Sedang bercuti di Pulau Pinang? Bercuti di penang akan rugi kalau tidak pergi ke pasar malam penuh dengan pelbagai makanan lazat, Kami akan senaraikan pasar malam di Penang untuk anda kunjungi ketika di sana.

 Teluk Bahang Market

Bercuti di penang , jangan lepaskan peluang untuk singgah ke pasar malam terbaik dengan pelbagai jenis makanan, minuman dan pakaian dijual sekitar pasar malam tersebut. Teluk Bahang night market merupakan salah satu pasar malam terbaik di penang. Ia buka pada hari isnin dan anda akan mengambil masa berjam berada di situ.

Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis makanan lauk pauk kuih muih menyebabkan anda menjadi rambang mata untuk membeli. Namun sekiranya anda datang pada hari khamis banyak gerai tepi jalan dibuka berbanding hari isnin hanya sesetengah gerai sahaja.

Alamat: Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

Sungai Dua Night Market

Imej Via[ Sungai Dua Night Market]

Pasar malam terbaik di penang ialah Sungai Dua Night Market yang berdekatan dengan Gelugor serta mempunyai pelbagai jenis makanan minuman dan pakaian dijual sekitar pasar malam tersebut. Kebanyakkan gerai akan mula beroperasi seawal jam 4 petang tetapi pukul 6 petang baru beroperasi sepenuhnya dengan menjual pelbagai makanan tidak mengira tradisional mahupun moden. Apa yang menarik di sini ialah mengekalkan kebudayaan malaysia iaitu di mana gerai orang melayu dan cina akan berniaga di tempat yang sama.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kenikmatan suasana di pasar malam tersebut dengan pelbagai aroma menyelerakan untuk mengisi kekosongan perut anda semua.

Alamat:1, Jalan Sungai Dua, Sungai Dua, 13800 Gelugor, Pulau Pinang

Pasar Malam Sungai Tiram

Pasar malam di penang seterusnya ialah pasar malam sungai tiram beroperasi pada hari rabu. Pasar malam sungai tiram akan penuh orang ramai dalam sekitar pukul 6 petang dengan membeli pelbagai jenis makanan minuman dijual dalam pasar malam tersebut. Apabila anda datang ke sini akan menjadi rambang mata kerana makanan dijual amat lazat dan menyelerakan sekali. Sebagai contohnya popia basah, keropok lekor, rojak ,Nasi kerabu dan sebagainya.

Alamat: 8, Jalan Sungai Tiram 1, Taman Tunas Damai, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pasar Malam Sungai Ara

Pasar malam yang mendapat tumpuan orang ramai ialah pasar malam sungai ara. Pasar malam ini beroperasi pada pukul 4 petang hari jumaat. Oleh itu para penjual akan mula membuka gerai masing masing menyusun segala bahan jualan dengan kemas dan teratur. Pengunjung akan datang dalam sekitar 5 petang setelah pulang dari kerja.

Mereka yang tidak ada masa untuk masak waktu malam , anda boleh datang ke pasar malam Sungai Ara ini untuk membeli sedikit juadah makanan seperti nasi kerabu, nasi tomato , keropok lekor dan sebagainya.

Alamat:: Kampung Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang

Pasar Malam Bayan Baru

Mereka yang mencari pasar malam terbaik sekitar penang boleh la datang ke pasar malam Bayan Baru ini kerana di sini pelbagai makanan yang sedap , lazat untuk anda semua. Malahan nasi kerabu merupakan makanan terbaik dan popular dalam kalangan pengunjung. Pasar malam ini beroperasi pada hari khamis sekitar pukul 4 petang sesetengah penjual akan membuka gerai mereka.

Alamat:24, Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pasar Malam Permatang Pauh

Mereka mencari barang keperluan bahan mentah mahupun kering, pakaian bundle, anda boleh datang ke pasar malam permatang pauh merupakan pasar malam terbaik penang. Pelbagai gerai menjual aneka makanan mahupun minuman membuatkan anda semua menjadi rambang mata. Pasar Malam ini beroperasi pada hari jumaat ,jadi mereka yang baru pulang dari kerja boleh singgah ke pasar malam ini untuk mencari makanan kegemaran anda semua.

Alamat:Jalan Arowana, Kampung Bagan Serai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Pasar Malam Kepala Batas

Mesti seronok setelah pulang dari kerja dapat melihat pelbagai makanan dan minuman yang sedap dan lazat berada di mata, tambahan pula apabila sesuatu makanan tersebut ialah makanan kegemaran lagi akan membuatkan hati menjadi riang sekali.

Oleh itu, anda boleh datang ke pasar malam Kepala Batas ini untuk merasai kenikmatan suasana pasar malam yang begitu indah sekali dengan gerai-gerai menjual aneka makanan tradisional dari pelbagai negeri.

Dengan adanya pasar malam ini dapat memberikan kemudahan kepada golongan bekerja untuk membeli makanan dan minuman untuk menjimatkan masa mereka memasak di rumah setelah penat bekerja. Tidak ketinggalan juga penduduk setempat juga dapat membeli barang keperluan harian mereka dengan harga lebih murah berbanding di pasar raya.

Alamat: pekan, 13100 Kepala Batas, Penang.

Setelah penat berjalan melihat tempat menarik di penang serta dapat mengunjungi pasar malam dengan membeli pelbagai aneka makanan, minuman atau sedikit cenderahati untuk kawan-kawan.

Anda semua dijemput membaca:

Rujukan

  1. Pasar malam Kepala Batas.https://foursquare.com/v/pasar-malam-kepala-batas/4d512747c305b60c45ef8c1e
  2. Senarai lokasi pasar malam Pulau Pinang.https://m.facebook.com/PenangPress/posts/senarai-lokasi-pasar-malam-di-pulau-pinang-updateisnin1-telok-bahang2-bukit-gedu/2313101035621511/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.