Kalau anda peminat sukan lasak dan sukakan suasana alam semula jadi, mungkin senarai tempat menarik di Tampin menarik minat anda. Anda boleh merasai sendiri pengalaman di sini.

Kalau sebut tentang Tampin, pasti ramai yang tak sangka dengan keunikan dan destinasi pelancongan yang ditawarkan di sini. Walaupun Tampin tidak dikenali seperti tempat lain, tetapi ada beberapa tempat yang boleh anda lawati ketika datang ke sini.

Tampin Water Park

Imej via [mkn.gov.my]

Kalau yang nak percutian keluarga, mesti akan cari tempat yang boleh menggembirakan anak-anak sekaligus dapat memberikan anda keseronokan untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak. Jadi, apa kata anda dan keluarga datang ke sini!

Tempat riadah bajet yang pastinya menarik minat anda. Ajak anak-anak ke taman tema air dengan harga tiket yang murah dan berbaloi. Taman air cantik terletak di lokasi yang dikelilingi oleh gunung dan hutan.

Aktiviti yang ditawarkan juga menarik seperti memanah, zumba air, jungle trekking, treasure hunt dan sebagainya. Terdapat 4 jenis kolam yang dipisahkan dengan kedalaman yang berbeza. Kemudahan yang disediakan juga banyak seperti kedai makan, surau perempuan, unit wakaf, tempat BBQ dan banyak lagi.

Kalau anda berminat untuk bermalam di sini, terdapat 3 jenis jenis penginapan yang boleh anda pilih seperti cabin stay, twin room dan campsite samping. Memang berbaloi dengan harga tiket yang anda bayar.

Tempat: Tampin Water Park Hutan Lipur Gunung Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 9am-6pm – Isnin, Selasa (Tutup)

Tiket Dewasa: RM10

Tiket Kanak-kanak: RM5 (3-12 Tahun)

Harga: Bermula dari RM 25

No Telefon: 019-433 2899

Gunung Tampin

Imej via [mdfaiez84.com]

Tempat menarik di Tampin yang lain adalah Gunung Tampin. Salah satu tempat yang pastinya menarik minat para pendaki gunung! Apa yang menarik, selain dari pemandangan flora dan fauna yang anda dapat nikmati ketika mendaki, anda juga dapat menikmati kejernihan air yang didirikan di atas gunung.

Laluan untuk mendaki juga dibina dengan baik. Jadi anda tidak perlu risau mengenai keselamatan atau sesat ketika pendakian. Bagi peminat aktiviti lasak tempat ini, tempat anda!

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti kolam mandi, tapak perkemahan, wakaf dan tempat letak kereta. Masuk adalah percuma. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai gunung ini dengan kawan dan keluarga anda.

Tempat: Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Waktu Operasi: 24 jam

No Telefon: 06-6014000 

Hutan Lipur Gua Batu Maloi

Imej via [nstos]

Hutan Lipur ini terletak di antara Gunung Datuk dan Bukit Tampin. Terdapat sign board simpang masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti meneroka hutan atau merentas hutan.

Tempat ini sering menjadi tempat untuk sekolah mengadakan kem kerana tempatnya yang terbuka dan cantik. Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan seperti tapak perkemahan, dewan makan, surau, pondok, tandas dan banyak lagi.

Aktiviti yang sering dilakukan di sini ialah berkelah, mendaki bukit, meneroka Gua Batu Maloi dan banyak lagi. Tempat ini juga perlu ditempah lebih awal dan memerlukan jurupandu.

Tempat: Pejabat Hutan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, 73100 Johol

Waktu Operasi: 24 jam

No Telefon: 06-481 1036

Taman Rekreasi Tampin

Imej via [pekantampin]

Kalau nak tempat-tempat untuk bersantai bersama keluarga, mungkin tempat ini sesuai dan dapat menarik minat anda.

Taman Rekreasi Tampin menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman untuk anak-anak bermain. Anda juga boleh melakukan aktiviti sukan petang seperti bermain badminton, tenis, jogging dan banyak lagi.

Memang sesuai untuk beristirahat bersama keluarga dan meluangkan masa dengan santai. Dataran ini juga terletak berhampiran kompleks sukan Tampin.

Tempat: Kampung 73000, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 jam

Tampin Xtreme Park

Imej via [libur.com]

Jika anda merupakan seorang yang sukakan cabaran, apa kata datang ke Tampin Xtreme Park!

Memang sangat menarik kalau anda ingin mencuba aktiviti lasak. Tempat ini pastinya akan memberikan anda keseronokan dan pengalaman baru.

Tempat ini menawarkan aktiviti seperti rock climbing, abseiling, wall climbing, flying fox dan tree climbing.

Aktiviti yang paling terkenal disini adalah mendaki di kawasan air. Selain dapat merasai sendiri pengalaman mendaki di air terjun, anda juga dapat menikmati keindahan air terjun dan flora dari atas. Memang sangat berbaloi!

Jika anda meminati sukan lasak, tempat ini pastinya akan menarik perhatian anda. Selain anda dapat merasai pengalaman bermain sukan lasak disini, anda juga dapat menerokai keindahan hutan di sini. Pakej yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan harganya! Tak rugi cuba!

Tempat: 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 jam

Kem Ultra

Imej via [wikiloc.com]

Siapa yang suka dengan aktiviti berkelah dan mendaki, boleh merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam hutan ini.

Tempat ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti bersama kawan seperti berkelah dan barbeku. Anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan berehat di kawasan ini.

Terdapat juga sungai kecil yang cetek di kawasan tersebut. Kawasan ini juga berdekatan dengan gua batu maloi dan terdapat jalan untuk naik ke gunung tampin.

Tempat: 73100 Tampin, Negeri Sembilan

Kesimpulan

Ini merupakan antara senarai tempat menarik di Tampin yang anda dapat lawati. Tempat di Tampin terkenal dengan aktiviti lasak dan dikelilingi suasana alam semula jadi. Memang sangat sesuai jika anda sukakan aktiviti meneroka dan aktiviti lasak. Selain artikel di atas, anda juga boleh melihat artikel kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.