Mencari chalet tepi pantai di Melaka?

Melaka merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat penginapan yang cukup berbagai. Baik yang mempunyai pemandangan kota mahupun pantai, pasti mudah untuk dijumpai.

Masih tercari-cari chalet tepi pantai di sini? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 chalet tepi pantai di Melaka yang cantik untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Bidara Beach Village Homestay & Chalet

Alamat: Kampung Gembur, Tanjong Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Chalet yang turut dikenali dengan nama singkatan BBV ini terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai yang cukup indah pemandangannya. Bertempat di Masjid Tanah, chalet ini juga mudah untuk dicari menggunakan aplikasi navigasi GPS.

bidara beach village - chalet tepi pantai melaka
Imej via Bidara Beach Village

Mereka mempunyai 4 unit homestay dan 11 unit chalet berkonsepkan keluarga. Chalet yang luas, kemudahan dan kelengkapan yang menarik seperti kolam renang dan ruang untuk BBQ merupakan antara punca chalet ini menjadi rebutan ramai pengunjung.

#2 Seraya Pantai Chalet

Alamat: Pengkalan Balak, Kampung Hailam, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Seraya Pantai Chalet ini terletak berhampiran dengan pantai di Masjid Tanah. Anda bukan sahaja dapat menginap di sini, malah anda boleh membuat tempahan jika ingin menaiki banana boat di pantai yang berdekatan.

seraya pantai chalet - chalet tepi pantai melaka
Imej via Foursquare

Chalet ini mempunyai mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri daripafa 3 buah bilik famili, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Harga yang boleh didapati ialah serendah RM 100, sangat berpatutan.

#3 Teratak Rehat Atie Ira Chalet D’Pantai

Alamat: Kg. Sg. Kertah, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, 78300 Melaka., Pengkalan Balak, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, Kampung Sungai Kertah, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Satu lagi chalet tepi pantai di Melaka yang boleh anda kunjungi ialah Teratak Rehat Atie Ira Chalet D’Pantai yang juga terletak di Masjid Tanah. Dari jauh, kami yakin anda pasti teruja melihat reka bentuk chalet yang berkonsepkan rumah kampung.

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai chalet tepi pantai melaka
Imej via Facebook

Harga yang ditawarkan oleh chalet ini juga berpatutan, serendah RM 70 untuk satu malam. Kemudahan asas juga turut disediakan. Pemandangan pantai yang terletak betul-betul berhadapan dengan chalet ini juga cukup nyaman.

#4 Puteri Qashrina Chalet

Alamat: Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Malacca

Puteri Qashrina Chalet ini merupakan antara chalet yang cukup popular di sekitar Tanjung Kling. Ianya terletak betul-betul bertentangan dengan Pantai Puteri dan dilengkapi dengan persekitaran yang baik dengan kemudahan bilik yang hampir lengkap.

puteri qashrina chalet tepi pantai melaka
Imej via Foursquare

Reka bentuk yang moden serta chalet yang kemas dan luas merupakan antara tarikan istimewa chalet ini. Anda boleh bermalam di chalet ini pada harga serendah RM 280 untuk 2 – 4 orang.

#5 Chalet Deruan Ombak 

Alamat: Batu 22 1/2 Pantai Padang Kemunting, 78300 Pengkalan Balak, Malacca

Dari namanya sahaja, kami yakin anda pasti boleh teka yang chalet ini sememangnya terletak berdekatan dengan pantai. Chalet Deruan Ombak ini merupakan salah satu chalet di tepi pantai di Masjid Tanah.

chalet deruan ombak chalet tepi pantai melaka
Imej via Facebook

Chalet ini mempunyai 3 jenis bilik – Standard Room, Family Chalet dan Family Apartment. Untuk chalet keluarga, anda boleh menginap pada harga RM 220 – 240 sahaja, sangat berbaloi dengan kekemasan dan keluasan chalet.

Chalet ini terletak berdekatan dengan pantai. Anda juga hanya perlu berjalan sekitar 5 minit untuk ke pusat konservasi penyu yang terletak sekitar sini.

#6 D’nelayan Beach Resort Melaka

Alamat: 87, Jalan Persiaran Pantai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Chalet yang berhadapan dengan pantai yang membolehkan anda untuk melihat secara langsung pemandangan matahari terbenam – ini adalah antara pengalaman yang akan anda rasai jika anda menginap di D’nelayan Beach Resort.

d'nelayan beach resort
Imej via Facebook

Terletak di Jalan Persiaran Pantai, chalet ini dilengkapi dengan kemudahan asas dan juga kolam renang. Lokasinya yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai membuatkan chalet ini menjadi tarikan ramai pengunjung.

#7 Sri Pengkalan Balak Chalet

Alamat: Jalan Persisiran Pantai, Pengkalan Balak, Melaka, 78300

Bercadang untuk bersiar-siar di Pantai Pengkalan Balak? Alang-alang berada sekitar sini, singgah sahaja bermalam di Sri Pengkalan Balak Chalet, chalet yang terletak berhadapan dengan pantai.

sri pengkalan balak chalet
Imej via World Ogs

Chalet ini bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan asas yang sesuai untuk diduduki oleh keluarga, malah ianya juga mempunyai gazebo. Sesuai bagi mereka yang ingin bersantai atau melakukan aktiviti BBQ. Harganya serendah RM 100 untuk satu malam, sangat berbaloi!

#8 Angin Laut Chalet

Alamat: Jalan Persisiran Pantai, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Sama seperti namanya, anda pasti dapat merasai angin laut yang cukup nyaman jika anda bermalam di Angin Laut Chalet yang terletak berhampiran dengan pantai di Pengkalan Balak ini. Chalet ini menyediakan 7 bilik standard dan 3 bilik famili.

angin angin laut chalet
Imej via Facebook

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan jika bermalam di chalet ini ialah berenang, berkelah, berkhemah, memancing dan sukan air di sepanjang pantai yang cukup cantik.

#9 Chalet Pantai Suria

Alamat: 201, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Masjid Tanah, Melaka

Kebanyakan chalet yang terletak di tepi pantai memang agak mahal harganya. Namun, isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda memilih untuk menginap di Chalet Pantai Suria. Ianya memang dikenali sebagai chalet bajet kerana harganya berpatutan.

pantai suria chalet
Imej via Foursquare

Walaupun ianya merupakan chalet bajet, namun kemudahan asas seperti penghawa dingin dan televisyen tetap disediakan, jadi anda tidak perlu risau. Sebagai bonus, ianya terletak betul-betul berhadapan dengan pantai Pengkalan Balak yang cukup cantik.

#10 Umang-Umang Chalet (Hermit Crab Chalet)

Alamat:  Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Malacca

Chalet yang cantik dan mempunyai paya bakau berhampiran pantainya – ini adalah gambaran yang tepat tentang Umang-Umang Chalet yang bukan sahaja terkenal di kalangan pengunjung tempatan, malah turut popular di kalangan pelancong dari luar negara.

umang umang chalet tepi pantai melaka
Imej via Umang Umang Chalet

Diperbuat daripada kayu, chalet ini sememangnya menjanjikan keselesaan di samping kecantikan konsep interiornya. Harga untuk bermalam di sini juga murah, serendah RM 110 sahaja untuk bilik Beach Room.

#11 Kampong Pinang Sebatang Chalet

Alamat: Jalan Persiaran Pantai, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Satu lagi chalet tepi pantai di Melaka yang cukup klasik reka bentuknya ialah Kampong Pinang Sebatang Chalet yang terletak di tepi pantai di Masjid Tanah. Dekorasinya juga memang ala-ala rumah tradisional, sangat menarik!

kampong pinang sebatang chalet
Imej via agoda

Semua bilik di chalet ini memang berhadapan dengan pantai. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah WiFi, ruang BBQ, sarapan atau minum petang dan juga jakuzi di tingkat atas chalet. Harganya ialah sekitar RM 200 untuk satu malam.

#12 Puteri Bayu Homestay

Alamat: KM 13, Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Chalet Puteri Bayu Homestay ini sangat dipuji dari segi keselesaan yang dijanjikan kepada pelanggannya. Bukan sahaja terletak berhampiran Pantai Puteri, malah ianya juga bersih, selesa dan harganya berpatutan.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan jika bermalam di sini termasuklah BBQ, bermandi-manda di pantai, memancing dan berkhemah. Restoran, gerai dan pasar malam juga terletak berhampiran dengan chalet ini.

Kesimpulan

Sudah jumpa chalet tepi pantai di Melaka untuk anda singgah bermalam? Atau anda rambang mata dan tertarik kerana semuanya menjanjikan pemandangan pantai yang cantik-cantik belaka?

Tidak mengapa, singgah sahaja di chalet yang bersesuaian kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau di media sosial. Selamat melancong!

Artikel Menarik Lain


Penulis: Hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.