Kalau bercakap mengenai negeri Sembilan, pasti ramai yang teringatkan tentang masakan lemak cili padinya yang terkenal. Sesuai dengan nama yang diberikan iaitu negeri 9 yang menggabungkan 9 buah daerah yang mengamalkan adat perpatih. Sekiranya bercakap mengenai percutian, pasti ramai yang tertarik untuk melihat keindahan di setiap tempat bersejarah, museum yang menarik di negeri Sembilan mahupun tmpat makan yang sedap.

Walaupun negeri Sembilan terkenal dengan tempat pelancongannya iaitu Port Dickson, terdapat banyak lagi tempat menarik lain yang boleh anda lawati ketika bercuti ke negeri Sembilan. Senarai di bawah merupakan antara tempat menarik di Jelebu yang dapat anda lawati.

Laman Padi Kampung Gagu

Imej via [kgseperi]

Sekiranya anda peminat reka bentuk rumah lama, anda mungkin akan suka dengan Laman Padi Kampung Gagu. Tempat ini terkenal dengan reka bentuk rumah Minangkabaunya. Bukan itu sahaja, kampung yang terkenal dengan kebudayaan unik ini juga terkenal kerana masih mengekalkan adat tradisi seperti tarian Minangkabau.

Terdapat beberapa tarian Minangkabau yang menarik seperti tarian Minangkabau adalah tarian randai, tarian piring dan caklempong yang biasanya digunakan untuk majlis perkahwinan dan menyambut tetamu yang datang ke sana.

Jika anda pasangan yang baru berkahwin dan ingin mencari tempat untuk berbulan madu, anda boleh datang ke sini untuk menikmati keindahan bukit bakau, pemandangan padi yang keemasan dan kawasan kebun yang mempunyai banyak buah-buahan. Memang sangat menarik untuk dilawati!

Glamping @ Kongkoi

Imej via [malaysiacarcamping]

Tempat menarik di Jelebu yang lain adalah Glamping @ Kongkoi. Tempat ini merupakan perniagaan keluarga yang ingin mencipta tempat yang dapat dinikmati oleh pencinta alam. Lokasi ini sangat sesuai sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Disebabkan suasana persekitarannya yang mesra alam, tempat ini sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin rehat dari dunia bandar. Di sini juga, terdapat pelbagai aktiviti yang dapat anda lakukan seperti berkayak, BBQ bersama keluarga dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh merasai pengalaman menginap yang berbeza mengikut jenis chalet yang anda pilih. Hal ini kerana terdapat 10 jenis handcraft chalet yang dibina di sini. Sekiranya anda ingin mengadakan pelbagai majlis keraian, anda juga boleh melakukannya di sini. Antara majlis yang dapat anda lakukan di sini adalah majlis hari jadi, gathering dan banyak lagi.

Muzium Adat

Imej via [jmm.gov]

Negeri Sembilan terkenal dengan adat yang dipelihara sehingga kini. Disebabkan itu, terdapat muzium adat yang dibina untuk mempamerkan kepelbagaian adat yang unik terdapat di negeri Sembilan. Muzium ini dibina untuk menghimpunkan pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.

Selain itu, muzium ini turut mengumpulkan pelbagai alatan dan barangan seperti pakaian, alatan peralatan, pelbagai jenis perahu dan banyak lagi. Di samping itu, muzium ini juga turut mempamerkan adat yang berkaitan dengan kitaran hidup manusia seperti kelahiran, perkahwinan, kematian dan banyak lagi.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenai amalan ritual, anda boleh datang ke muzium ini kerana terdapat pameran mengenai adat turun perahu, perubatan tradisional, adat menerusi peralatan muzik dan banyak lagi. Waktu museum ini dibuka adalah pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai sendiri muzium ini!

Alamat : Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Gua Pelangi & Bukit Batu Dinding

Imej via [mynewshub]

Jelebu juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang lain. Antara tempat menarik di Jelebu yang lain ialah Gua Pelangi dan Bukit Batu Dinding. Jarak antara kedua-dua tempat ini yang dekat menjadikannya lebih menarik perhatian bagi mereka yang cintakan alam semulajadi.

Jika anda berminat dengan sejarah terdahulu, penemuan arkeologi prasejarah pastinya akan menarik perhatian anda. Ini kerana, terdapat penemuan seperti alat batu pebble, batu pemukul, batu landasan dan banyak lagi yang ditemukan di Gua Pelangi ini. Anda boleh meneroka Gua elangi sambil menikmati keindahan semulajadi yang terdapat di gua ini.

Selain dari meneroka Gua Pelangi, bagi peminat hiking pula, anda pasti akan menyukai aktiviti yang ditawarkan di Bukit Batu Dinding. Sesuai dengan Namanya, bukit ini sering menawarkan pengalaman night trekking, demo memasak, demo survival dan banyak lagi.

Jika anda merupakan seorang yang sukakan suka lasak, hiking di Bukit Batu Dinding juga pastinya akan menjadi pilihan lawatan anda. Anda boleh menikmati aktiviti ini dan melihat keindahan sunset mahupun sunrise di puncak gunung ini. Lebih menarik lagi, anda juga boleh menikmati aktiviti untuk bersama dengan orang Asli. Anda pastinya berminat untuk mengetahui gaya hidup mereka. Apa tunggu lagi? Rasai sendiri pengalaman anda.

Alamat: Azliny Team Building Outdoor Adventure (ATOA), Felda Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tebat Sanctuary

Imej via [jelajahmaya]

Jika anda sukakan suasana kampung tetapi tidak mempunyai kampung untuk pergi? Jangan risau, anda boleh datang ke Tebat Sanctuary ini.

Rasai pengalaman tidur di atas tikar getah, suasana berkumpul dengan sepupu masa hari raya. Tempat ini memang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana perkampungan. Bukan sahaja rumah yang mempunyai style kampung. Malah, saiz rumah yang agak besar juga pastinya menjadi pilihan mereka yang mahu meluangkan masa bersama-sama.

Sekiranya anda datang ke sini pada musim buah, anda dapat merasai pengalaman mengutip buah. Lebih menarik lagi, anda juga boleh kutip dan makan buah yang terdapat di sana sehingga puas. Memang sangat berbaloi untuk datang ke sini pada musim buah.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan suasana rumah kampung, anda boleh menginap di rumah yang mempunyai deko khas dalaman western. Terdapat juga dorn yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita yang pergi hiking di sini.

Pemandangan yang cantik dan tempat mandi yang menarik! Anda boleh merasai pengalaman berendam ke dalam kolam yang dipenuhi air sungai. Anak-anak juga pastinya akan suka dengan suasana kampung di sini. Selain boleh bermain air, mereka juga dapat mandi di sungai yang terdapat di sini.

Alamat: Lot 280, Kampung Peradong Batu 4 1/4, 76000 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

No. Telefon: +6011-3140 5496 / +6019-686 3519 / Facebook

Masjid Warisan Kuala Dulang

Imej via [cariblogger]

Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Sama dengan usia masjid ini, banyak misteri ghaib yang berlaku di masjid ini. Nama masjid yang unik ini diambil daripada misteri kewujudan dulang yang berisi makanan.

Ramai penduduk yang berasal dari sini menceritakan bahawa walaupun seberapa banyak Jemaah yang datang ke sini, makanan yang terdapat di dalam dulang itu sentiasa mencukupi. Tetapi dulang tersebut telah pecah apabila seorang Jemaah tidak memegangnya dengan baik dan menyebabkan dulang tersebut jatuh dan pecah.

Ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat keunikan masjid ini. Mereka juga telah menunaikan kewajiban di masjid ini semasa melawat ke sini. Perkara misteri yang lain ialah walaupun kawasan sekitar pernah mengalami banjir, masjid ini tidak dinaiki air yang menjadikannya lebih unik dan menarik.

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang

Imej via [feldapasoh1]

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang merupakan antara tempat menarik di Jelebu. Tempat bersejarah ini tidak diketahui ramai kerana lokasi kedudukannya yang terletak di belakang balai polis. Bukit ini juga menjadi bukit yang bersejarah kerana semasa zaman penjajahan British, bukit ini menjadi saksi diantara pembesar dan penjajah untuk membincangkan berkaitan nama yang sesuai untuk digunakan bagi laluan pedagang.

Mereka yang datang ke sini kebiasaannya ingin melihat peninggalan penjajah yang terdapat di atas bukit tersebut. Antara peninggalannya ialah batu peringatan yang telah dibina oleh penduduk secara bergotong royong. Hal ini adalah sebagai tanda kesetiaan mereka kepada ratu Great Britain. Selain itu, terdapat juga tangka air yang dibina pada 1928 sebagai tanda penjajah.

Selain itu, dikatakan terdapat juga sebuah rumah yang pernah ditinggali oleh Datuk Abu Bakar Maamor. Walaupun begitu, rumah ini telah kosong kerana beliau meninggal dan tiada siapa yang menginap di sana selepas itu. Jika anda meminati sejarah penjajahan Britain, tempat ini pasti akan menarik perhatian anda.

Gunung Berembun & Telapak Buruk

Imej via [gokayu.com]

Bagi peminat hiking yang ingin menawan gunung baru, apa kata anda datang ke sini?

Jika anda datang ke sini, anda boleh merasai perjalanan dengan pelbagai halangan. Walaupun gunung ini tidak mempunyai view yang cantik seperti gunung-gunung yang lain, tetapi terdapat tempat bersejarah yang menyebabkan gunung ini menjadi tarikan para pendaki.

Jika anda pernah dengar mengenai hempasan pesawat pengebom RAF B 24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya. Menariknya, anda boleh melihat sendiri keadaan pesawat tersebut dan boleh merakam serta mengambil gambar.

Tetapi diingatkan bahawa perjalanan ke kawasan hempasan pesawat ini juga perlu melalui jalan yang curam. Gunung ini juga mempunyai tempat berbeza yang pastinya menarik perhatian anda. Contohnya seperti puncak Berembun, tapak aircraft site di Gunung Telapak Buruk. Anda juga perlu menyediakan baju sejuk kerana puncak gunung yang berangin dan sejuk walaupun diseliputi hutan yang tebal.

Titi Eco Farm

Imej via [facebook]

Tempat menarik yang dipenuhi dengan tumbuhan organic. Jika anda ingin memulai kehidupan yang sihat, anda boleh datang ke tempat ini.

Selain persekitarannya yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan menarik perhatian, and juga boleh datang ke sini untuk merasai sendiri makanan organic yang dihasilkan di sini. Anda boleh mengelilingi kawasan ladang yang akan dibawa oleh Encik Wong. Disebabkan kawasan yang sangat luas, anda mungkin akan mengeliling kawasan sehingga sejam 30 minit. Walaupun begitu, ramai yang berpuas hati dengan lawatan ke Eco Farm ini.

Disamping itu, bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dari hidupan bandar yang sibuk juga boleh datang ke sini. Anda boleh datang dan menginap di resort yang disediakan di sini. Rasai pengalaman menginap dipenuhi tumbuhan hijau dan udara yang segar. Pemandangan di gazebo yang terdapat di sini juga pastinya akan menambat hati anda. Jom rasai sendiri pengalaman menginap di sini!

Drmind Farm

Imej via [kgseperi]

Anda ingin merasai pengalaman tidur di dalam khemah? Jom datang ke Drmind Farm. Tersenarai sebagai antara tempat menarik di Jelebu kerana lokasinya yang penuh dengan alam semulajadi. Hal ini pastinya akan menarik ramai penduduk bandar yang ingin merasai pengalaman untuk menginap di dalam keadaan aman damai. Jauh dari kawasan bandar dan dipenuhi dengan tumbuhan hijau.

Selain itu, apa yang menariknya ialah kebanyakan rumah, tangga dan pondok yang terdapat di sini diperbuat daripada buluh. Terdapat pangkin tilam serta hammock untuk anda tidur. Tetapi jika anda inginkan tempat yang tertutup, and boleh tidur di dalam khemah.

Jangan risau sekiranya anda tidak biasa mencuba untuk bercamping. Hal ini kerana terdapat pelbbagai kemudahan yang disediakan di sini. Contohnya seperti wifi, dobi, tempat BBQ, tandas dan lain-lain.

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang dapat anda lawati. Sekiranya anda bercuti ke sini, anda boleh merasai pelbagai pengalaman sama ada ingin melakukan aktiviti lasak seperti hiking, ingin merasai pengalaman menginap dengan persekitaran alam semula jadi, ataupun mahu melawat muzium-muzium yang menarik dan bersejarah di sana.

Tempat-tempat ini merupakan antara tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Sekiranya anda ingin merancang percutian anda, apa kata baca artikel ini untuk merancang perjalanan anda sendiri.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.