Sungai Telaka merupakan sungai yang mendapat sambutan dari orang ramai, jadi terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Jom baca artikel ini untuk ketahui aktiviti yang menarik di sungai Tekala.

Jungle Trekking

Imej Via [ Jungle Trekking]

Mereka yang minat untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti jungle trekking, anda boleh lakukan di sungai telaka bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Sungai Telaka mempunyai trek atau laluan untuk memulakan jungle trekking dan hanya laluan trek ini tidaklah jauh hanya 1.5km sahaja.

Untuk memastikan anda tidak salah laluan atau sesat ,pastikan ikut check point yang ditetapkan dan setiap perhentian terdapat papan tanda terkandung maklumat berkaitan dengan hutan Lipur.

Camping

Imej Via[ Tapak Perkhemahan]

Aktivi yang menarik dilakukan di sungai telaka ialah aktiviti berkhemah. Hal ini aktiviti tersebut amat sesuai dilakukan kerana tapak perkhemahan telah disediakan yang terletak di seberang jalan berdekatan dengan tempat parking kereta dan gerai menjula pelbagai aneka makanan.

Jadi mereka yang ingin melihat keindahan alam semulajadi dengan lebih tenang, mencari pengalaman baru semasa bercuti, anda disyorkan melakukan aktiviti camping dan masukkan dalam senarai aktiviti anda semua.

Mandi-manda

Imej Via [ Waterfall Sungai Telaka]

Air Terjun di Sungai Telaka amat best kerana banyak tempat untuk mandi dan bersuka ria bersama kawan mahupun keluarga. Ada juga tempat yang sesuai untuk kanak-kanak mandi iaitu tidak begitu tinggi atau natural rock pool. Kejernihan air terjun sungai telaka ini telah menjadi satu tarikan pelancong untuk datang ke sini, selain daripada kedalaman air yang cetek sesuai untuk keluarga mempunyai anak kecil.

Untuk masuk ke sini , anda akan dikenakan bayaran oleh pihak di sana. Oleh itu aktiviti mandi-manda merupakan aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama insan tersayang.

Kem Motivasi Untuk Pelajar

Sungai Telaka juga terkenal dengan salah satu tempat yang sesuai untuk melakukan program motivasi mahupun kesedaran dalam kalangan pelajar mengikut peringkat umur. Hal ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk dilakukan seperti berkhemah, mandi dan hiking.

Tempat ini juga sesuai kerana dikelilingi dengan alam semulajadi , pohon merimbun,aliran sungai mengalir dengan tenang, kicaun burung yang dapat menghilang segala tekanan dalam fikiran berkaitan dengan masalah di sekolah.

Ia juga sesuai untuk melakukan aktiviti lasak mengikut program yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan dapat dijadikan pengalaman baru untuk anda semua.

Anda telah habiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti di Sungai Telaka, Apa kata untuk percutian yang akan datang singgah ke tempat menarik di langkawi dan tempat makan best di perak.

Rujukan

1.Hutan Rekreasi Sungai Telaka-Apa yang menarik https://xplorasidestinasi.com/hutan-rekreasi-sungai-tekala/

2.Sungai Telaka Malaysia Waterfalls. https://www.malaysiavacationguide.com/malaysia-waterfalls.html

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.