleh menikmati keenakan durian di sini. Namun akhirnya, ia telah ditukar menjadi sebuah Resort khas untuk anda yang ingin menginap dan bercuti.

Sangat menyeronokkan, kerana ia berkonsepkan kayu dan disertai elemen moden tradisional. Ia adalah sebuah pemandangan hutan lipur semulajadi yang indah. Sangat sesuai bagi anda yang ingin menenangkan fikiran.

10. Sasaran, Kuala Selangor

Imej via [travelswithsun]

Sky mirror adalah fenomena indah yang terdapat di Sasaran Selangor. Tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ini sebenarnya menjadi kegilaan ramai sekiranya ramai yang tahu akan keunikannya. Tak perlu susah-susah ke luar negara, kerana di sini terdapat apa yang anda suka!

Selain bergambar, anda juga dapat melihat nelayan tempatan yang pulang petang dan juga melakukan aktiviti air seperti bermandi manda juga. Anda juga boleh menaiki bot di sini.

11. Belum Eco Resort, Grik, Perak

Imej via [siraplimau]

Pasti teruja mengetahui bahawa Hutan Royal Belum atau Belum Eco Resort ini merupakan pulau di tengah Tasik Belum Perak. Dikhabarkan bahawa tasik ini sangat luas sepertiga daripada negara Singapura.

Hutan ini merupakan hutan hujan tropika yang berusia lebih dari 300 tahun. Terdapat juga perkampungan orang asli di sini. Anda boleh menaiki bot dan memancing di sini.

12. Seaventures Dive Resort, Sabah

Imej via [jomdating]

Seaventures Dive Resort adalah sebuah resort yang berkonsepkan pelantar minyak. Ia merupakan tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai dan boleh melancong. Anda boleh cuba scuba diving di sini, pasti seronok!

Itulah dia 12 tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai. Jom baca juga negara murah untuk melancongtempat memancing di Port Dicksontempat memancing di Klang dan Hotel di Terengganu Tepi Pantai yang Best.

Rujukan:

  1. Penginapan ‘Rare’ Yang Korang Boleh Enjoy Untuk Cuti-Cuti Malaysia! https://rileklah.com/hotel/16-penginapan-rare-yang-korang-boleh-enjoy-untuk-cuti-cuti-malaysia.
  2. 73 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia. https://jomdating.my/73-tempat-percutian-menarik-di-malaysia-terbaru-2019/
  3. 15 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas. https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-malaysia-macam-overseas/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.