Johor sememangnya sebuah negeri yang cantik dan kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, pastinya anda sedang tercari-cari destinasi menarik untuk bercuti bersama keluarga. Apa kata kami cadangkan anda bercuti ke Segamat, Johor? Jom kami kongsikan tempat menarik di Segamat yang anda wajib kunjungi.

tempat menarik di segamat

Sumber: Rajvidyakender

1. Dataran Segamat

Dulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat, Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai lokasi utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Kalau anda sampai ke Segamat, jangan lupa untuk singgah bersantai dan berehat di Dataran Segamat yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong dari luar.

Kebiasaannya Dataran Segamat menjadi tumpuan ramai pada waktu petang untuk melepak, bersantai sambil ambil angin petang. Pada waktu malam, Dataran Segamat juga meriah dengan lampu-lampu yang cantik.

2. Menara Jam

Selain Dataran Segamat, jangan lupa untuk singgah di Menara Jam yang terletak di sebelah Dataran Segamat. Kalau anda pergi ke Fraser Hill, wajib bergambar dengan Menara Jam Fraser Hill kan? Oleh itu, kalau anda melancong ke Segamat, pastinya anda wajib bergambar dengan Menara Jam Segamat. Barulah lengkap percutian anda.

3. Replika Durian

Segamat juga dikenali sebagai daerah Tanah Raja Buah-buahan, oleh itu tak hairanlah kalau terdapat sebuah replika durian di tengah-tengah Bandar Segamat. Replika durian ini terletak tak jauh dari Dataran Segamat, Oleh itu, alang-alang anda dah sampai ke Dataran Segamat, eloklah kalau anda ambil kesempatan untuk melihat replika durian yang popular ini sambil bergambar untuk kenangan.

tempat menarik di segamat

Sumber: Segamat

4. Menara Bendera

Selain menara jam dan replika durian, berdekatan dengan Dataran Segamat juga terdapat menara bendera yang ikonik. Jangan lupa untuk singgah di sini dan bergambar. Dah nama pun bercuti, kan. Semestinya anda akan banyak bergambar untuk kenangan.

5. Taman Bunga Batu Hampar

Taman Bunga Batu Hampar merupakan satu-satunya taman rekreasi yang terdapat di bandar Segamat. Taman Bunga Batu Hampar menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat , Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor yang menjadi tempat menginap setiap kali ada kerabat yang mencemar duli singgah di Segamat. Kalau anda sampai ke Segamat, jangan lupa untuk singgah di Taman Bunga Batu Hampar yang merupakan kawasan riadah yang menjadi tumpuan ramai pada awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti.

6. Air Terjun Sungai Bantang

Air Terjun Sungai Bantang berada di dalam kawasan Hutan Lipur Sungai Bantang yang terletak di Bekok, Segamat. Ia terkenal dengan tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda”. Hutan lipur Sungai Bantang yang terkenal ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Apa yang menarik, hutan kipur ini merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Labis. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km, tidak begitu jauh.

Air terjunnya yang sejuk dan segar membuatkan Air Terjun Sungai Bantang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Bermandi-manda
  • Berkelah
  • Berbabeku
  • Berkhemah
  • Merentas hutan  atau jungle trekking
tempat menarik di segamat

Sumber: TamanPerling

7. Makam Bendahara Tepok

Makam Bendahara Tepok yang terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat merupakan kawasan perkuburan yang menempatkan makan bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Makam ini  terletak bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.

8. Jambatan Putus Buloh Kasap

Jambatan Putos yang terletak di Buloh Kasap ini telah dibina oleh tentera British sebagai salah satu projek dalam pembinaan Persekutuan Route 1. Namun, setelah jambatan ini siap dibina dan selamat untuk digunakan, semasa perang dunia kedua, tentera British terpaksa menghancurkan sebahagian daripada jambatan ini sebagai salah usaha untuk menghalang kemaraan tentera Jepun yang sedang menuju ke Singapura.

Setelah dihancurkan, jambatan ini telah terputus kepada dua bahagian. Dari situlah jambatan unik ini mendapat nama. Setelah perang berakhir, jambatan ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kerja pembaik-pulihan. Hari ini, Jambatan Putus merupakan salah satu lokasi bersejarah negara yang menjadi tempat menarik di Segamat. Bagi tujuan pengangkutan, Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap ini, oleh itu kalau anda teringin nak melihat jambatan bersejarah ini, anda boleh lalu di jambatan yang baru.

9. Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis, Kampung Tenang

Sambil-sambil bercuti melawat tempat menarik di Segamat, apa kata anda ambil masa untuk berehat sambil menenangkan fikiran dengan cara berendam dalam kolam air panas yang menyegarkan? Satu lagi tempat menarik di Segamat yang menjadi tumpuan ramai ialah Kolam Air Panas Labis yang terletak di KampungTenang. Kolam air panas yang popular ini terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Labis dan anggaran 42 kilometer dari Bandar Segamat.

Di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis terdapat 4 kolam besar air panas semulajadi. Anda boleh pilih mana satu kolam yang anda berkenan di hati. Kalau anda datang bersama anak kecil, tak perlu risau kerana kolam air panas di sini adalah cetek, tidak dalam seperti kolam air panas lain di Malaysia. Air kolam yang panas pasti menyegarkan badan anda yang kepenatan. Malah, ia juga elok untuk mencantikkan kulit dan mengatasi masalah kulit seperti elergik, gatal-gatal, kudis, kurap, dan panau.

Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis juga terkenal dengan laluan refleksologi yang terdapat di sini. Dah puas berendam dalam air panas, bolehlah anda berjalan-jalan di laluan yang disediakan. Pastinya percutian anda menjadi sangat menarik. Bukan sahaja dapat berjalan melihat tempat menarik, malah dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Selain kolam air panas, terdapat juga kemudahan asas yang lain di sini seperti:

  • Wifi percuma
  • Kawasan parking yang luas termasuk parking OKU
  • Tandas
  • Surau
  • Bilik mandi
  • Bilik persalinan
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Laluan refleksologi
  • Peralatan bersenam
tempat menarik di segamat

Sumber: Kgraja

10. Bazaar Karat

Kalau bercuti, tak lengkap percutian kalau tak bershopping membeli barangan sebagai cenderamata buat kenang-kenangan. Kami cadangkan anda luangkan masa untuk pergi ke Bazaar Karat. Bazaar Karat Segamat diadakan pada setiap malam Jumaat, Sabtu, dan Ahad di Dataran Segamat. Ianya dibuka dari waktu maghrib sehingga pukul 1 pagi. Terdapat perlbagai gerai jualan di sini, dari barangan baru sehingga barangan terpakai.

11. Air Terjun Jeram Tinggi

Selain Air Terjun Sungai Bantang, satu lagi kawasan rekreasi yang terkenal di Segamat ialah Air Terjun Jeram Tinggi. Air Terjun Jeram Tinggi yang terletak di Jementah, Segamat merupakan destinasi perkelahan yang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu. Ia terkenal kerana keindahannya yang belum terusik memandangkan ia terletak dalam kawasan Taman Negara Gunung Ledang. Kalau anda melancong ke Segamat, jangan lupa untuk berkelah di sini.

tempat menarik di segamat

Sumber: Pixabay

Itulah dia 11 tempat menarik di Segamat yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Menarik kan? Jemput juga membaca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di  Negeri Sembilan, tempat menarik di Johor  dan  tempat menarik di  Perak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.